Pakej Memancing dan Homestay di Kong Kong, Johor.

18 comments
Assalamualaikum.....

Ok, Alhamdulillah, segalanya telah selesai.

Untuk entry semalam, agak berat untuk kita kongsikan di sini kerana ianya agak privasi untuk si empunya diri. Namun, sokongan dan kekuatan dari sahabat2 semua di dalam komen2 itu sangat memberi kekuatan walaupun hanya 2 patah perkataan.

Terima kasih.

Ok, kita nak melunaskan janji untuk berkongsi tentang harga pakej homestay dan pakej memancing ini. Bagi pembaca2 yang belum membaca tentang homestay ini, bolehlah klik link2 di bawah ini :

1.) Homestay di Kong Kong

2.) Memancing dan aktiviti lain

Dengan kebenaran ownernya sendiri iaitu En Haffas, kita kongsikan pakejnya di sini.



Untuk homestay : RM150.00 /malam

Homestay termasuk dengan :
- Rumah rakit berpangkin. Sesuai untuk memancing.
- Peralatan rumah dan memasak yang basic tapi mencukupi.
- Trip boat cruise selama 30-40 minit melawat kawasan sekitar seperti Teluk Sengat, Johor Lama dan Pulau Layang.

Kita kongsikan sedikit gambar2 semasa boat cruise tu yer....

Matahari pagi yang keemasan.
(Wak, saya pun ada egg yolk, tau)

Antara taburan rumah rakit yang ada. 


Rasanya ini adalah Industrial Ship

Jambatan Senai Desaru

Kami lalu di bawah jambatan ini. Kagum sungguh rasanya. 


Antara projek ternakan ikan sangkar yang ada. 






Untuk pakej memancing :

1.) RM50.00 / 8 jam : Bot dengan enjin 30. Tidak termasuk driver, minyak dan umpan.

2.) RM100.00 / 8 jam : Bot dengan enjin 60. Driver dan minyak disediakan. Umpan tidak disediakan.


Sekiranya ada yang berhajat untuk memburu ikan tebal pipi, mungkin anda boleh explore dengan menggunakan umpan wat wat bakau. Boleh bincang dengan En Haffas untuk menempah umpan dengan harga yang murah.


So, Alhamdulillah kami ada angan2 untuk kembali ke homestay ini. Tapi kali ni nanti nak tinggal lebih lama. Kami belum sempat lagi nak memasak dan makan secara berkelah di pangkin rumah rakit tu. Kalau makan lunch di pangkin tu satu family sambil bersila, mesti berselera. Pemangkinnya ialah aura kebahagiaan berkumpul berama keluarga dan juga ditemani dengan lagu alam semulajadi. Pasti ketenangan itu kembali dalam jiwa anda.

Menu idaman mestilah lauk kampung kan... Kalau orang N9 atau selatan macam kami nie, ikan asam pedas, sambal belacan, ulam, masak lemak, sup tulang, sambal tumis udang/sotong, masak lemak labu dan sebagainya..... Aduhaiiiii....

Ok bebeh...

Sesiapa yang nak merasai pengalaman nie, sila hubungi ownernya sendiri yer....


En Haffas : 019-777 4583


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Menarik pakejnya. :)

Izwa Kamaruddin berkata...

wahhh...menarik utk kaki pancing kan..

Dr K berkata...

Eh, ni kawasan jajahan Wak Gelas...haha...Saya yg bukan minat memancing pun rasa nak sewa pakej ni...utk ambik gambar...:)

Masa lalu jambatan highway Senai- Desaru tu, saya pandang sungai kat bawah...besar..terfikir, mesti dalammmmmmmmmm gila....Awak pulak dpt lalu atas sungai tu...:)

Aziela berkata...

Kakcik : Untuk santai basic, memang menarik, kak..

Aziela berkata...

Mrs Eady : Haip... ibu mengandung tak leh ikut... Nanti mesti loya jer kat situ..hehehehehe

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : Ha, memang sangattt sesuai untuk kaki tembak macam Doc. My sis asyik rindu hubby dia jer sebab dia kata hubby dia mesti suka. Hubby dia memang photographer. So, weekend selalu ada project, that's y tak ikut.

Bawah jambatan tu, sungai ekk? Hahahahah. Saya ingatkan laut.

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak dah selalu lalu atas jambatan Senai-Desaru itu Ziela tapi tak sangka Ziela dah enjoy atas lautnya..

Kongkong banyak ikan fresh kan.

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Menarik ni sis..tak sabar rasanya nak cepat2 sembuh. Tq sudi share.


P/s Terima kasih atas doa sis pd tirana aduka.. Insya-allah esok ptg ta pulang .tqvm sis aziela

ellynadyra berkata...

cam best je, balik kampung nanti nak usha2 la

Unknown berkata...

menarik....suke..suke..

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Uiks awal dah sampai tempat ta..rasa cam dekat je kan sis. tak pe sis ta tak kisah sgt2. Serius kata..terima kasih yg tak terhingga ta ucapkan pd sis aziela kerana sudi mendoakan ta.tu sudah besar ertinya buat tirana aduka

Dah sarapan ke sis? Awal pg dh sampai office. Makan dulu sis bru keje. Puasakah ari ni? Hehehe

aby berkata...

salam aziela ..
insyallah boleh sebarkan kt kwn2 pemancing tegar tu ..
manarik tempat tu

Aziela berkata...

Kakzakie : Saya pula tak lalu jambatannya, lalu bawah jambatan jer, kak..hahahahha. Oh, ikan di Kong Kong memang fresh2 betul.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Wah, rajin TA komen dalam entry nie kan. Hari nie tak puasa lah TA. Oh, jaga diri baik2 yer...

Aziela berkata...

elly nadira : Wah, kampung elly dekat yer?

Aziela berkata...

nea lopah : Bawak anak2, jadi macam educational trip tau. Back to nature.

Aziela berkata...

aby : Wah, ada group pemancing juga ke kang? Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

@Daddy Ziyyad kedalaman sungai tu 30 meter je.. dekat2 jambatan tu lah kawasan paling dalam..