Khabar Rakan Blogger : Kak Z, TA dan Abil

14 comments
Assalamualaikum.....

Kita teringin nak berkongsi tentang khabar dari beberapa rakan blog. Nak sharekan semua, macam tak terlistlah pula kan....

Pertama sekali, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak NzA kerana sudi mengirimkan kita cenderamata daripada Vietnam. Terus kita jadikan penanda buku. Sayang betul kita dengan cenderamata tu. Terima kasih banyak2 kak.... Maaflah kak, lama dah saya terima, tapi baru ada kesempatan nak entrykan.



Yang keduanya pula, sifu kelas Bahasa Jawa kita semua dalam blog ni, telah selamat melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru dari dalam kakinya. Memang teringin sungguh nak pergi melawat. Macam baisa, banyak jer alasan kita kan. Tapi betul tau, semalam memang dah nak pergi, tapi ada tetamu pula yang datang rumah. Maka melepas lagi. Namun, syukur kerana beliau telah pulih dan akan keluar dari hospital hari ini. Semoga cepat sembuh yer, Tirana Aduka.


Yang terakhir ingin kita kongsikan ialah mengenai Abil Fikri yang sedang meletup2 namanya sekarang kan. Dalam entrynya yang INI beliau ada beritahu tentang segmennya dengan Sinar FM. Wah, jangan main2 tau....dijemput seiring dengan DDHj Fadzilah Kamsah tau. Hebat kan. Kita sempat juga dengar selama satu jam. Alhamdulillah beliau kembali bersemangat.

Beliau juga telah memutuskan untuk teruskan berblog. Syukur Alhamdulillah. Walaupun blog beliau adalah ditulis untuk arwah permaisuri tercinta, namun Abang Abil tetap menghargai persahabatan sesama blogger, walaupun sekadar di alam maya.

Dan keputusan Abil Fikri untuk menjadi penceramah motivasi adalah keputusan yang tepat. Kalau ada sesiapa yang hendak menjemput beliau untuk berkongsi dengan lebih dekat pengalaman, tips rumah tangga dan sebagainya dari beliau, sila hubungi beliau yer. Details ada dalam blog beliau.

Alhamdulillah...lega rasa hati kerana dapat menaip entry ini.







Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 thoughts..

Mrs Velentine berkata...

alhamdulillah tumpang gembira baca tentang abg abil

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, ZIela... Ya Allah, macammana boleh termasuk skri kat kaki TA tu, semoga cepat sembuh.. salam untuk beliau ya..

Abil... hari tu dapat juga dengar suaranya berkumandang di Sinar, hehe..

penanda buku tu, cantiklah!!

Unknown berkata...

alhamdulillah TA dah selmt operate..moga abg abil tabah menghadapi kepergian isteri tercinta.. pastinya mereka bertemu di "sana" nanti..

Abil Fikri Ahmad berkata...

Salam...tqq masih berikan sokongan. Rasanya nanti bila free nak berkunjung nak jumpa member2 blogger..dan tadi baru ke blog TA.Jap lagi nak call dia..

Cho Zila berkata...

1) sudahpun dimiliki...
2)semoga TA cepat2 sembuh..
3) semoga abilpun dapat memanfaatkan pengalamannyer untuk semua...

Kakzakie Purvit berkata...

Cantik cenderahatinya. TA dah selamat siap boleh senyum lagi. Abil dah redha dan memang hidup kena teruskan demi masa depan..

che mid berkata...

Salam, punyalah baik hati share blog kawan-kawan kt sini..Che Mid pun baru singgah blog TA.. harap sihat cepat ya.. Masa Faris kemalangan hari tu, TA ada datang ziarah, patut nya Che Mid pegi la ziarah dia pulakkan.. Insyaallah..

aizamia3 berkata...

moga mereka sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. begitu juga kita semua.. ;)

bicara mak dara berkata...

wah nak kena terjah kesemua blog2 mereka jap lagi nih

Dr K berkata...

Saya suka tgk motor Triumph TA tu :)

Kita doakan Allah murahkan rezeki bro Abil...Insya Allah..

NzA berkata...

Sama2 azie...cnderahati xseberapa....

Moga TA cpt pulih n semoga Abil tabah lalui ujian hebat tu......

Zurina berkata...

moga sahabat2nya sentiasa dlm lindunganNya...amin!

Unknown berkata...

hakakkkk...atok kembali lgi....blogger suam2 suku here....ngeee

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Terima kasih tak terhingga dari tirana aduka pada sis aziela..alhamdulillah ta dah selamat sampai kt umah..

Nota-pergh..!bro abil pecah tembelang.adoi. Terkantoi disini..u/p sis aziela kita org memang slalu contct..huhuhu,nanti ko abil,!