Pagi nie bila bw, terbaca tentang entry ini di blog Fendy. Sangat menarik. Simple, ringkas, tapi menyeluruh. Bukannya kita semua tak tahu, tapi sekali sekala kalau remind diri sendiri, apa salahnya kan... Lagipun, ini adalah sebagai panduan memilih calon suami saja. Semestinya, kriteria seorang suami yang baik, ada lebih lagi dari yang tersenarai. Untuk adik2 yang sedang memilih, kakak2 yang nak bantu cari adik ipar, atau mak2 yang nak cari calon menantu, mungkin senarai ini boleh membantu.
10 Sifat Calon Suami Yang Baik
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturanya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia,
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Berwajah tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
5 thoughts..
thanks for sharing ;-)
wahh!! bagus ni kalau En Habi saya baca entri ni..hihihi..tq for sharing ye wak!
mudah2an bertemu...
yg dah ada suami macam kita cemana pulak ya.. hihi
bagus ni..tapi susah nak cari lelaki yg ada kualiti mcm ni..
no 6 tu yang lelaki selalu kalah.. mun dah ternampaktu disalahnyer pompuan yang seksitu sapa suruh tayang...
mawie dan ikin dah lama tak dengar cerita...
Catat Ulasan