Jumaat, 26 April 2013

Makan di Melaka : Asam Pedas Power Puteri Hang Li Po

Assalamualaikum.....

Apa...apa? Ingat asam pedas tu orang Melayu jer ker yang makan? Kat melaka kan, Puteri Hang Li Po punya asam pedaslah yang paling power sekali.

Ehheheheheh...jangan tertipu. Itu ayat propa kita jer tu. Kasi dramatik sikit.

Anyway, ramai yang dah tahu dan dah pernah makan, tapi kita tetap nak kongsi pandangan dari sudut aspek kita dan keluarga.

Sebenarnya masa nie, adik kita Yana tu datang Melaka. Tidur rumah kami. Dia sebenarnya nak cari kain untuk baju uniformnya. KPJ dah 2 tahun tak bagi kain untuk uniform. Nurses dia semua kelam kabut pergi cari kain sendiri sebab uniform dah nak naik reput jadinya. Tak taulah HR dia buat kerja macam mana. Dah lah tu, kalau beli sendiri, tak boleh claim juga. So, demi melaksanakan amanah, nurses nie semua gunalah duit sendiri untuk buat uniform sendiri.

So, kami bawalah Yana try asam pedas kat sini. Dia tak pernah try lagi. Lagipun dia kata dia nak belanja sebab dia happy sangat kain uniformnya dapat dengan mudah dan siap ada diskaun pula tu.

Asam pedas nie, hanyalah sebuah warung baisa. Kecil2an jer warungnya. Letaknya betul2 di sebelah Perigi Puteri Hang Li Po. Buka malam jer tau. Makan semua open air. Berbumbungkan langit. Kalau hujan, larilah bawak pinggan nasi dengan mangkuk asam pedas bawah bumbung kaki lima kedai2 sebelah tu. Tapi, pelanggannya tetap ramai. Kenapa? Ha, meh kita cerita.



Warung open air yang sempoi dan open air. 

Keistimewaan kedai nie ialah kepedasan masakannya. Kita tahu, ramai yang tak makan pedas. Tapi, ramai yang fancy pedas juga. So, kedai nie ialah untuk mereka2 yang makan pedas.

Asam pedasnya memang pedas, ditambah pula dengan kepedasan lada hitam selain daripada cili kisar. Asam pedas panas2 di masak segar dengan pilihan ikan mengikut selera kita semua sendiri. Ikan2 pilihan memang banyak. Sama macam di medan ikan bakar. Di atur ikan2 segar, sotong, udang dan kupang. Kita pilih dan beritahu nak buat masakan apa. Tapi x adalah yang minta bakar kan, sebab datang sini nak menikmati asam pedasnya.

So, kami pilih beberapa jenis makanan masa tu. Dahlah guruh2 plak tu...takuttt jer tengah makan kang berkuahkan air hujan pula. Mujurlah makanan kami cepat sampai dan kami pun belasah cepat2. Dah kebulur pun yer juga masa tu sebenarnya.


Ini ialah kupang. Setiap kali ke sini, kami mestiii minta masakan nie. Kupang Berapi namanya. Tapi kali nie tak berapa berapi macam dulu. Walaubagaimanapun, tetap pedas dan mantap. Tapi yang dulu punya lagi berdesirrr pedasnya. Lajuu jer menyuap nasi sebab walaupun pedas, rasanya sedap. Ada rasa manis kicap, ada rasa sos tiram, ada rasa halia, serai dan semestinya rasa cili padi kisar. Kupang pula segar kan. So, kunyah kupang tu, jus kupang tu beradun dengan kuah yang mantap nie. Sedar2, aik, habis dah sepinggan besar? Ratah macam tu jer pun dah memang best.


Asam pedas ikan pari Power! Ikan pari nie, Adam yang nak. Ikutkan kita dengan hubby, kami nak balun kupang tu jer... Tapi dah ada kan, so sedap jerlah kami makan. Cuma, ikan pari malam tu tak berapa best. Ada rasa macam hamis pari tu. Kita memang gagallah kalau pilih ikan pari. Sebab tu kita jarang makan ikan pari. 

Ini ialah Siakap Tiga Rasa. Yana yang suggest. Kami tak pernah pula order masakan ni. Tapi rupa2nya memang sedap betul. Ikan nie, kami makan ber-empat jer. Sedar2 dah tinggal tulang. Hehehehehe. 

Adam sangat seronok dapat asam pedas ikan pari. Tapi kenapa dia hadapkan ikan siakap tu kat dia ekk? At last, ikan pari entah ke mana, siakap juga yang dia bahamnya. 

Mesti ada sayur. Baru seimbang pemakanan kan. Kangkung goreng belacan yangsangattt sedap. Tak kedekut kangkung langsung. Tak ada rasa pasir langsungg. Berbeza betul dengan kangkung di hotel yang kita cerita kat SINI. Kat situ, lebih pasir dari kangkungnya. Hotelll tu! Elok lagi warung kecik tepi jalan macam nie. 

Siakap yang posing dengan macho..

Lagi gambar ikan pari



Senang jer nak cari tempat nie. Cari Perigi hang Li Po, mestiii jumpa kedai nie. Ada sesiapa lagi yang nak ke Melaka selain dari Kak Ummiross?


15 thoughts..:

Daddy Ziyyad berkata...

laaaaa..awak duduk di Melaka ke sebenarnya?

Berapa jauh perigi HangLipo ni dari Ayer Keroh atau Bandar Hilir ya? Nak cuba try la...sebab saya suka asam pedas..

aizamia3 berkata...

walau selalu balik Melaka tapi ternah pun jalan-jalan cari makan kat sana.. :(

Rai Ourkizuna berkata...

saya pun tak pandai pilih ikan pari.. selalu nak makan asam pedas, order ngan mak saya je.. haha.. resepi asam pedas mak saya tak guna lada hitam..

Mrs Velentine berkata...

pergh sodap nya..

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : Er, Melaka, KL, Kuantan, Port Dickson pun saya duduk gak..hehehehehe. Owh, dekat dengan Bandar Hilir jer. Guna google map mudah sikit kot.

Aziela berkata...

aizamia : Sebab makan kat rumah lagi best kan..?

Aziela berkata...

Rai : Hahahah...tak ramai yang guna lada hitam, Rai. Tapi memang susah nak pilih ikan pari kan.

Aziela berkata...

MV : MV makan pedas ke?

NzA berkata...

asam pedas melaka mmg terbaiklh...sedap...terliur pulak tgk kupang tu...

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata...

Ya Allah ... Sedap nyer kupang tu ...

xplorer berkata...

kak i beg to differ , the best asam pedas for me is gerai mak pon at medan asam pedas parit jawa muar. sekali dia buat asam pedas guna kawah .tu pun sekejap je habis and diaorg kan masak kawah baru .

ummiross berkata...

Ziela, thank you berkongsi info, dengar review pun dah terliur amat, kalau sempat insyaAllah nak cari juga.

Uncle Lee berkata...

Hi Aziela, wow! I love this posting. Besides, I was born in Malacca.
I have always love ikan masak asam pedas, or udang too.
And your this pics of the ikan asam pedas...I fikir, makan ni boleh lupa nama mak, ha ha ha.
Lagi pun makan open air...best la tu.
Tempat ni tepi laut?

You have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hari.
Lee.

TiranaAduka berkata...

jalan2 tgok makan.hehe

RamRamCute berkata...

erm...shud try lah kalau saya balik Melaka..selalu lalu aje kat situ tak pernah singgah...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink