Sabtu, 10 September 2011

Iftar Keluarga di Ikan Bakar Umbai

Assalamualaikum.....

Dah raya, tapi baru nak masukkan entry bulan Ramadhan. Ok lah kan.. Better late than never.

Ini family sebelah mak kita dari Port Dickson. Pak Su kita memang every year akan ajak semua orang makan2 kat luar. Tahun nie dia ajak makan di Umbai, Melaka. Macam biasa, kita pergi ke Kedai KITA, No. 5. Pakcik tu memang dah biasa dengan we all.

Since kita memang ada di Melaka, maka kita jadik host juga la sekali. Dah alang2 semua orang datang, kita hanya buat sedikit agar2 sirap biasa. Sekadar untuk desert lepas makan ikan bakar nanti.

Buat dalam berbagai bentuk. Sajer sebab nak tarik minat children. Biasanya children bila dah ramai2 nie, mula la ada yang nak buat perangai. Rasuahkan jer dengan jeli macam nie, biasanya diorang leka la...



Tiba2 gatal tangan juga nak guna acuan bunga ros. Acuan nie memang dah lama betul. Adala 11 tahun lalu kita beli. Baru beberapa kali guna. Tapi tak nampak bentuk bungan ros kan....



Gedik2 bergambar dengan nenek dan sepupu kita si Ridzwan.


Anak buah kita si Adlina yang montel. Tengah mengamuk sebab ngantuk.


Adam kalau jumpa dengan pakcik makcik dia nie, (sepupu kita yg kecik2), memang terus tinggal mak ayah. Makan pun nak duduk dengan diorang. Lantaklah..janji dia makan. Tengok tu, dah siap agar2 dalam pinggan. Nak standby berbuka dengan jelly la tuh. Yer la, masa kita buat kat rumah, 10 kali dia keluar masuk dapur nak tengok.


2 meja panjang macam nie, penuh dengan family kita jer. Itupun mujur dah booking 3 hari awal. Kalau tidak, memang jangan harap la...


Kami suami isteri memang rajin sikit menggedik lately nie...hehehe

Dah sudah makan, semua orang singgah rumah kita dulu untuk rehat2, minum kopi sebab ada yang nak balik jauh. Inilah keadaannya bila semua berkumpul. Kita memang suka sangat kalau orang ramai2 berkumpul kat rumah kita. Meriah sungguh dan barulah rasa macam rumah kita tu 'hidup'.


Bukan ada hidang apa pun sebab semua orang dah kenyang. Cuma buat 2-3 jenis air panas dan sejuk jer. Keluarlah segala jenis kerepek, keropok, kacang untuk kunyah2. Ada yang siap mandi dan tidur lagi...hehehe.


Kalau ada masa yang mencukupi dan kederat yang banyak, kita memang suka nak kumpulkan orang ramai2, makan2 kat rumah kita. Kadang2, hubby panggil kawan2 dia datang, buat BBQ dan sebagainya... Seronok bila dah ramai2 nie.


0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink