Antara Detik-detik Terakhir Menjelang Syawal.....

1 comment
Assalamualaikum.....

Sekiranya masih ada yang membaca blog ini, kita susun sepuluh jari tangan memohon ampun dan maaf kepada semua yang realize kewujudan kita sama ada di alam maya ataupun di alam realiti sekiranya ada tersasar komunikasi, tergelincir tingkah laku.

Kita doakan semoga perjalanan anda semua untuk berhari raya sentiasa di lindungi Allah. Dalam pada bergembira di Hari Raya, janganlah abaikan keselamatan dan budi bahasa kita. Kadang2 bila dah berkumpul ramai2, gurauan boleh terbabas hingga melangkah batasan. Takut ada hati yang terguris, sedar2 dah bermusuh pula.

Kalau ada yang balik kampung, tinggalkan rumah anda dalam keadaan selamat.
- Jangan lupa laporkan ke pihak polis tentang tempoh masa anda tiada di rumah.
- Jangan biarkan lampu belakang rumah atau lampu porch anda terpasang kerana bila siang pun terpasang maka mudahlah perompak mengenal pasti rumah yang tiada tuannya.
- Sesiapa yang rumahnya ada sliding door, kalau boleh carilah sebatang kayu yang panjangnya muat2 untuk sendal setiap keping pintu sliding tu dari dalam. Maknanya kalau ada orang cuba umpil dari luar pun, dia takkan berjaya tolak pintu gelongsor itu terbuka.
- Kalau subscribe newspaper ke, susu ke, atau apa2 yang rutin, jangan lupa inform supplier yang anda perlu hentikannya sementara.
- Kalau ada telefon rumah, tolong perlahankan bunyi deringannya supaya telefon anda tidak dibiarkan berdering berlarutan sehingga memberitahu pencuri bahawa anda tiada di rumah.
- Tutup semua suis elektrik yang tidak digunakan. Bukan setakat tutup, tapi tariklah plag dari switch. Hanya tinggalkan yang betul2 perlu sahaja seperti peti ais dan alarm system.

Itu antara yang kita boleh ingat waktu ini. Selainnya, sesuaikanlah langkah2 keselamatan dengan situasi anda dan rumah anda.

Semoga Hari Raya ini tidak menenggelamkan amal ibadat kita di bulan Ramadhan.

Amiin.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 thoughts..:

Unknown berkata...

Hehe...betul tu akak...penting untuk tinggalkan rumah dengan keadaan yang selamat. Sebabnya kat lorong taman perumahan saya ni hanya tinggal tiga rumah sahaja lagi yang masih bertahan, yg lain2 dan lari balik kampung huhu..sunyi sgt malam2 tp keadaan mcm ni la yg mengundang penyangak kan?

Selamat Hari Raya Akak, mohon ampun salah silap tutur kata dan perbuatan selama kita kenal ni. Semoga akak berbahagia dgn keluarga tersayang huhuhuhuhu.....