Kita masih berhutang tentang gambar WW yang baru ni kan? Tapi terpaksa postpone dulu atas sebab2 masalah teknikal. Gambar tak boleh nak di load lagi.
So, marilah mengimbas memori kita masa waktu dolu2.
Kita ada cerita tentang kerja kilang tu kan. So, berhenti kerja kilang, naik ke main campus pula. Dengan semangat yang berkobar2, kita pun joinlah aktiviti2 dan satu dua persatuan yang agak2 ok sikit. Bila ada society yang mempunyai ahli yang ramai dan aktif, memang kira macam gah la society tu kan.
And society yang kita join tu ialah Caring Club yang mana kita dapat peluang untuk join program motivasi untuk anak Felda tu kan. Tak lama kemudian, tanpa di sangka2, kita dapat pula join program baktisiswa.
Baktisiswa ialah suatu program besar untuk pelajar kampus. Persediaannya bukan sikit2 dan bukan kejap2. Arrangementnya pula bukan cikai2. Kena contact berbagai jabatan kerajaan dan agensi2 yang berkaitan. Banyak prosedur dan banyak mesyuarat kena patuh. Pendek kata, kalau ada sesiapa yang dapat terlibat dengan baktisiswa nie, memang bertuahlaa... Untuk yang nak la. Untuk yang tak minat, memang tak rasa apa pun kan.
Masa tu, kita kan freshie di main camp. So, zero knowledge. Apa yang kita tahu, ada mak bapak angkat nanti, dan ada programnya. Ikut jer lah....
Lokasi pilihan ialah di Sik, Kedah. First time ke situ. First time ke baktisiswa. Dan kawan satu batch dengan kita hanyalah beberapa orang saja. Yang lain, of courselah senior2. Tak kenal langsung pun, so dalam program tu lah baru berkenalannya.
Setiap keluarga dapat 2 orang anak angkat. So, kami duduk dengan family angkat selama seminggu program. Memang seronok sangat. Pengalaman baru.
Inilah gambar kita dengan family angkat kita. Dengan mak dan ayah, dan kakak senior yang sama2 jadi anak angkat juga. Masa nie second last day, kira macam piknik perpisahan la di kawasan air terjun.
Kita dapat sebuah keluarga yang sederhana. Seronok... Mak dan ayah sangat loving, friendly and suka bergurau. Anak mereka ada 3 orang. Yang sulong ialah perempuan dan mempunyai keluarga sendiri. Yang ke dua ialah lelaki yang berkerja di kapal, so sangat jarang balik dan kita pun x berjumpa beliau masa nie. Yang bongsu pula ialah lelaki yang bekerja di Sg. petani. Muda setahun dari kita.
Since yang ada di rumah tu kita dan senior serta adik tu, maka kami selalulah dapat special treatment dari mak dan ayah..hehehehehe.
Senang cerita, kitalah yang manja nya pun.
Yang nie, masa hari terakhir. Baju belang2 ialah director program kami. Kita jadi tukang pegang dulang tu jer. Beri cenderamata kepada YB.
Dalam setiap program baktisiswa, memang biasanya kami akan jadikan masjid sebagai pusat aktiviti. Selagi boleh di imarahkan masjid, selagi tulah kami buat. Secara tak langsung, kami cuba mendidik masyarakat agar sayang dengan masjid, Insya Allah.
Paling terkesan ialah untuk sub-program motivasi di sebuah sekolah rendah yang berdekatan. Kami buat bengkel ringkas untuk 2 hari untuk persediaan UPSR. Persediaan rapi kami dah buat. Tapi sangat hampa bila sampai di situ, kami dapati lebih kurang 60% pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak sampai beberapa bulannya lagi TIDAK BOLEH MEMBACA LANGSUNG!
Peringkat membaca mereka ialah peringkat anak-anak berusia 4 tahun yang baru belajar membaca 2 suku patah perkataan. Memang kita lari ke belakang dewan dan nangis. Serius, kita nangis! Subhanallah, apa yang berlaku sebenarnya? Darjah 6 tak boleh membaca langsung, macam mana nak ambik UPSR? Apa akan jadi pada mereka? Apa masa depan mereka? Apa akan jadi dengan masyarakat itu?
Kita tak nak salahkan sesiapa. Pada kita, semua yang terlibat perlu bertanggungjawab. Daripada Pengarah di pejabat pelajaran Daerah, guru besar, guru2, murid2 dan ibu bapa itu sendiri. Oleh kerana kesukaran hidup, ramai ibu bapa yang sering melarang anak mereka ke sekolah untuk membantu mereka bekerja di kebun, sawah dan sebagainya. Kami hanya cuba gunakan sebaik masa yang ada untuk memberi apa yang boleh dalam tempoh singkat itu. Mustahil untuk belajar membaca dalam masa 2 hari kalau 6 tahun di sekolah pun mereka masih tidak boleh membaca. Apatah lagi dengan ulangkaji subjek UPSR.
Tapi kita percaya, pasti prestasinya sudah semakin baik kan..? Insya Allah.
Anyway, lagi satu pengalaman baru untuk kita di situ ialah pulut durian. Bila pengarah program kata ada jamuan pulut durian bersama orang kampung, kita terbayangkan pulut putih yang di makan dengan kuah durian macam biasa tu. Rupa2nya, betul2 tergolek2 durian berbiji2 di masjid. Bila nak makan, kupas durian dan ambil isi durian, makan pulut di colek dengan isi durian tu. Ohh...lain padang, lain belalang rupanya.
Namun, hubungan kita dengan keluarga angkat kita tu, Alhamdulillah masa tidak terputus. Nanti kita ceritakan lagi yer....
.
17 thoughts..
Salam aziela,
Kira dpt mndi kt pragin sik la yer.
Kt sana pun bnyak dusun buah2 ...
Kegiatan2 kite buat semasa remaja sedikit
sebnyak mmbntu kita dlm kehidupan alam sebenarkan
Ai dulu ader fmly angkat kt pengerang jb tu
Until now baik lagik
Byk Kali jugak visit theyols
Alhamdulliah baik2 org nyer
Pics ms student dulu byk but free hair
Syg awat x pakai tudung dulu uwaaaa
sungguh selim ketika itu ye... :-)
Aktif betul masa tu ya :)
Saya tang nak kena hadir mensyuarat banyak2 kali yg tak sanggup tu
Saya masa zaman2 mcm tu...tak bertudung lagi. ..byk gambar yg tak boleh nk buat n3...simpan buat tatapan sendiri jer...
MV tak pernah join camping @ program mcm ni
Nostalgia nya tengok gambar ni...hehehe teringat pulak zaman2 sekolah dolu2.
pulut durian da penah rasa.. teringin nak rasa pulut mangga pulak..
aby : Oh, itu namanya bang? Saya tak ingat dah. Betul2. Semua pengalaman tu memang sangat membantu saya berdiri dalam keadaan saya sekarang. Alhamdulilla.
Lady Ayu : Haip...ibu mengandung tak leh nangis2. Hahahahah. Ayu sihat?
Ram Ram Cute : Yer, seronok betul. Tapi masa tu pun rasa macam tak slim sangat compared dengan kawan2 lain. Tapi sekarang kalau dapat macam tu..wallah! Hahahahahhaha
Daddy Ziyyad: Kebetulan, teraktif pula. Hahahahhaha. Seronok sebenarnya Doc. Minat masing2 kan. Kalau kita pula, nak tengok scientific terms tu memang tak sanggup la macam Doc. Hahahahaha
ainnoraini : Boleh Kak Ain. Cuma yang tak tertutup tu kena lah di photoshopkan sikit...hehehehehehe
MV : Sekarang pun boleh lagi nie MV...
nea lopah : sharelah sekali... sharing is caring kan...hihihihi
Muhammad Iqbal : Stilll...kenapa ramai sangat? Biasanya kelas peralihan pun untuk beberapa kerat saja. Sedih la rasanya masa tu.
Rai : Ha, balik kampung mertua Rai..confirm senang jumpa. Hehehehe
Catat Ulasan