Alhamdulillah.... Pembedahan Selesai.

11 comments
Assalamualaikum.....

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk kita layangkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua.

Sebelum tu, nak tanya. Ada yang rindu tak...? Ahaks! Confirmmm takder... hahahahahha!

Tapi kita yang rindu. Rindu banget dengan blogging world and blogging friends... Its good to be back.

Alhamdulillah, hubby telah selamat menjalani pembedahan pada hari Isnin minggu lepas. Hari ini beliau sedang berehat di Melaka. Dah semakin sihat. Cuma nasihat doktor, beliau tak boleh duduk untuk tempoh masa 2 minggu nie. Baring, jalan dan berdiri jer yang boleh setakat yang hubby mampu. Membongkok lagilah diharamkan...

Penat.

Memang penat.

Jadi driver, uruskan hospital, uruskan rumah tangga, uruskan tetamu yang datang tak putus2, dan melekat dengan pesakit setiap masa. Memang masa tu rasa macam nak jadi superwoman. Kalau boleh terbang, kalau boleh jadi macam Boboiboy, split jadi 3, kalau boleh pejam mata dan terus muncul di tempat yang kita nak dannn kalauu ada yang membantu.

Tapi syukur ke hadrat Allah di atas sebesar2 rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Allah berikan kita kesihatan yang cemerlang, kekuatan yang luar biasa, kesabaran yang melampaui batas, ketabahan yang kental dan kasih sayang yang melimpah ruah. Tak perlu super powers, kasih dan belas kasihan dari Ya Rabbi itu telah melangkau jangkauan.

Syukur Ya Allah.

Untuk cerita tentang prosedur dan operasinya, akan mengambil sedikit masa. Izinkan kita menunaikan amanah dan tanggungjawab pada tugas yang lama ditinggalkan....

Terima kasih kepada anda kerana masih ingat pada blog My Rainbow ini.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

11 thoughts..

♥ Vna ♥ berkata...

alhamdulilah..

Izwa Kamaruddin berkata...

alhamdulillah ~ semoga dipermudahkan semua urusan akak :)

Unknown berkata...

Alhamdulillah...hubby sakit apa? moga cepat sembuh ya :)

RamRamCute berkata...

alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan baik dan lancar...

Awak saya ada TAG awak untuk join segmen...kalau FREE2 joinlah ye..

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/09/segmen-promot-blog-anda.html

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Alhamdulillah, dari perkenalan kita yang lepas akak dah tahu, Aziela memang superAziela!!

Unknown berkata...

Alhamdullillah.. moga husband akak cepat sembuh.. AMin..

Ce'gu JAERA berkata...

alhamdulillah.. segalanya selamat kan.. salam aidilfitri aziela sekeluarga

Zurina berkata...

alhamdulillah...salam aidilfti utk aziela skga. syukur dlm kepayahan Allah berikan kekuatan buat aziela

Unknown berkata...

Alhamdulillah syukur! Mestilah ada yang rindu blog akak ni hehehe...alhamdulillah akak pun sudah kembali, kirim salam kat suami akak yang masih dalam proses penyembuhan itu :)

Aziela berkata...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semangat inilah yang memberi nafas dalam melalui dugaan.

aizamia3 berkata...

Alhamdulillah.. selamat semuanya..

psstt: nampak sangat dah lama tak singgah kat sini..