Kita tak ada facebook account. So, kita mungkin agak ketinggalan tentang perbincangan di laman sosial, melainkan ada blogger yang sudi berkongsi kisah dalam blognya.
Terima kasih Atok sebab sudi berkongsi. Inilah dia, cucu Atok memanjangkan maklumat berikut.
Himpunan desak Myanmar henti pembunuhan. Sahabat Rohingya kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan Myanmar tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.
Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan ;
Tarikh : 3 Ogos 2012 (hari ini)
Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)
Lokasi : Berkumpul di Menara PERKESO Jalan Ampang (sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2231239. Sila hadir sebagai NGO atau individu. Kami perlukan sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum. Ayuh bergerak sekarang! Setiap hari ada saudara kita yang mati di sana!
p/s : Boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada kenderaan, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500 m)
Kita memang tak dapat nak menyertailah. Ada tuntutan lain. Namun, sumbangan kita adalah dengan cara menyampaikan maklumat seperti ini. Manalah tahu, dalam ramai2 yang membaca ini, ada juga seorang dua yang tergerak nak join. Orang kafir bijak, kita umat Islam mesti laaagiiiii bijak. Jangan biarkan saudara kita di sana di pijak. Sebab satu hari nanti kita juga mungkin menerima nasib yang sama di tanah air sendiri...