Hujan Lebat di KL, Banjir di PLUS dan Stress Melampau.

7 comments
Assalamualaikum.....

Tak macam tajuk berita langsung kan...

Al-kisahnya, sebab hujan lebat sangat, kita keluar office agak lewat semalam. Jam 9.00 malam baru gerak dari office. Sebabnya air-cond compressor kereta hubby 'kong' sekali lagi recently. So, bahaya memandu dalam hujan.

Malam tadi nak gerak balik ke Melaka sebab Isnin tu tak balik Melaka. Kita tunrun dari Bukit Jalil jer, jalan dah mulai sesak. Sampai hotel Nouvelle tu, kereta dah mula tak bergerak. Tapi kita ingatkan sebab beratur nak masuk tol. Tapi bila dah nak sampai tol tengok kereta tak boleh bergerak dari toll booth tu kita dah pucat rasanya. Mana nak lari lagi?

Tanya budak jaga tol, dia kata ada banjir tapi satu lane boleh lalu. Dia kata mcm tu, kita redahkan juga lah.. Dalam hemat fikiran kita, kalau lama pun mungkin sejam dah boleh lepas kot. Lepas pada tu, jalan sampai ke Melaka semua dah clear. Tapi satu jam berikutnya, kita masih di area Sg. Besi lagi. Dok sibuk berhimpit dengan kereta lain, dengan lori dan bas yang selamba badak gesel kereta orang lain...

Di tepi-tepi jalan kereta2 parking dah berlapis2. Hentian dan stesyen minyak sampai dah tak boleh masuk. Ada yang dah piknik atas rumput, ada yang dah piknikkan anak2 kecil atas bonet kereta, ada yang hisap rokok sambil berbual dengan kenalan baru dalam kumpulan2 kecil dan macam2 ragam lagi.






Tak lama kemudian, kita dengar berita trafik di radio yang PLUS mengatakan ada banjir kilat di antara exit Serdang dan Kajang. Kesemua lane di naiki air dan ditutup. Maka kami semua hanya ada 2 pilihan. Pertama ialah exit di Serdang dan kedua menangguhkan perjalanan sehingga banjir reda. Kita pilih yang pertama.

Sepanjang jalan, banyak kemalangan kecil yg berlaku sebab kereta terlalu sesak dan banyak juga kereta yang tersadai sebab rosak. Kita berdoa agar kereta kita tak terlibat dalam peristiwa tu semua. Maklumlah, bawa kereta tua, dah macam2 ragam. Pulak tu dengan air cond rosak lagi.

Memang rasa macam nak pitam dalam kereta sebab penat baru balik kerja, panas, lapar dan haus sangat. Bawa kereta hubby, so tak ada stok makan minum langsung. Kalau kereta kita tu, Insyaallah 3 hari takder supply pun masih boleh survive.

Keadaan menjadi lebih genting bila hampir dengan plaza tol Serdang, kereta hubby dah mula batuk2 kecil. Kering terus darah di muka rasanya masa tu. Janganlahhhh kereta buat hal. Kalau tengah2 traffic light, tengah2 jalan dia break down, siapalahh yg nak tolong kita. Hubby nun jauh di Melaka, sakit pula tu. Kawan2 semua dok jauh2, mekanik pun nun jauh di Melaka. Ya Allah, tak putus2 kita berdoa.

Syukur Alhamdulillah, setelah 3 jam meredah traffic jam, kita tiba di rumah apabila tengah malam telah pun berlalu pergi. Sepanjang berbelas tahun kita berulang alik menggunakan PLUS, inilah kali pertama kita terperangkap begini.

Malam nie akan usaha pulang ke Melaka lagi.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

cabaran sungguh laaa.....

Tanpa Nama berkata...

kesian pulak pada yg terjebak sama smlm!

Zurina berkata...

kita baca citer nipun rasa tegang jer...pelagi kalau melalui saat2 tu...oh! xsangguppppp..;)

NzA berkata...

aduyai, akak baca n3 ni pn jadi stress jugak......

Ce'gu JAERA berkata...

waduuhhh, perjalanan pulag yang penuh dengan pancaroba.... sentiasa hati2 yaaa... semoga sgalanya d permudahkan

Mak Lin berkata...

tensen2.

ibundo berkata...

Memang teruk jem semalam. Anak bundo pun terperangkap.