Memaparkan catatan dengan label Family Stories. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Stories. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, kejadian minggu lepas. Pendaftaran Adam untuk Tingkatan 1 di MRSM Kuala Klawang, Jelebu, N. Sembilan. Apa yang diimpikan oleh Adam, akhirnya tercapai. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga.

Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi. Perjalanan dari rumah mak di PD ke sini mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Maka, selepas solat subuh, kami dah bertolak dari PD. Papanya tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Sejak bekerja di Melaka, hubby semakin 'rapat' dengan kerja berbanding keluarga. Tapi kami faham. Ada masa, beberapa perkara perlu dikorbankan. Lagipun, saya boleh uruskan. Jadi saya pergi dengan mak dan ayah. Atuk dan nenek yang membesarkan Adam sejak dia muncul di dunia, pasti tak akan melepaskan peluang untuk bersama2 dalam hari bersejarah ini. Anak adik saya yang bongsu, di Danish pun ikut sama.


Kami tiba tepat jam 8.30 pagi. Itupun sebab menyinggah merata2 dan memandu dengan santai. Tak ramai lagi pelajar baru yang tiba. Rupa2nya hari pendaftaran itu termasuk sekali dengan pendaftaran tingkatan 4. Dari pintu pagar sekolah, sehingga ke dalam bilik, kami disambut oleh pelajar2 sekolah yang sangat mesra, sangat membantu dan sangat profesional. Boleh saya katakan, taraf servisnya adalah setaraf dengan hotel profesional. Syabas untuk MRSM Kuala Klawang.

Pelajar2 ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang jadi polis bantuan (semestinya pelajar kadet polis) mengawal lalu lintas, ada yang memakai blazer seperti di dalam gambar di atas untuk menguruskan pendaftaran dan ada yang dah siap sedia memakai t-shirt dan berseluar slack dengan kemas untuk membantu pelajar baru mengangkat beg dan baju ke bilik asrama.

Ada flow chart dalam brochure yang diberikan kepada kami. Tapi dek kerana kami tiba awal, kami tak sempat baca pun brochure tu kerana tiada ruang untuk menunggu dan membuang masa, hehehee. Keluar saja dari kereta, dah disambut, diberikan penerangan. Maka, pertama sekali, katanya daftar ke asrama dulu. Pergi cari bilik dan katil, letak beg dan barang, baru turun untuk pendaftaran. Kemas beg, selepas pendaftaran dan taklimat selepas waktu zohor nanti.


Asrama putera (aspura) adalah 3 blok yang bersambung dalam bentuk segi tiga. Di tengah2nya adalah dataran untuk aktiviti di asrama seperti riadah petang2, atau pun tempat berhimpun untuk roll call. 

Bilik Adam dari luar di tingkat 3, tingkat atas sekali. Disini, bilik kecil2 dan dipanggil kiub. Setiap kiub ada 4 orang pelajar dari tingkatan yang sama. Tak campur senior, tak campur junior. Katil Adam sebelah kanan di hujung sana. Tingkapnya menghadap bukit bukau dan hutan belantara di belakang sekolah. Sejuk dan nyaman. 

Setiap bilik, diletakkan rak kasut begini. 

Dah letak beg. Bantal memang kena bawa sendiri. Baldi bawah katil. Percaya tak, tak satu pun beg2 ini kami bawa. Semuanya pelajar2 AJK itu yang tolong bawa. Ha, pagi lagi...bersemangat la lagi kan...bertenaga la lagi...hahahaha. Untunggg, tiba awal ni. 

Selepas letak beg, bersihkan locker, tandakan apa yang perlu dibaiki di borang khas, kami pun terus turun semula untuk sesi pendaftaran. Pendaftaran di asingkan mengikut flow turutan yang sistematik. Setiap satu kelas adalah untuk satu bahagian pendaftaran. Setiap kelas ada kerusi untuk menunggu giliran. Tak sekali pun saya duduk di kerusi menunggu kerana belum ramai orang. Maka, perjalanan pendaftaran kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Mak dan ayah dah merayau bawa si kecil Danish yang sedang lasak berlari ke sana kesini. Maka kami terpisah. Lagipun, saya dan Adam dah lebih dari cukup untuk selesaikan segala urusan. Selesai urusan, kami dikehendaki hadir ke dewan pula untuk taklimat. Aduhai, jauhhhh sangat. Kena jalan kaki sebab kalau naik kereta nanti parking penuh pula. Kalau hubby ada mesti mudah sikit saya. Dalam pada kaki sakit kerana ligamen yang koyak dulu masih belum pulih sepenuhnya, saya redahkan juga perlahan2.


Dewan makan untuk pelajar. Pelajar putera dan puteri makan bersama di sini, cuma diasingkan bahagian puteri dan putera. Oh, saya sempat baca menu makanan mereka untuk sebulan. Wah, mewah betul. Dalam sebulan, pasti ada sekali chicken chop, ada spaghetti bologneise, ada fish and chips, ada nasi beriyani gam dan menu2 nasi harian kita semua seperti biasa. Memang mewah, berbanding saya dan hubby semasa kami di asrama dulu. Beruntung sungguh kami rasa. 


Pemandangan dari dewan makan tadi. Aspura menghala ke kiri, naiiiiikkkkk bukit sampai ke puncak. Nun di atas puncak di belakang bangunan ialah padang sekolah. Seberang ini adalah kelas2, dan surau dan library dan makmal sains. 


Selepas itu, ada taklimat dari pengerusi PIBG dulu, lepas tu dari Pengetua. Pengetua explain tentang aliran yang diambil oleh pelajar2 tingkatan 1 tahun ini. Aliran IGCSE, yang mana Adam ialah pelajar second batch. Maknanya, hanya ada form 2 students as their senior. Quite tough. Tak apalah...cuba dulu. Insya Allah, kalau ada peluang, kita cuba kongsikan apa itu IGCSE ni dengan pembaca.

Kemudian ada acara ibu bapa menyerahkan anak2 kepada pihak MRSM. Seorang ibu dan anaknya di panggil ke atas pentas sebagai simbolik dan wakil kepada semua. Ibu ini tadi membaca satu petikan bahawa kami ibu bapa dengan ini menyerahkan anak kami untuk dididik dan menjadi cemerlang kepada pihak MRSM. Kemudian Pengetua pula menerima dan berjanji akan memberikan yang terbaik. Kemudian si anak pula berjanji akan bersungguh2 mengikut peraturan dan berusaha untuk menjadikan impian ibu bapa dan pihak sekolah menjadi kenyataan. Oh, masa ni saya dah mengalir air mata...sob..sob... Begitu juga dengan ibu bapa yang lain.

Selepas taklimat, ada perjumpaan dengan guru Homeroom. Di MRSM, mereka bahagikan pelajar2 kepada guru2 yang bertindak sebagai ibu atau bapa di sekolah. Jadi, kalau ada apa2 masalah peribadi, mereka bolehlah nak bermanja2 dengan ibu atau ayah angkat mereka ni. Saya dah terlalu penat masa ni, tak mampu nak snap2 gambar lagi. Sayang, kalau ada gambar, boleh dikongsikan di sini.
Homeroom kami di dalam makmal sains. Ini dah penghujung tenaga dah rasanya.

Kami tak dapat jumpa dengan Bonda home room Adam sebab beliau ada tugasan di daerah lain. Tapi ada guru ganti yang memberikan penerangan terperinci dan juga menjawab soalan2 kami.

Lepas tu, kami cari mak ayah. Jumpa pun.... Mak dan ayah dah keletihan mengejar sikenit yang baru pandai berlari tu merata-rata. Kami rehat sebentar, makan dan terus ke asrama semula. Hanya saya yang naik kiub Adam kali ini. Kelam kabut mengemaskan locker Adam, pantau dia pasang cadar sendiri, dan tinggalkan dia di situ. Hanya saya dan mak yang menangis. Adam ok jer. Siap boleh tanya, "Yang mama nangis ni kenapa?"
Ciss....buek malu den yo...hahahaha....

Sempat singgah ambil gambar bilik menggosok pakaian mereka. Oh, mereka charge handphone di sini juga. Handphone hanya boleh bawa yang basic, no camera, no internet ability dan sebagainya. Dan hanya boleh guna mengikut jadual yang disediakan saja. Oklah tu kan....janji mudah nak berhubung.

Fuh, selesai satu urusan. Sekarang tunggu Adam stabil jer. Mungkin ambil masa beberapa bulan. Setiaaaapppp hari telefon merengek macam2. Awal2 tu dia demam, so sensitif terlebih, asyik nak balik, nak pindah sekolah. Sampai menangis2 suruh saya datang jemput. Awal2 tu layan juga la, sebab pihak sekolah call suruh saya jemput dia bawa balik rumah. Lepas tu, takder dah nak layan. Sorry berlori...
Now, dah sihat, kurang dah merengeknya. Maklumlah, belum biasa. Insya Allah, dia akan belajar sesuaikan diri sendiri sooner or later. 

Wah, panjang lebar sungguh. Semoga dapat jadi penduan kepada ibubapa yang lain yang akan menghantar anak ke MRSM Kuala Klawang ini. 

.

Read More
Assalamualaikum.....

Jumaat, 23 Jan 2015

 12.10 pagi : Bunyi sms masuk di telefon mengejutkan saya dari lena. Tengok sms, dari MARA. Tahniah katanya. Berjaya ke MRSM T1. Sila semak pada 23 Jan 2015 jam 9.00am di http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp .
Mata terkebil2. Hati berkata2. Ini betul2 punya ke...atau scam jer ni? Aduhai...nak inform Adam dan mak, terperanjat pula diorang nanti sebab dah tengah malam. Call hubby, tak berangkat callnya. So, berusaha sabarkan hati. Tunggu pukul 9.00 pagi apa2 hal pun. Dah confirm nanti, baru inform. Tapi sepanjang malam sampai ke pagi tu, bukan main susah lagi nak melelapkan mata.

9.00 pagi : Dah setengah jam menunggu di pejabat. Hati berdebak-debuk. Setelah beberapa percubaan, akhirnya benarlah.... Alhamdulillah...

Adam menerima tawaran ke MRSM Kuala Klawang, dalam jurusan IGCSE (International General Certificate of Secondary Examination). Dan MRSM Kuala Klawang ini adalah pilihan pertama beliau. Dengan segera saya print surat tawaran, borang2 dan segala panduan yang ada. Memberikan jawapan untuk menerima tawaran.

10.00 pagi : Terus sibuk dengan urusan kerja. Kebetulan saya memang dah mohon cuti separuh hari, kononnya nak servis tayar kereta. Tapi, bila dapat tawaran ini, maka cuti itu dimanfaatkan untuk Adam.
Sementara itu, telefon pejabat dan telefon bimbit saya asyik berdering saja. Dah tentu Adam yang menelefon kerana ingin bertanya tentang keputusan ini. Pasti rakan2 kelasnya ada yang dah terima sms yang sama. Saya tak pick up langsung pun telefon Adam. Pertama kerana saya sangat sibuk dan mengejar masa. Rasa macam nak terbang balik PD je. Kedua, saya ingin beritahu Adam, mak dan ayah serentak tentang berita gembira ini. Hubby memang dah tahu sedari awal.

2.00 petang : Saya tiba di rumah. Adam tak menyambut saya seperti biasa. Merajuk kata mak sebab saya tak pick up telefon. Mak tanya ada khabar berita tak? Katanya kawan2 Adam di kelas ramai yang dah diterima. Saya pura2 tak tahu. Tapi sambil bertanya dan bersoal jawab, tangan saya mengeluarkan surat tawaran itu. Sambil2 mak bercakap lagi meluahkan rasa tidak sabarnya nak tahu tentang keputusan itu, saya serahkan surat tawaran tu ketangannya.

"Apa ni?" mak tanya.
"Offer letter.." jawab saya
Mak terpinga2....

"Offer letter apa? Dapat kerja lain ke? "
"Kuala Klawang. Register 4 Februari. Ada masa seminggu jer untuk buat persiapan" Jawab saya....

Mak terus menangis sambil tadah tangan mengucap syukur. Ayah terus kesat air mata yang mengalir. Sweet surprise. Mak terus panggil Adam keluar. Adam rupa2nya dah terlena dengan baju solat Jumaat masih tersarung lagi.... Terpisat2 dia cuba nak kembali ke alam nyata. Bila dah sedar sepenuhnya, senyum herot dia.

Alhamdulillah...impian Adam tercapai. Tak dapat SBP, rupa2nya rezeki beliau di MRSM. Sesuatu yang ditunggu2 Adam sejak bertahun lamanya. Dan kebetulan, dia sendiri telah menyertai program lawatan sehari di MRSM K. Klawang ini sendiri. Maka semakin terujalah dia. Bermulalah episod baru untuk Adam selepas ni.

Adam kecewa juga tak dapat SBP awal2 dulu sebab mama dan papa ialah produk SBP. Maka apabila kami suami isteri bercerita tentang sekolah masing2, asrama masing2, membandingkan kehidupan kami berdua, Adam rasa teruja untuk mengalami pengalaman yang sama.

Adam sedia maklum, kehidupan di asrama bukannya sentiasa indah. Dia perlu bersusah payah. Dia perlu struggle. Setakat ni katanya dia bersedia untuk mencuba.

Maka Jumaat petang itu juga saya cuba selesaikan apa yang boleh. Medical check-up, tempah baju uniform dan sebagainya. Sabtu hubby kerja, maka kita sambung urusan Adam. Dari pagi hingga ke petang. Pagi tu pula sakit perut teman baik bulanan tu..aduhhhh. Masa ke klinik, Adam buat medical check-up, mamanya minta injection tahan sakit dan stok ubat agar dapat bertahan bagi menguruskan Adam.

Sehingga hari ni, Alhamdulillah, dah 70% selesai. Ada masa lagi untuk melengkapkan yang selebihnya.

In sya Allah....saya akan kongsikan gambar2 pendaftarannya nanti.....

Kawan2 semua, terima kasih kerana mendoakan Adam....


Akhir kata, maafkan saya sekiranya entry ini kedengaran seperti riak. Saya sendiri serba salah nak upkan entry ini. Takut dicemuh saya riak. Macam2 perkara boleh berlaku sepanjang 5 tahun untuk Adam menghabiskan SPM. Sekiranya Allah nak tarik nikmat, apa2 saja boleh berlaku. Maka saya takut untuk menguar2kan. Tapi saya tempelak diri saya semula. Sangat tidak adil. Segala jerih payah, duka tangis kami semua saya paparkan di sini bagi mendapatkan sekelumit kekuatan dari adik kakak abang di alam maya ini. Maka kenapakah berita gembira ini saya harus nafikan hak sahabat2 semua? Maka inilah hasilnya. Entry ini ialah perkongsian kerana saya anggap kita semua sekeluarga.

Dan juga, tujuan saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman. Manalah tahu nanti2 ada yang google untuk persediaan anak mereka pulak ker kan...?

Yang penting, niat kita harus dibetulkan dulu.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Kejadian yang dah lama berlalu.

Kami adik beradik tong-tong untuk majlis makan malam ni. Kami nak cuba restoran steambot yang ada di PD ni, jadi kami tempah Mayang Sari di Batu 2, bedekatan dengan Bagan Pinang. Pertama kali nak cuba...Ada grill dan steambot.


Kek di taja oleh adik bongsu saya. Surprise, ada wish untuk UPSR Adam juga. Tengkiu soo much.


Steambot di sini bukannya buffet. Ianya adalah set. Jadi kami kena pilih set yang mana. Pilih satu set besar dan satu set kecil. Yang dalam gambar ni ialah set besar.


Ayah baca doa.... 

Secara keseluruhannya, saya tak recommend steambot set ni. Tak banyak isi. Yang penuh dalam dulang ialah tahu dan fish balls di samping mee dan mee hoon. Kuah sup dan tomyamnya juga sangat tidak memikat. Portion yang dikatakan besar itu, hanyalah sedikit. Mujurlah saya tiba awal untuk meninjau persiapan kerana kami telah tempah seminggu awal. Jadi bila saya lihat hanya itu hidangannya, saya cepat2 pergi tinjau menu ala-carte yang lain. Saya pilih ikan untuk dikukus dan sotong untuk goreng tepung. Saya tambah nasi goreng cina untuk 2 hidangan besar lagi. Sekurang2nya tiadalah nampak 'kosong' masjlis tu hidangannya.

Hubby masa ni tak dapat join kerana masih dalam flight pulang dari Bangkok. Lepas habis majlis, saya terus ke KLIA untuk pick-up hubby dengan Adam dan terus pulang ke Melaka. So, saya beritahu hubby, tak ada yang nak di ralatkan kerana tidak berapa kena dengan expectation kami.

Anyway, jadilah untuk get together. InsyaAllah, lain kali, kita plan yang bagus sikit.

.

Read More

And here is the day. The day of my SIL's graduation day. We went to Ipoh for this occasion. She finished her study and exam on December last year. Two months later she received instruction to start her duty as the staffnurse in the General Hospital of KL. We were sad and happy at the same time. Happy that she is finally accomplished our wish and sad because the person who wants her to be a nurse the most has passed away, 1 month before she reached the end.


Only 2 persons were allowed for each student. Hubby forced me to go in with Mommy though I think he was the one who suppossed to be in the hall for he is the brother. But he didn't want...he was willing to stay with Adam and Firdaus outside. SIL's session started at 3.00pm. We started our que at 2.30 pm. It was an uncivilized situation. It was weird because most of the audiences were the matured adult..and some were at their golden age. But they pushed each other like there was nobody business. The line was there, but no once controlled it.

I think, being a typical Malaysian, the organizer needs to arrange a seating system with a proper facility.


I was among the crowd with mommy. Can you see people sitting at the upper level on the left? Those were the students. They were the choir group. They sang a few songs..motivational and beautifully. Salute for the instructors.


Our small family....

.

Read More
Assalamualaikum.....

Dah beberapa malam kita tak dapat tidur dek terlalu risaukan keputusan Adam. Tak dapat tidur bermaksud tak dapat tidur lena...kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. Mujur juga kita sangat sibuk dengan urusan pejabat, sekurang2nya bolehlah divert sedikit perhatian.

Pada awalnya kita dah beritahu pada Adam dan mak ayah yang kita tak boleh cuti sebab terlalu banyak kerja. Adam patuh jer angguk kepala. Tapi ibu mana yang sampai hati. Inilah satu2nya anak. Kita dah terlepas sangat banyak momen sepanjang dia membesar, maka kita nak cuba maximizekan momen2 berharga. Susah dan senang Adam, jatuh dan bangun Adam, ibunya harus sentiasa disisi.

Dan hari sebelumnya kita dah minta izin bos untuk keluar waktu pejabat bagi menemankan Adam di sekolah. Maka, jam 7.30 pagi kita dah masuk ofis dan buat kerja macam lipas kudung. Jam 10.00 pagi kita bergerak dari Bangsar ke Port Dickson. Ngam2 pukul 11.00 pagi kita tiba di sekolah yang mana Adam telah tiba satu jam sebelumnya dengan atuknya. Tapi atuknya balik rumah pula.

Semua murid dan ibu bapa yang hadir dah duduk di dewan sekolah. Telah diagihkan fail2 peribadi, sijil2 yang berkaitan dan sebagainya. Adam dah terima sijil lisan/bacaan untuk BM dan BI. Setiap bahasa ada 4 penilaian seperti tatabahasa, kelancaran dan sebagainya. Adam Alhamdulillah memperoleh A untuk semua aspek..maka 8A di situ.

Hati semakin tidak tenang. Adam ni pula duduknya di kerusi depan sekali. Aduhai.... terpaksa lah mama sentiasa mengadap guru2 dengan segannya. Pukul 11.00 pagi, keputusan masih belum keluar. Tapi tiba2 semua guru2 yang terlibat hilang dari dewan. Telefon kami pula tak berhenti berbunyi. Dengan wassap, dengan sms, dengan panggilan dari ahli keluarga dan rakan2 untuk mengetahui apa keputusan Adam kerana kebanyakan pelajar dari daerah lain dan dari KL sendiri telah pun menerima keputusan.

Sementara tu, kita tak berhenti pesan dengan Adam macam2. Tak kiralah apa keputusan sekalipun, tiada sebutir A sekali pun, selepas ambil slip, pergi salam setiap guru, ucapkan terima kasih, mohon halalkan ilmu yang mereka berikan kepada Adam selama ini. Adam hanya angguk patuh dengan penuh debaran.

Jam 12.00 tengah hari, barulah guru2 semua masuk kembali ke dalam dewan berserta dengan Guru Besar sekolah sekali. Guru Besar memberikan ucapan yang pertama kali di dengar dengan penuh takzim tanpa ada suara dari para hadirin. Selalunya kalau ada majlis yang melibatkan ibu bapa...walau siapa pun berucap, pasti suasana masih hingar bingar macam dalam pasar.

Dukacita dimaklumkan kepada kami, keputusan UPSR sekolah merosot dengan teruk. Kami ibu bapa di ingatkan agar jangan memarahi dan menyalahkan anak2 sekiranya keputusan anak2 tidak seperti yang diharapkan. Tambahan lagi dengan tekanan kerana pengulangan beberapa kertas peperiksaan yang menjadi isu hangat negara tahun ini.

Maka kita sendiri terus set dalam minda untuk bersedia sekiranya keputusan Adam juga jatuh merudum kerana prestasinya tahun ini juga agak kurang cemerlang berbanding tahun2 yang lepas. Tak apalah...yang penting usahanya sangat utuh. Jiwa dan raga telah Adam korbankan tahun ini. Walau apa pun rezeki Adam, dia telah berjaya mengharungi cabaran ini.

Guru Besar menyambung bicara dengan kenyataan yang sangat, sangat memeranjatkan ibu bapa sekalian. Tahun ini, hanya DUA orang murid yang mencapai 5A.

 DUA orang jer...???

Sekolah Adam ni, sepanjang sejarah, yang paling teruk pun 9 orang pelajar yang dapat 5A...manakala tahun2 lain semuanya belas2 orang atau puluh2 orang. Aduhai...semakin lemah longlai rasanya. Kita pandang Adam, Adam pandang kita. Kasihannya anakku, Ya Allah. Adam pandang kita dengan pandangan pasrah. Yer lah...kalau 2 orang tu, dah sah2 la top student sekolah, sedangkan tahun ni Adam bukannya top student. Kita peluk Adam, cium dia dan minta dia redha dan pasrah. Hidup masih panjang lagi... Dia nampak tenang sedikit lepas tu.

Selepas Guru Besar berucap, slip2 dan sampul2 di susun di dalam dulang. Seorang guru membuat pengumuman bahawa pelajar2 yang mendapat 5A dan 4A1B akan diberikan slip peperiksaan oleh GB di atas pentas.

Untuk 5A, nama pelajar perempuan yang hanya berjaya di'potong' Adam sekali diumumkan. Keputusan yang memang dijangka kerana beliau memang ratu akademik sekolah. Untuk pelajar 5A seterusnya, cikgu mengumumkan...

MUHAMMAD...
                                 SAIFUL.....

Adam dah terus berdiri, kita dah menitiskan air mata.... Yerlah, untuk pelajar darjah 6, hanya dia seorang yang bernama Muhammad Saiful......Adam.

                                                       ADAM!

Sebaik habis namanya disebut, terus kita tarik dia dan cium dia dalam tangisan dan Adam terus melangkah ke pentas.



Alhamdulillah, Ya Rabbi... Terima kasih Ya Allah....

Keputusan 5A yang sangat tidak dijangka. Kami sangat bersyukur dengan pemberianMu Ya Allah....
Tak sangka seorang pelajar lelaki yang dimaksudkan itu ialah Adam. Secara automatik, terus terlayar seperti sebuah filem segala susah payah Adam sejak dia bergelar pelajar di sekolah itu sehingga sekarang.

 Guru2 yang sangattt baik dan ambil berat dengannya, tidak kurang juga guru2 yang meminggirkan dan mengenepikan Adam kerana dia bukan siapa2. Ibu bapanya bukan orang berpangkat dan atok neneknya hanya orang kampung yang tinggal di dalam kebun getah. Tapi kami tetap beri semangat pada Adam, jangan bersedih, jangan patah semangat...bersangka baik dengan segelintir guru2 yang begini...masih ramai guru2 yang sayangkan beliau, yang membimbing beliau. Alhamdulillah...Adam anak yang matang sebelum usianya.


Guru Besar di apit oleh pelajar2 5A dan yang lain2nya adalah rakan2 sekelas Adam yang memperoleh 4A1B. Kesemuanya kita kenal, terutama sekali rakan2 lelakinya yang manja dengan kita seolah2 mereka berkongsi mama juga dengan Adam. Dihujung kanan ialah Penolong Kanan HEM sekolah.


Ini adalah antara guru2 yang menyayangi Adam, yang memberi semangat dan harapan kepada Adam, yang melindungi Adam, yang membuka jalan di saat Adam seperti dihalang daripada berjaya. Guru yang memakai kemeja kotak2 biru dan merah, Cikgu Asharuddin terus memeluk Adam dan sentiasa memeluk Adam. Di hadapan kita kata beliau, "Ini anak angkat saya. Adam sentiasa dengan saya" sambil memandang Adam dengan gembira dan kita nampak riak bangga beliau terhadap kejayaan Adam. Well cikgu, itu sebenarnya, refleksi kejayaan cikgu. Bukan setakat Adam...namun doa dan bimbingan dan kasih sayang cikgu2 sekalian turut terkandung sama di dalam kejayaan ini.

Yang cikgu2 lain ialah ustaz pendidikan Agama dan Bahasa Arab dan yang sebelah kiri sekali mengajar Adam masa Adam darjah 3 rasanya. Tapi mereka ni semua satu geng.

Kisah yang menambah debaran kami sebelum keputusan diumumkan, ustaz yang paling kanan sekali rupa2nya menunggu Guru Besar tiba di sekolah dengan keputusan. Mereka dengan tak sabar2 memeriksa nama pelajar yang dapat 5A. Agaknya dek terlalu gembira, ustaz ni tak sabar2 nak beritahu Adam. Terus dia naik ke dewan, dan masa itu kita nampak dia mundar mandir di depan pintu dewan berdekatan dengan tempat duduk kami. Setelah beberapa minit, dia panggil Adam keluar. Sebaik Adam keluar, dia hulurkan tangan. Adam sambut huluran salam beliau dengan terpinga2. Kenapa agaknya?

"Tahniah.." kata ustaz. Adam terpinga2 lagi.
"Tahniah kenapa, ustaz?" tanya Adam
"Tahniah kerana tak kisahlah apa pun keputusan kamu, saya nak ucapkan tahniah." Jawab beliau.
Beliau terus berlalu pergi dan Adam hanya memandang beliau dari belakang masih lagi bingung. Tapi kata Adam, sambil dia jalan pergi, sebelah tangannya di angkat rendah sambil mengembangkan kelima-lima jarinya.

Bila Adam ceritakan pada kita, kami tak nak menaruh harapan. Sangat menyakitkan kalau itu bukannya kenyataan.

Tak lama kemudian, rakan baik Adam iaitu ketua pelajar sekolah dan juga anak kepada Guru Kelas darjah 6 juga, beri isyarat pada Adam sebab dia duduk jauh dari kami...jarinya ditunjuk pada Adam dan dia juga mengembangkan 5 jarinya. Pun, kami tidak mahu percaya...mungkin salah tengok agaknya.

Bila guru2 kembali ke dewan, salah seorang dari guru2 itu, terus datang dekat dengan kita, di bisiknya perlahan tapi jelas...

"Tahniah.." katanya...sambil segera berlalu ke meja yang khas buatnya.

Hati tetap mengharap bahawa benarlah Adam berjaya. Tapii, bila Guru Besar kata hanya 2 orang, kami mula hilang keyakinan. Tapi benarlah, kalau ada ihsan Allah...rezeki kita bukannya boleh dilihat mata...

Selepas kami bersalam2an dan mengucapkan terima kasih pada semua guru2 dan ibu bapa rakan2 Adam juga...peluk memeluk dengan sesiapa saja yang sudi....kami terus pulang ke rumah.

Atuknya tak sabar2 buka pintu rumah. Sebaik saja Adam beri salam dan masuk rumah, atuk terus peluk Adam sambil menangis dengan penuh esakan. Bukan suasana gembira...tapi suasana pilu di rumah. Penuh dengan tangisan. Nenek lagilah tak tertahan tangisannya. Kita masuk rumah juga memeluk mereka dengan tangisan. Adik bongsu kita yang juga ada di rumah dengan suaminya juga mengalirkan air mata.

Kami menangis kerana bersyukur. Kami tak sangka kasih Allah kepada Adam dan kepada kami sebegini besar kerana bila dimuhasabah, rasanya kami juga insan yang banyak dosanya.

Kami bersyukur kerana Allah memperkenankan permintaan kami. Kami bersyukur kerana doa kami, usaha kami dan tawakkal kami didengari Allah. Kami terharu dengan keadilan untuk kami... Pilunyaaa...sebaknya..tak dapat dibayangkan.

Selepas reda tangisan, barulah bercerita pula tentang apa yang jadi di sekolah. Yang penting, kami rasa Adam memang berhak untuk merasa puas hati dengan usahanya. Semoga kejayaan ini tak akan berhenti di sini. Semoga Adam tidak lupa tentang pengajarannya. Untuk berjaya, untuk cemerlang...bukannya mudah. Usaha, semangat, tabah dan sabar sangat perlu disamping berdoa dan bertawakkal.

Apa-apa pun, kita percaya..selain yang disebutkan itu, doa dari rakan2 sekalian juga pasti ada makbulnya, Terima kasih kerana sudi mendoakan Adam seikhlasnya...terima kasih kerana sudi menyayangi Adam walau hanya melalui tulisan mamanya ini sahaja.

Terima kasih semua....





Nota kaki : Maaf kalau entry ini terlalu panjang. Entry ini sesi luahan perasaan dan juga sebagai rekod untuk masa hadapan....



.





Read More
Assalamualaikum.....

Kita tak tahulah dengan orang lain, tapi hidup kita, memang begitu. Apa yang di rancang susah nak dijadikan kenyataan. Basically sebab setiap orang yang terlibat pasti ada urusan masing2 yang hanya diketahui saat2 akhir...

Satu lagi kekecewaan besar kita ialah untuk bawa mak dan ayah bercuti hujung tahun ni. Niat di hati nak berikan mereka satu percutian yang agak mewah dan membahagiakan mereka. Sekurang2nya sekali sebagai tanda penghargaan kerana mereka membesarkan Adam dengan sempurna. Kasih sayang mereka, tumpuan mereka, susah payah mereka untuk Adam sehingga Adam Insya Allah akan tamat pendidikan sekolah rendahnya. Tak kisahlah apa saja keputusan UPSRnya, namun pada kita Adam dah buat yang terbaik. In fact sangat cemerlang. Bukan senang nak patuh dengan desakan keadaan dia tanpa kita ibunya sentiasa disamping dia. Tapi Adam sangat matang dan bijak. Pada umurnya, dia berjaya melangkah semua halangan itu.

Dan ayah dan emak pula memberikan lebih daripada 100% tumpuan kepada Adam. Setiap detail tentang kehidupan dia...tentang sedih tangis dia, tentang masa depan dia, tentang kawan dan guru...semuanya dalam genggaman mereka. Dan kita percaya, dengan kekangan masa kita sebagai seorang isteri hujung minggu dan berkerjaya harian, kita mungkin tak mampu membesarkan Adam secemerlang apa yang mak dan ayah buat.

Kita tahu, nak menhargai ibu dan ayah bukan sekadar bawa bercuti. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Benar...sangat benar. Tapi apa salahnya di samping melaksanakan perkara2 lain yang membahagiakan ibu bapa kita, kita bawa sekali mereka bercuti. Seolah2 bagaikan satu bonus kepada mereka.

Bayangkan, anda sebagai anak, setiap bulan melawat ibu bapa anda. Mungkin setiap minggu juga. Disamping itu, turut sama2 menebas rumput, bersihkan kawasan rumah, tolong masak...menyapu dan mengemop dan berikan duit bulanan yang lumayan. Tapi suatu hari, anda katakan yang anda nak bawa mereka bercuti. Agak2nya apakah perasaan ibu bapa anda?

Oleh itu, teringinlah hati nak bawa mak ayah bercuti. Awal2 tahun dulu, konon nak bawa ke suatu tempat yang perlu buku merah tu. Tapi, belum cukup rezeki kami lagi hujung tahun ni untuk menunaikannya. Maka konon nak bawa ke tempat yang dekat2 pun cukuplah.

Tapi tarikh yang kami available pula, mak dan ayah tak boleh. Ada tanggungjawab lain. Dan kita nak bawa adik kita sekali, so pergi 2 kereta agar lebih selesa dan mak dan ayah lebih happy. Adik punya jadual pula clash dengan perkara lain. Dan selepas tarikh yang kami available, kita mungkin tak available kerana tuntutan tugas dan hubby juga ada banyak tuntutan tugas.

Terpaksa akur....

Hubby kata, nak buat macam mana... Tunggulah tarikh2 lain. Tahun2 depan pun boleh.

Tapi hati kecil kita sangat kecewa. Tahun2 depan mak dan ayah masih sihatkah? Masih boleh menikmati momen percutian lagikah? Tahun2 depan, kita masih berupaya dan berkemampuan untuk bawa mereka kah?

Apa kan daya.....Allah lebih Mengetahui. Pasti ada hikmahnya.... Pasrah dan redha.

Untuk sahabat2 sekalian, sekiranya kalian sekarang berkemampuan dari segala sudut iaitu masa, tenaga, wang dan segalanya...cubalah ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan ibu bapa anda. Hargailah mereka semaksimum mungkin. Bukan sekadar balik kampung dan tersengih bangga bila anak2 kita bercerita dengan atuk neneknya yang anda sekeluarga pergi bercuti kesana dan kesini. Sedangkan alangkah baiknya sekiranya percutian yang gembira itu dibawa sekali dan atuk dan nenek itu,,,,,,


Allahu A'lam....



.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama