Aidilfitri 2012 Yang Penuh Pancaroba : Slip Disc Treatment di Kuantan

5 comments
Assalamualaikum.....

Hari ni, kami keluar awal dan terus ke kilang hubby dulu. Hubby pun dah buat appointment dengan Managing Directornya untuk kami jumpa dan jelaskan condition hubby. MDnya adalah lelaki Inggeris warga UK. So, hubby dah berikan tugas untuk kita jelaskan kepada MDnya. Lagipun dia tengah sakit dan tengah takut dengan operation yang bakal di hadapi.

Kami tiba di kilang dan terus masuk klinik. Sementara menunggu MDnya tiba, kita explainkan dulu pada nurse company. Lebih mudah nurse tu back-up explanation kita kiranya ada soalan dari MD beliau. Nurse mudah untuk faham dan dia memang terkejut bila tengok MRI film hubby. Dah teruk, katanya.

So, bila MDnya datang, kita greet dan mulakan presentation. Macam kat tempat kerja pula rasanya. Tapi kita cuba sehabis baik untuk explain semudah mungkin dan sejelas mungkin. Kita dah siapkan handouts dan ada a few document termasuk surat dari doktor untuk syarikat.

Lega rasanya bila MDnya memberi sokongan.

Lega rasanya bila kita selesaikan tugas presentation tu.

Kami kemudiannya terus ke hospital dan menunggu giliran untuk jumpa doktor. Mak Teh dan Pak Teh kita di PD yang beraya di Pahang tahun ini turut ke Kuantan untuk temankan kami. Mak Teh kita ialah seorang nurse kerajaan. So, lega rasanya bila ada family dan seorang nurse menemani kami.


Semuanya menunggu giliran untuk jumpa doktor masing2.

 Lama sungguh kami tunggu. Patutnya pukul 10 pagi, tapi sampai jam 12 pun doktor tak masuk lagi. Rupa2nya nurse dia kata doktor dalam operation room. Ada kes emergency. So, dia soh kami lunch dulu, nanti petang datang semula.

Kami pergilah lunch di New Horizon Garden dengan Mak Teh n family.
Mak Teh n family

Anak sulong Mak Teh, Iwan dengan Adam yang menyibuk.

Selepas makan, kami kembali semula. Syukurlah tak perlu menunggu lama lagi. Kami berbincang dengan doktor. Bila kami beritahu doktor di Hospital Pantai di Melaka mengenali beliau dan bercerita tentang beliau, terus dia gelak besar bila teringat kisah lama. Kemudian hubby terus di masukkan ke wad. Kita request nak single room yang besar sedikit sebab single room yang dulu tu sempit sangat. Nak bentang tikar pun x muat. Di Hospital Pakar Kuantan nie, single room wadnya tak diberikan kemudahan sofa untuk keluarga yang nak tidur di sini. Lazy chair untuk malam atau extra bed pun x ada. Nurses kata kami kena bawa tikar sendiri.

Ada satu single chair sofa jer yang nampak arm rest jer tu..

Bath room memang selesa dan convenient

Abaikan towell tu. Hubby x minat soccer pun.

The bed and kita dah bentang toto terus. Adam seronok betul berguling kat situ.

Alhamdulillah. Dapat bilik yang selesa dan mudah untuk kita bergerak nak jaga hubby nanti. Parents kami pun mudahlah nak tunggu hubby nanti. Cuma doktor kata, kalau equipment untuk operation tiba awal esoknya, operation akan diteruskan esok tu iaitu Sabtu. Kalau lewat tiba, ianya akan di jalankan pada hari Isnin.

Esoknya, Sabtu kami diberitahu bahawa operation akan dilakukan pada hari Isnin.

Mendengarkan itu, Mak Teh and family pun berangkat pulang ke PD selepas tidur di rumah kami satu malam. First time, Adamlah yang menggantikan kami menjadi tuan rumah. Alhamdulillah, dah boleh di harap anak teruna kami tu.

Setiap berita, kami akan call parents kami untuk update.

Malam tu, parents hubby insist untuk datang juga. Mereka tiba di hospital dah jam 9.00 malam. Nampak muka Mommy and Ba lega bila dah sampai sebab dapat berada dengan hubby. Selesai makan beramai2 dalam wad tu, mereka terus balik ke rumah kami untuk berehat. Mereka pun lega bila tahu operation akan dilakukan pada hari Isnin. Sekurang2nya ada masa untuk bersedia secara mental.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

semoga dipermudahkan ye kak..

Kakcik Seroja berkata...

Selepas pemebedahan dulu, kakcik duduk di hospital selama 9 hari - anak2, adik dan kawan bersilih ganti menemani...

Aziela berkata...

Mrs Eady : Dah selesai Adzwa. Alhamdulillah...

kakcik : Laser juga ke kak..?

Unknown berkata...

minggu depan?

lame lg kak

hope sume berjalan lancar

bgsla adam tu

ank spela kan?

Unknown berkata...

ngeri jugak kan..bila sebut operation ni teringat masa saya nak kena operate bersalin dulu.. kesian husband saya susah ati..

macam tu agaknya perasaan akak masa husband akak nak kena operate kan..