Jumaat, 17 Ogos 2012

Iftar di Hotel Permaisuri Ayer Keroh : Disaster!

Assalamualaikum.....

Semalam bawa family and parents-in-law berbuka di luar. Mommy tak berapa sihat, so kasi dia break sekejap. Buka di Permaisuri Hotel di MITC, Ayer Keroh Melaka jer. Hubby dah buat reservation dulu.

Mula2 rasa seronok juga sebab ada grill lamb and ada a few stalls. Stalls mee sup, kuih Melayu, murtabak and mee goreng. Then, ada nasi and lauk pauk.

Since kita tiba lewat sebab pecut dari KL ke Melaka, maka orang ramaii beratur di station nasi tu. So, kita ambil mee sup dulu. So did the rest in our group. We thought nanti dah lepas azan baru nak pergi ambil sebab surely orang semua dah ambil. Hubby jer yang managed to squeeze.

Then, after azan Maghrib, makan mee sup 3-4 sudu, teruslah kami menuju ke station nasi.

Rupa2nya lauk pauk semua dah habis!!!!! Tapi orang baruuu jer azan. Takkan dah habis?? Takkan tak top up?? 3-4 kali kita ulang ke station tu tapi until almost 1 hour later memang tak top up. Mengamuk sakan kita sebab buka puasa bayar sama macam orang lain, tapi food x cukup?? Gila ker? Ingat kitorang datang merempat ke makan kat situ sampai food tak cukup??

Kita demand nak jumpa F&B manager dia. Berdolak dalik semua staff dia... After 1 hour kita bertegang urat leher dengan orang sana dan sini, dapat jumpa supervisor jer... Supervisor selamber bagi alasan, kata tak sangka tak cukup food. HELLOOOOOO!!!!!! Ko nak kaut untung atas angin ke? Bukannya guest ambil lauk membumbung pun? Kita tengok bukan main ramai lagi yang tawaf sampai naik haji kat situ sebab tunggu lauk top up. Tapi sampai ke sudah tak ada....

Dia ingat ini katering ke? Buat makan untuk berapa kepala. Kalau ramai, tak cukup, nasiblah... Macam gitu? Ini buffet di hotellll okayyyy!!!

Kita naik angin sebab segannn sangat bawa parents-in-law makan kat situ tapi x ada food. Diorang makan nasi dengan daun (ulam) jer...!!!! Kalau mcm tu, baik bawak makan kat rumah jerr....

Setelah kita bising2 sikit, lauk ayam dan kari kambing yg dah habis, dia gantikan dengan SCRAMBLE EGG!!! Ada lagi, udang halus2 masak sambal tumis cair bair.

Ini masa dah ganti dengan scramble eggs tu. Kiri dan kanan scramble eggs diletakkan tray asam pedas ikan kembong hancurrr.

Nampak tak scramble egg? Nampak tak ikan kembong hancur? Masa nie belum pukul 8.00 malam pun lagi.


Kiri ialah kangkung goreng pasir, tengah ialah kobis goreng dan kanan ialah sambal tumis anak udang.

Kenapa kangkung goreng pasir? Suap jer ke mulut, terus kunyah pasir. Kangkung langsung tak terasa kewujudannya...

Memang sangat sakit hati makan di sini. Rasa macam tak sanggup nak halalkan apa yang kita bayar tu...

Melampauu sangat! Aniaya orang puasa betul.


10 thoughts..:

Azham Vsvc berkata...

Ish...teruknya servis! Memang akak sebagai pelanggan patut suarakan ketidakpuasan hati...yea la, dah bawa parents in law lagi, ingat dpt la makan sedap2 kan? hurm....tak sangka ada gak hotel bufet yg mcm ni hurm...satu pengajaran kepada para pengunjung yg lain juga huhu...sabar yeah akak!

Zurina berkata...

teruknya...mmg kaut untung ats angin ni

Rahmah Ram Ram berkata...

errkk..basuh kangkung tak bersih..geli nak makan..tp tgk gaya masakan macam sedap.

Nurul Akmal berkata...

Meriahnya makanan.. Selamat Hari Raya.. maaf Zahir & Batin...

♥ Wina ♥ berkata...

suke makan buffet lepas tu timbang berat ahahahhh

salam kenal dr segmen lulu ;-)

Iffah Afeefah berkata...

silap besarla die wat cmni

teruk

nk untung cmne kalo niaga cmni

eintan nurfuzie berkata...

lama x jenguk kawan2 cik en.. :) hepy aid semua!

Diana berkata...

Salam Aidilfitri..

Singgah untuk tambah kenalan...

mmm...memang tak patut..dah la hotel kan...
Dah la dari jauh nak berbuka...
dengan family lak tuh...
Kalau saya pun mesti kecewa jugak..

aizamia3 berkata...

emel je entry ni kat top management dorang.. tengok apa reaksi dan komen dari dorang pulak.. kita bukan nak condem kan dorang tapi sekurang-kurangnya dorang boleh improve kan apa yang kurang..

psstt: jangan nak untung je tapi hati pelanggan takmo jaga..

ummiross berkata...

Memang sakit hati kalau macam ni, ye lah kesian kan kat orang puasa, bukankah kegembiraan orang berpuasa tu ketika berbuka, jadi kenalah bertanggungjawab memastikan makanan tu cukup.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink