Menyambung jejak patriotik untuk Adam sempena sambutan Hari Malaysia, tepat2 pukul 8.00 pagi kami dah berada di dataran Tugu Negara.
Sebenarnya, selepas melawat Masjid Negara, kami jemput adik hubby iaitu Ain yang baru habis kerja. Ain sedang menuntut di Kolej Jururawat dan sekarang dia sedang manjalani latihan praktikal di Hospital Kuala Lumpur. Shift pagi, kerja habis pukul 2.00 petang. So, dia ikut ke Muzium Negara.
The next daynya, Ain kena masuk hospital pukul 7.00 pagi, so lepas Subuh terus hantar dia ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sarapan ala kadar di sebuah restoran mamak dan terus ke Tugu Negara.
Walaupun dah pukul 8.00, tapi matahari belum memancar terik lagi
Di dataran masuk ke kawasan Tugu Negara
Senarai nama pahlawan yang gugur
Adam, cuba relax sket. Tengok Papa tu, takder cover line (err) langsung pun..
Masuk kawasan dataran Tugu Negara. Tugu Negara di sebalik kubah itu.
Perlahan-lahan melangkah menghampiri tugu ini.
Entah kenapa, bila kaki melangkah, semakin menghampiri tugu ini, hati mula di pagut rasa sayu. Sebak dan terharu. Walaupun tugu ini sekadar simbolik, tapi entah kenapa seolah ada semangat di situ. Rasa bersyukur kerana menjadi anak Merdeka dan bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia.
Tak perlu dihuraikan natijah pengorbanan pahlawan ini semua. Anda semua tentu lebih 'arif.
Akhirnya kami berdiri saling berpandangan, saling berhadapan.
Model teruja di sini..
Mood patriotik
Baru perasan, di bumbung bangunan yang ada kubah tu, ada di tampalkan plet berwarna emas.
Penuh disusun..
Plet berbagai lambang patriotism.
Akhirnya, selepas Tugu Negara, kami terus bertolak pulang ke Melaka. Adam kata dia seronok, walaupun ekspresi dia tak begitu. Mungkin nak kontrol macho kot. Yang pasti, dia belajar banyak perkara, walaupun kami sempat singgah di 3 buah tempat saja.
Insyaallah akan menyusul lawatan ke check point lain. Tak perlu tergesa2. Bila ada masa, baru tunaikan supaya dapat menghayati dari mata turun ke jiwa.
3 thoughts..
yup penghayatan tu perkara pokok..:)
salam kenal..singgah follow awak..:)
bagus untuk anak2..bagi semangat patriotik :)
dhiashahida : terima kasih follow sini yer
Dkna : Kenalah cuba kan..
Catat Ulasan