Selasa, 25 September 2012

Adam Menjejak Merdeka

Assalamualaikum.....

Setibanya kami di KL lepas meredah Banjaran Titiwangsa, hubby sajer lah ajak kami pusing KL sekejap. Pusing mana jer pun...round Tasik Titiwangsa lepas tu bawa Adam ke Dataran Merdeka.

Main objective trip ke KL ialah untuk menanamkan sikap patriotik di dalam diri Adam. Dia dah berumur 10 tahun. Dah sampai masa untuk dia memulakan sedikit pengetahuan tentang asal-usulnya. So, Dataran Merdeka nie dia selalu tengok kat TV jer. Tak pernah jejak langsung ke sini. Kesian Adam kan... Mama dan Papa nya dulu berlari2 atas Dataran Merdeka nie. Bukan masa bercinta, kami dengan kawan kami masing2 lah. Menimba ilmu di KL, mencari rezeki di KL, memulakan keluarga kami pun di KL. Tapi anak seketul pun tak pernah nak bawa explore KL.

So, kami parking sekejap di tepi Bangunan Sultan Abdul Samad supaya Adam dapat berdiri di atas bumi bertuah itu.

Satu Malaysia


Malaysia dah Peace (Aman)

Alhamdulillah, Adam berpuas hati. Cuma tak dapatlah nak bawa Adam jalan2 ke 'shopping complex' di bawah padang Dataran Merdeka nie. Eh, ada lagi ker? Ada sesiapa tahu tak apa jadi dengan shopping mall bawah padang tu? Masih beroperasi ke, atau sudah di tukar untuk kegunaan lain. Ke....ada yang tak tahu di bawah padang nie ada shopping mall. Shopping mall bawah tanah, barulah betul namanya underground kan.

Ada 2 tempat jer lagi yang Adam pergi untuk jejak Malaysia nie..



5 thoughts..:

gadisBunga™ berkata...

ada orang KL yang tak penah jejak pun ke situ...bertuah Adam!

Rahmah Ram Ram berkata...

setahu saya shopping mall bawah padang tu dh tak berapa nak maju awak..kalau buka pun 2-3 kedai aje yg dekat2 dgn tangga ..the rest tutup sebab last time masa KL banjir dorang mmg rugi giler...habis kedai sume.

Rai Ourkizuna berkata...

adeh..saya pun tak pernah jejak dataran merdeka kak..saya mmg tak pandai nak jalan2 melawat tugu ke tengok2 kawasan ni..melainkan kalau ada urusan kat kawasan sekitar..

bagus sebenarnya menyemat semangat merdeka pada anak2 ni kan..

Iffah Afeefah berkata...

xtau pon ade shopping mall

Aziela berkata...

gadisBunga : Yer tak yer kan...

Rahmah : sayangnya kan wak..

Rai : heheheh...ada masa, kami pergilah..

Iffah : Ha, sekarang dah tau...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink