Isnin, 26 September 2011

Wahh... Sahabat Sepagar Kita di Promot

Assalamualaikum.....

Waahh...kita sangat teruja bila baca blog Bangku Kosong En Hasrul Hassan sebab dia promote sahabat kita... siapa lagi kalau bukan Pn Rahmah. Mari ramai2 review entry En HH kat SINI.

Kita sebenarnya kagum sangat dengan kawan kita nie. Pn Rahmah nie adalah seorang yang mempunyai keazaman yang tinggi dan memberi komitmen penuh dalam setiap apa pun aspek kehidupannya. Buktinya, walaupun kami sama2 mencuba dunia blogging, namun usaha dan pengorbanan beliau membawa beliau lebih jauh kehadapan dari kita. Dan nampaknya, blog beliau telah mula menari2 di persada blogging world. Eceehhh... Tapi reality.

Opps...maafkan kita. Kita belum mampu nak mengejar. Bukan apa, langkah belum tegap nak bertatih, apatah lagi untuk berlari. Yang penting kita bangga juga sebab beliau sudi 'berjiran' dengan kita. Hehehhehe.

Tengoklah template blog beliau sekarang yang lebih cantik, sweet dan canggih sekarang. Berilah masa untuk kita perlahan2 mengorak langkah. Insyaallah bila dipermudahkan nanti. Sokongan kawan2 semua kita sangat hargai sepanjang masa...

Kepada Pn Rahmah : Tahniah wakk..sayangg awak..

1 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

Amboiiiii...menggunung sungguh pujian tu awak. Silap tu, kita masih sama-sama baru dan mencuba serta memperbaiki segala kelemahan kita di dalam dunia blogging...saya dan awak sama, kita sama-sama melangkah ke dunia blogging ni bersama-sama...tunjuk ajar serta nasihat dan galakan sesama kita masih kita perlukan.

Insyaallah awak akan maju seperti seperti SIFU-SIFU, kita cuba bersama-sama dan jangan putus asa...sama-sama kita ceriakan dunia blog ini.

Bak kata Hasrul Hassan "sabar itu akan berbaloi juga akhirnya kan..."

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink