Aidilfitri 2012 Yang Penuh Pancaroba : Raya Kedua dan Ketiga

6 comments
Assalamualaikum.....

Panjang sangat kan... Maaflah, kita memang suka menulis diary.

Kebiasaanya kami suami isteri nie, kalau pagi raya di PD, maka raya kedua kena ikut parents PD balik kampung ayah di Kuala Pilah. Kalau pagi raya di Melaka, 2nd day kena ikut parents Melaka balik kampung Ba di Beranang, Selangor.

So, pagi raya ke-2 tu ayah dah pesan, pukul 8 pagi mesti dah ada di Kuala Pilah. Tapi sebabkan penat, hubby dan Adam bermalas-malasan. Rilexx jer. Kita yang tak senang hati sebab knowing ayah, dia tak suka anak2 dia x punctual. Mesti kena marah. Tapi nak buek camno, menantu dia memang jenis last minute. Bahananya, pukul 7.45 pagi time kami baru nak keluar rumah, adik kita sms kata diorang dah sampai sana. Perghh...macam ribut kami drive ke sana.

Selamat ziarah ke rumah makcik2 kat sana sebanyak 5 rumah, jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Terus pecut ke Rantau nak bergabung dengan in-laws pula. Kami miss 1 rumah jer. Dari Rantau ke Beranang, dan kemudian ke Ampang. Dari Ampang, kami ke Jasin untuk ziarah pakcik yang kami tertinggal pagi tadi. Selesai segalanya ngam2 tengah malam. Sekurang2nya kami dah completekan cycle. Adil dan saksama. 2-2 family ada kehadiran kami.

Dalam perjalanan ke Beranang, seorang rakan kerja hubby yang telah berhijrah syarikat call. Katanya dia dengar tentang slip disc hubby. Bila hubby kata nak buat Nucleoplasty di hospital itu, dia segera menghalang. Katanya dia ada peristiwa hitam yang mana kakinya sedikit bermasalah. Tapi bukanlah kerana tulang belakang. Itu adalah kerana kemalangan yang mencederakan lututnya. Tapi hati kami risau bila dapat maklumat tu. Tepatkah keputusan kami untuk teruskan prosedur tersebut?


Raya ke-3, pagi2 lagi kita pergi Mydin di Ayer Keroh untuk beli barang2 nak masak. Kawan hubby satu family dan Pak Su kita dari PD tu satu family nak datang beraya. Masak yang simple jer sebab rumah kita kan x ada kuih raya. Yang ada ialah sejenis kacang goreng, sejenis kerepek dan kuih batang burok. Ngam2 3 balang jer. Jadilah buat peneman hidangan air kan..

Hubby agree bila kita kata nak masak mee hoon sup. Tapi this time kita nak cuba sup berempah pula. Belilah rempah serbuk Mak Siti tu. Satu periuk tinggi tu kita masak. Mudah nanti kan. Sekali bila dah siap masak tgh hari tu, hubby merajuk. Rupa2nya dia nak sup yang biasa jernih tu. Sup rempah dia tak berkenan and katanya dia tak nak makan. Nasib baiklah kita masak juga nasi satu periuk dengan ayam masak lemak cili api. In case ada sesiapa yang nak makan nasi pula nanti.

Tapi while waiting tu, hubby makan juga semangkuk. Tetap dia tak berkenan. Sorrylah dear, next time masak sup jernih jer yer...


Inilah sup yang hubby tak berkenan tu. Sambal kicap di hujung mangkuk tu.


Ayam masak lemak cili api

Pak Su and family tiba dah hampir pukul 6.00 petang. Diorang terus duduk makan. Selain mee hoon, kita rebuskan sedikit spaghetti sebagai menggantikan mee kuning untuk di makan dengan sup. Kita nak cuba kurangkan pemakanan mee kuning sebenarnya. Guess what, diorang semua kata sedap. Even Pak Su kita yang amatlah cerewet makan tu pun bertambah2. Alhamdulillah.. Cousin kita mengulang2 sampai ke malam.

Bila hampir Maghrib, kawan hubby pula datang dengan anak isteri beliau. Anaknya berumur 2 tahun setengah. Behave sangat. Suka tengok kanak2 yang terkawal tingkah lakunya. Sayangnya tak ambil gambar sebab kita segan. Beliau adalah seorang pengusaha gula melaka.

Yang bestnya bila budak kecik tu kejap2 tarik tangan maknya ke meja makan, tunjuk nak meehoon sup. Adalah 4-5 kali dia mengulang. Mak ayahnya pun terkejut sebab katanya anak mereka tu susah sikit nak makan. Biasalah budak kan, asyik nak susu jer. Dan maknya yang sedang mabuk2 tu pun makan 2 mangkuk. Padahal katanya dah beberapa minggu asyik makan biskut dengan air milo jer sebab tekak dia tengah loya-loya. Alhamdulillah... Fabi Ayyi 'Alaa Irabbikuma Tukazzibaan.. Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau nafikan. ( Ar-Rahman).

Mereka pun jamah juga nasi walaupun sekadar sejenis lauk jer. Masing2 semua lepas kenyang nasi pun sibuk meratah lauk dan menghirup sup. Syukur. Seronok betul kita kejap2 top up hidangan. Hilang segala letih rasanya.


Sebahagian keluarga Pak Su.

Geng2 budak lelaki pula, iaitu si Adam dan cousin2 kita semua tak nak makan nasi. Diorang mengerjakan spaghetii sup jer. Lepas makan, masing2 main bunga api depan rumah. Sambil duduk menonton, kita buatkan pula satu teko Chinese Tea yang hubby beli di Taiwan. Sekurang-kurangnya legalah sikit senak lepas makan sebab teh tu membantu penghadaman.

Malam tu, kami semua tidur dengan lena dan puas hati sebab tetamu pulang dengan gembira.

Dalam tidur, hati masih runsing dan otak masih berfikir apa yang perlu dilakukan.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Hidayah berkata...

fuhhh..
tak terkomen dayah...
seronok baca cerita....syokk..
cerita sumer jelas smpi dayah boleh imagine mcm tgk drama pulak..hikhik..

tgk gmbr sup tu...skrg teringin nak pulak..haaa......

Izwa Kamaruddin berkata...

semoga mendapat ketenangan yg dicari..

Ce'gu JAERA berkata...

raya paling memenatkan bila layan tetamu yang tak henti2... tapi puas hati dan seronok kan..

Kancil 8349 berkata...

menarik cerita...

Maria Menado~ berkata...

wah nampak sedap sup itu. share resepu. *tiba-tiba*

ketenangan pasti muncul nanti sebab hidup ini kan ibarat pelangi.. yang cuma muncul selepas hujan.~

walaupun jarang tapi mengasyikkan.

Aziela berkata...

Hidayah : Itu baru satu bahagian jer tu. Next time akak buat skrip drama ekk..hehehehehehhe

Mrs Eady : Entah bila lah tu dikk.

Gen2Merah : hihihihi..pandai baca hati akak yer...

Kancil : T. kasih Kancil

Maria Menado : Tq. It really helps...