Jumaat, 3 Ogos 2012

Sahur Honeymoon

Assalamualaikum.....

Ha, tak pernah dengar kan...?

Honeymoon sebab kita berdua dengan hubby jer. Adam tak ada. Dia sekolah kat kampung.

Bila sahur, memang tak berapa selera nak makan kan... Ini masa awal2 puasa dulu la nie. Hubby tidur KL malam tu. Gigih kita bangun awal menumbuk bawang untuk masak lauk sahur.


 Menu simple untuk sahur tu ialah sambal sardin yang guna cili padi. Tapi sebab puasa kan, so cili tu sikit jer lah. Kasi ada rasa pedas jer. Itu pun hubby dah kata pedas. Kita bagi dia makan sardin nyer saja. Nasib baiklah kita terfikir nak goreng telur mata kerbau nie. Curah kicap. Telur kuning nyer masih ada cair2 sikit. Hubby suka macam tu. Then buat kacang panjang goreng. Tumbuk bawang dan ikan bilis jer untuk rencah dia. Lepas tu ada buah sikit. Gambar kat atas tu lauk sardin dah siap cedok masuk pinggan, baru teringat nak ambik gambar. Hubbylah yang tolong snap nie. Tangan kita dah bersememeh.



Kacang panjang goreng yang kita goreng kering sikit. Nampak macam sampai layu kita goreng kan. Kecut jer kacang panjang tu. Ada kisah sebenarnya. Pernah tonton tak filem Impian pada tahun 1996, yang dilakonkan oleh Amy Mastura dan Azhar Sulaiman?

Dalam filem tu, mengisahkan Amy Mastura menjadi jururawat peribadi untuk Azhar Sulaiman yang sakit. Akhirnya mereka saling jatuh cinta. Lokasi filem kebanyakannya di Cameron Highlands.

Dalam filem tu, ada satu babak yang mana Amy Mastura ikut seorang pakcik penjaja yang dilakonkan oleh Hamid Gurkha balik rumah untuk tumpang bermalam. Pakcik tu sediakan hidangan makan malam. Antara lauknya ialah kacang panjang goreng. Entah macam mana dalam pada dia berbual dengan Amy Mastura nie, sayur kacang dalam kuali tu dah naik hangit.

Masalahnya, cara Amy Mastura makan kacang panjang goreng yang hampir hangus tu nampak macam berselera sangat-sangat. So, pengaruh dari babak tu, kita pun mulalah cuba goreng kacang panjang sampai kering dan kecut. Sedapp rupanya. Kira macam kena lah dengan selera tekak kita. Biasanya kalau sorang diri di KL, kita masaklah macam nie. Kalau untuk family, kita masak macam biasa. Basah-basah sikit, ada kuah sikit.

Tapi surprisingly, hubby pun suka juga bila kita masak macam nie. Siap puji lagi kata "Pandainyaa mama masak. Sayur kacang goreng tu sodapp..".



Orang lain, desert masa buka kan... tapi untuk sahur pun kita hidangkan buah juga. Maklumlah, hidangan untuk hubby yang jarang2 ada peluang untuk kita sediakan hidangannya. Itupun potong-potong, terus longgok dalam mangkuk jer. Tak sempat dah nak susun cantik-cantik.

Buah dalam mangkuk nie, ada buah epal Washington yang anda boleh nampak tu. Tapi di lapisan bawah tu ada buah Persimmom ataupun Pisang Kaki. Rupanya macam gambar di bawah nie..

Sumber : Google

So, all in all, hubby bertolak ke Kuantan lepas sahur tu dengan perut yang kenyang dan puas hati.

6 thoughts..:

:: Mrs.Eady :: berkata...

kelas gituuu sahur bermoon moon..hehhee..

Rahmah Ram Ram berkata...

sodap ni wak!! potang-potang ni tengok gambar makanan..bergelodak perut saya ni hah...simple dan menarik. Tapi asben dgn anak2 saya tak makan pedas tambah2 bulan ramadan ni..lagilah..balik2 sup aje huhuhuu....

Iffah Afeefah berkata...

jaga perut suami

Nurul Akmal berkata...

Sardin tu feveret nurul... Sedapnyeeerrr...

Hidayah Bach berkata...

suka la cara penulisan awak..!

kita follow dulu ..
nak baca kemudian..
kita blogwalking tadi ,jumpa blog awak kat 1001resepi.

:)

salam perkenalan..

(dah 12.26pm , nk tgk melodi..hehe)

tak sabar nak baca cerita langkawi yg ada kat bwh tu..!

Azham Vsvc berkata...

wah...sedapnya....makanan simple2 mcm ni waktu berbuka la yg sedap huhuhu.....sy kalau sahur ada nasi, telur mata dengan sedikit kuah pon dah cukup sempurna hehehehe ;)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink