Aidilfitri 2012 Yang Penuh Pancaroba : Raya Pertama

6 comments
Assalamualaikum.....

Terima kasih kepada wish segalanya di atas entry kita yang lepas. Kita kongsikan pengalaman kita dan hubby di sini sebab bila kita cuba search, tak jumpa pula sesiapa yang share pengalaman mereka secara detail. Mungkin mereka sesiapa yang pernah mengalami itu tak ada blog, ataupun blogger itu merasakan yang ianya adalah perkara peribadi. Oleh itu, kita dengan ikhlas berkongsi dengan harapan dapat menyampaikan serba sedikit maklumat dan panduan kepada sesiapa di luar sana. Kalau pun bukan dari kalangan blogger, mungkin kenalan anda sekalian.

Mari kita sambung....

Keesokannya hubby di lepaskan pulang oleh doktor untuk berhari raya. Kami harus tiba semula ke hospital pada Jumaat minggu depannya. Maka kami pun pulang ke Melaka dalam keresahan. Kita sambung bekerja Rabu tu sehingga Jumaat. Kena jimatkan cuti sebanyak yang boleh sebagai persediaan menjaga hubby di hospital nanti.

Persediaan untuk berhari raya memang tak ada. Kebetulan baju raya kami 3 beranak telah ditempah daripada sebelum puasa lagi, maka itulah saja tanda yang menggambarkan kami beraya tahun ini. Tiada langsung kuih muih. Kononnya kita nak shopping cookies last minute nanti dan ada terselit jauhhh dalam hati nak cuba buat 1 atau 2 cookies. Tapi kesihatan hubby yang lebih penting.

Tiada ketupat dan rendang seperti tahun2 sebelum nie.

Tahun nie pula giliran pagi raya adalah di rumah family kita di Port Dickson.

Hari Sabtu sebelum raya, kita ambil kesempatan untuk mengemas rumah serba sedikit dengan hubby dan mengemas kain baju serta packing untuk raya. Selepas Maghrib baru bergerak ke rumah parents-in-law. Lepas makan, terus ke PD. Sampai PD dah almost tengah malam. Mak dan adik dah 'tumbang' sebab letih sangat memasak. Kita rasa bersalah sangat sebab tak dapat tolong. Tapi, apakan daya, suami harus diutamakan.

Seperti biasa, pagi raya, keluarga kami bangun dan bersiap seawal jam 5.00 pagi. Lepas solat Subuh, terus bergerak ke rumah nenek kat sebelah di mana semua keluarga adik beradik mak berkumpul. 2 keluarga tak join tahun nie, tapi 5 keluarga yang lain memang tetap setiap tahun.

Selepas memohon maaf merata2 di dalam esak tangis dan sedu sedan, kami semua bergerak untuk menziarah kubur arwah atok. Satu keluarga jer sebagai wakil ke kubur arwah mak long dan moyang yang terletak di kawasan lain.


Kayu pusara yang baru diganti sebab yang lama dah reput.
 Sejak dari beberapa tahun sebelum meninggalkan kami semua, arwah atok selalu berpesan agar pusaranya nanti di kepung dengan kayu dan papan saja. Jangan sekali2 buat simen, batu ataupun marmar. Katanya nanti dia rasa berat di dalam sana. Apa maksudnya tu, entahlah. Allahu'alam. Kami turutkan saja. Setiap beberapa tahun bila kayu tu dah mula di mamah anai2, kami akan tukar. Pakai kayu cengal, merbau dan jati pun, lut juga di gigit anai2.

Balik dari kubur, semuanya makan bersama di rumah nenek. Rumah nenek tu kecil, so padatlah semua orang di situ. Terasa rapat dan meriah. Setiap rumah bawa hidangan masing2 dan kami makan bersama di situ. Ala-ala pot luck lah. Lepas makan dan distribute duit raya, barulah masing2 bertempiaran balik ke rumah masing2 dan yang lelakinya bersiap ke masjid. Oh, di kampung kita, kebanyakan wanita solat hari raya di rumah masing2. Jadi biasanya masjid penuh dengan lelaki.

Selepas solat, berehat sekejap di rumah mak sementara menanti adik lelaki kita tiba dari Sepang. Dah janji nak round rumah makcik2 beraya sebelum kami pulang semula ke Melaka.

Rumah pertama, rumah Mak Teh. Dihidangkan dengan rendang itik dan singgang daging. Sempatlah kami bergambar. Kalau tak, jawabnya memang tak ada gambar raya langsunglah tahun nie.


Hubby tersenyum riang sebab dah telan ubat tahan sakit. Appreciate pic nie so much. I can see your love, hubby...

Kami sekeluarga.

Kita tak mampu nak sogok muka riang gembira sebab dalam hati ribut gundah gelana melanda.

Selepas tu, kami ke rumah Mak Ngah dan dihidangkan dengan spaghetti bolognese. Wallahh, spagheti di pagi raya. Pak Ngah yang masak. Kelllasss...!

Next, rumah Pak Su. Dapat makan rendang daging rusa pula. Memang terbaekk lah.

Last, rumah Achik, dapat makan sambal goreng jawa power. Perghhh!

Tiba di rumah mak semula, hubby tidur dulu. Dah kenyang dan penangan ubat tahan sakit juga sebenarnya tu. Selepas dia berehat, kami bergerak balik ke Melaka semula untuk ke rumah parents-in-law pula. Macam2 food ada. Mommy every year akan siapkan hidangan yang meriah. Tahun nie ada ketupat rendang seperti biasa, ada pulut himpit, so tak perlu lemang dah. Ada nasi beriyani, kuah lodeh, kuah kacang, sambal ayam dan kari kambing.

Tapi Mommy pun tak ada mood sangat nak masak sebab risaukan hubby. Ba dengan adik ipar kita kata, Mommy asyik nanges jer kat dapur sebab risaukan hubby. Ba gelar menu kami tahun nie, menu 'hujan'. Besarnya kasih sayang seorang ibu, tiada terbanding.

Kami pulang ke rumah kami selepas Maghrib kerana hubby perlu berehat. Esok pagi ada perancangan lain telah di atur.





Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

aizamia3 berkata...

terasa mengah pulak bila baca entry sebab banyak sangat menu dihidangkan.. ;)

Izwa Kamaruddin berkata...

semoga dipermudahkan semua nya..

Unknown berkata...

kak aziela,
siapa tak sayang suami kak.. saya pun baru suami demam dah tak tido malam lap lap supaya jangan panas sangat..ni kan pulak kes macam akak ni..

semoga suami akak cepat sembuh ya kak..

RamRamCute berkata...

wah...berseri-seri anak beranak ni....

outbound Malang berkata...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
jujur dalam segala hal tidak akan mengubah duniamu menjadi buruk ,.
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Unknown berkata...

wahh mendalam makne arwah atuk akak tu

hurmmm

#bile dapat raye uma akak