Puding Tauhu

7 comments
Assalamualaikum.....


Sahabat baik kita merangkap teman sebilik sepanjang masa kita belajar 6 tahun (eh..kecuali 2 tahun ekk) iaitu Dd buat julung2 kalinya datang rumah kita di Melaka masa weekend Hari Malaysia tu. Kebetulan dia menghadiri jemputan kahwin rakannya di Melaka.

Maklumlah, kita bukannya ada di rumah selalu. Maka, kita buat apa yang termampu jerlah. Kita masak mee hoon kari atas request dari hubby kita. Kalau ikutkan kita, kita masak nasi dengan sambal nenek jer..hehehehe. Boleh mengimbau kenangan lalu. Kesian kat Dd and family, mee hoon kari kita tak berapa nak lazat macam kat kedai punya. And desertnya kita buat puding tauhu nie. Resipi asal daripada K. Nor blog Secubit Garam. Kita memang selaluu sangat masuk blog Kak Nor nie. Sedap2 dan mudah2 hidangan dia. Err..ada gak yang mencabar..kita belum mampu nak try lagi.

Puding nie patutnya kena makan dengan jus laici dan buahnya atau koktail. Tapi masa lepas buat kita rasa macam dah maniss... Maybe kita yg terletak lebih gula kot. Maklumlah x timbang..main agak2 jer. Next time boleh adjust lagi. Sorry la Dd...tak sempat nak hias2 dessert nie.

Kak Nor..kita kopipes jer lah yer...



PUDING TAUHU


resipi original: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/puding-tauhu.html



Bahan:

utk puding:

1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket

6 1/2 cawan air

1 1/2 sudu besar gula

1/2 cawan santan

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan susu cair

secubit garam

1 helai daun pandan



utk kuah:

1 tin laici

1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)

3 - 4 sudu besar gula

 
Cara:


utk buat puding:

Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.

Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.

Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.

Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.

Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.



Utk kuah:

Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.

Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.

Biarkan sejuk

Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.



Cara menghidang:

Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.

Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.



* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

 
 
Satu adunan nie boleh dapat banyakkk. Boleh lah nak makan 3-4 family kecik untuk sekali hidang.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

sedap kat pudding ni
ai pow dah pernah buat

Aziela berkata...

Lady Ayu : Itulah kan. Next time kena kurangkan sugar sebab nak letak laici. Tapi very soft and yummy.

Dd berkata...

6 thn lah. lagi 2 tahun tu tak sebilik pun serupa sebilik jugak. puding ni sedap tapi manis sket utk taste aku. tapi bedal abis jugak

RamRamCute berkata...

mesti sedap ni...nak cubalah jugak... :)

Aziela berkata...

Dd : Ha...manis kan... Next time kena kurangkan sugar banyak sikit la..sebab nak letak syrup.

Aziela berkata...

Rahmah : Sedap wak..tapi saya rasa manis tu lah. Awak try adjust dulu mcm mana. Dah ramai yang try..best.

Unknown berkata...

atok suka bab2 camni...tapi tak cukup maso nak buat =(