Sebenarnya dah lama terdetik dalam hati nak menulis tentang kisah pasangan ini. Kita yakin most of the bloggers dah kenal sangat2 dengan pasangan ini. Mesti ramai yang dah baca surat cinta Abil Fikri untuk isteri kesayangannya Fauziah di blog beliau Warkah Buat Isteri sejak awal tahun lagi. Bukan sekadar itu, kisah pasangan ini banyak dipaparkan di dalam majalah, stesyen2 tv dan akhbar2 utama negara. Mungkin ada yang menyangka publisiti itu adalah untuk mengutip derma (maaf Abil, saya agak 'kasar' disini), tapi hakikatnya, sekadar pendapat kita ialah kisah cinta yang ulung itu sendiri. Kisah cinta yang terbukti ikhlas apabila di timpa ujian sebagai satu 'wake-up call' untuk masyarakat di Malaysia tentang peranan masing2 dalam sesebuah perkahwinan.
Sebelum kita membebel lebih panjang, pada mereka yang tak pernah kenal pasangan ini, kita ceritakan sedikit sebanyak latar belakang pasangan ini yang menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Anda boleh baca sendiri di blog http://abil4fauziah.blogspot.com tetapi sekadar pengenalan ringkas, kita cuba paparkan di sini.
En Abil Fikri berkahwin dengan Pn Fauziah semasa umur beliau 40 tahun dan Pn Fauziah sendiri berusia 35 tahun pada waktu itu. Mungkin ada sesetengah pembaca berpendapat lewatnya baru nak kahwin? Tapi itu bukan inti patinya. Yang pentingnya, sepanjang usia mereka itu, mereka mencari pasangan hidup, dan pada masa itu mereka berjumpa dan berkenalan lalu terus menghalalkan hubungan. Daripada apa yang kita faham berdasarkan kiasan dan maksud di sebalik entry beliau, Abil memulakan percintaannya dengan isteri tercinta selepas nikah, selepas halalnya hubungan. Barakallah bikum, ya akhi.
Abil adalah seorang perunding kewangan (Financial Consultant) dan Fauziah juga dalam bidang yang sama, rasanya sebagai Financial Planner. Bertemu dalam suasana kerja sepertimana cantiknya aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. 2-2 mereka bekerja di Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan berkeluarga juga di KL.
2 tahun mereka memadu kasih, berhoneymoon setiap hari, setiap jam dan setiap ketika, mendalami hati budi masing2, berusaha untuk mengorek rahsia yang boleh menggembirakan dan membahagiakan pasangan masing2 dan saling mendidik akhirnya tibalah tarikh keramat dalam bulan Jun 2011.
Telah Allah tetapkan yang pelayaran itu harus di berikan sedikit gelombang seperti mana pasangan dan makhluk yang lain. Namun ujian yang datang bukan sedikit, malahan berat rasa memandangnya, apatah lagi untuk di pikul.
Pada suatu pagi, Abil dikejutkan dari tidur oleh isterinya kerana sesak nafas. Sedia maklum penyakit asma, kita ulang yer, ASMA... menyerang, beliau segera menghulurkan inhaler seperti biasa. Namun kali ni, inhaler tersebut tidak memberi kesan. Dalam panik dan cemas yang melanda, sempat isterinya menyebut 2 perkataan - PANGGIL AMBULANS
2 perkataan terakhir isterinya kerana sejak dari itu, hingga sekarang tiada perkataan lain yang mampu di ucapkan.
Dalam perjalanan ke hospital, jantung Fauziah berhenti berdegup. Namun di usahakan sedaya upaya oleh doktor2 di wad kecemasan untuk kembalikan Fauziah. Dan syukur Alhamdulillah, akhirnya Fauziah kembali bernafas. Tetapi, bahana daripada 30 minit jantung terhenti mengepam darah ke otak, doktor mengesahkan Fauziah menghadapi brain damager. Mengikut kata doktor, brain damage akan kekal sepanjang hayat. Maknanya, otak Fauziah sudah tidak mampu berfungsi, kecuali untuk bernafas. Bayangkanlah.....
Siapa yang tidak terjelepok mendengar berita ini? Baru semalam menyulam kasih dan menganyam cinta, tiba2 hari ini kekasihnya ....... Anda fill in the blank sendiri yer. Tak mampu untuk kita luahkan.
Namun, Abil bangkit semula. Beliau cari masa untuk menenangkan diri. Dalam masa 3 jam, menghambur sedih, kembali mencari tapak untuk berpijak dan mula mengatur langkah. Semangat seperti seorang pahlawan gagah perkasa untuk mendapatkan kembali isterinya, untuk mendapatkan kembali cintanya.
Dan di dalam blog itu, dalam siaran2 tv, dalam majalah dan akhbar semuanya diceritakan usaha Abil untuk Fauziahnya.
Kita nak bercerita lebih lanjut lagi tentang mereka, tapi rasanya entry ini dah cukup panjang. So, kita stop di sini dulu. Insyaallah akan sambung lagi kisah mereka sebab ..... Ada banyak sebabnya. Insyaallah semua akan dapat manfaatnya.
5 thoughts..
ai dah baca belog tue dulu
mmg sedey
moga keajipan terjadik kat kaka fauziah IA...mmg terharu baca luahan hati seorang somi
respek abg abil..jarang kita jumpa suami yg mcm ni...
hebat kan suami macam tu..terbaca pulak kisah alia haryani..lain pulak kisahnya..sedih betul..
atok ada dengar kisah pasangan ni...kesian kan...nasib baik suaminya tak gentar dah terus menghadapi dugaan yg berat tu
Lady Ayu : Terharu kan.. Ayu, kenapa akak tak boleh komen kat blog Ayu ek? Disabled ekk?
Mrs Valentine : Semoga dia terus bertahan
Rai : Macam2 sungguh yang meruntun hati. Kisah adik Soleh pun sedih juga bila terkenang..
Suhami : Kalau atok...?
Catat Ulasan