Makan di Kuantan : Sata Pak Din, Tg. Lumpur

6 comments
Assalamualaikum.....

Hari Jumaat, esok weekend. Malam nie, balik Kuantan sebab esok hubby ada follow up check-up dengan doctor beliau. So, pada sesiapa yang nak datang Kuantan, kita nak share tentang kedai jual sata di Tg. Lumpur nie.

First sekali, tau tak apa dia sata?

Sata ialah sejenis makanan kudapan yang biasanya di makan pada petang hari di negeri2 pantai timur. Famous di Pahang dan Terengganu. Sata ni ialah bancuhan isi ikan, tepung, dan ramuan lain, antaranya bawang, serai, daun kunyit dan cili. Bancuhan ini kemudiannya di bungkus dalam daun pisang sehingga membentuk segitiga kecil, dicucukkan pada batang besi grill atau buluh untuk di bakar di atas bara api.

Setiap kedai ada ramuan sata masing2 yang tersendiri. Seperti makan nasi lemak. Setiap kedai kan ada rasa yang berbeza. So, terpulang kepada cita rasa masing2 lah yer.

Pusat kudapan petang di Kuantan ialah di Tg. Lumpur. Senang jer nak ke sini. Dari bandar Kuantan, pastikan anda cari signboard ke Pekan, melintasi jambatan Sg. Kuantan dan taraaa...anda sudah berada di Tg. Lumpur. Di sini anda akan jumpa banyakkk sangat kedai2 atau warung2 yang menjual sata, keropok lekor dan kuih muih untuk minum petang. Ada beberapa kedai yang sangat penuh sampai orang sanggup berdiri dan beratur, sanggup jalan kaki jauh kerana parking penuh dan sebagainya.

Tapi, kita sekeluarga, tetap rasa sata di kedai Pak Din nie menepati selera kami. Kombinasi ikan, kepedasan cili yang mencukupi, haruman daun kunyit serta serai yang menyegarkan memang betul2 seimbang.

Sign board

Banner dalam warung kecil


Sata yang sedang di panggang


Sata panass...


Sebahagian kuih muih...


Masa nie masih awal sangat lagi. Pukul 11.30 pagi hari Ahad. Biasanya kuih muih berderet2 di sini. Kita datang awal sebab nak tapau untuk bawa balik PD. Adalah 100 biji kami tapau sata tu. Kalau yang suka tu, 10 biji sorang baru puas makan.

Selain daripada tu, kebiasaan di negeri pantai timur, petang2 mereka makan seafood yang dicelup dengan tepung. Macam kita makan sotong goreng tepung, tapi bukan yang rupa cekodok tu tau. Ini macam salut tepung jer. Ikan kembung sekor2 di salut tepung dan goreng. Udang biasanya secucuk ada 5 ekor udang. Secucuk udang, seekor ikan semuanya berhara RM2.00 each. Sata pula, 5 biji RM2.00.

Nampak macam x ramai kedai Pak Din nie, tapi kami biasanya tak terpengaruh dengan gambaran kedai penuh. Kami hanya percaya dengan selera sendiri.

Selain daripada sata di Kedai Pak Din nie, ada sebuah warung lagi sebelum warung Pak Din yang menjual sata yang bersaiz lebih besar dan rasanya pun sama sedap. Tapi harganya RM0.50 sebiji. Tapi dia tak adalah meja kerusi nak duduk lepak lama2 macam di kedai Pak Din nie.

So, amacam? Nak rasa sata tak..?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Sha Mohamed berkata...

kasih suka sata nie.. en.hubby akan bawak balik tiap kali dia kena outstation di terengganu atau tempat yg ada jual sata nie.. best betul, tambah2 kalo tergigit cili padi.. pergh...

Unknown berkata...

murah kat situ eh kak..aritu saya pegi makan ikan celup tepung kat PCB kelantan tu mahal berdengung..sekor ikan rm4. yg rm2 tu yang bebola rasa tepung banyak tu je..cekik darah betul..

Unknown berkata...

xske sata

otak2 iffah makan heee

Unknown berkata...

Salam kenal,baru je singgah warung sata cik din ni.
Memg rasanya kena ngn anak tekak.
Terbaik.

Unknown berkata...

Best kan sata,baru je singgah kdai cik din ni :-)

Unknown berkata...

Salam kenal,baru je singgah warung sata cik din ni.
Memg rasanya kena ngn anak tekak.
Terbaik.