Isnin, 26 Januari 2015

Keputusan Temuduga MRSM Adam

Assalamualaikum.....

Jumaat, 23 Jan 2015

 12.10 pagi : Bunyi sms masuk di telefon mengejutkan saya dari lena. Tengok sms, dari MARA. Tahniah katanya. Berjaya ke MRSM T1. Sila semak pada 23 Jan 2015 jam 9.00am di http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp .
Mata terkebil2. Hati berkata2. Ini betul2 punya ke...atau scam jer ni? Aduhai...nak inform Adam dan mak, terperanjat pula diorang nanti sebab dah tengah malam. Call hubby, tak berangkat callnya. So, berusaha sabarkan hati. Tunggu pukul 9.00 pagi apa2 hal pun. Dah confirm nanti, baru inform. Tapi sepanjang malam sampai ke pagi tu, bukan main susah lagi nak melelapkan mata.

9.00 pagi : Dah setengah jam menunggu di pejabat. Hati berdebak-debuk. Setelah beberapa percubaan, akhirnya benarlah.... Alhamdulillah...

Adam menerima tawaran ke MRSM Kuala Klawang, dalam jurusan IGCSE (International General Certificate of Secondary Examination). Dan MRSM Kuala Klawang ini adalah pilihan pertama beliau. Dengan segera saya print surat tawaran, borang2 dan segala panduan yang ada. Memberikan jawapan untuk menerima tawaran.

10.00 pagi : Terus sibuk dengan urusan kerja. Kebetulan saya memang dah mohon cuti separuh hari, kononnya nak servis tayar kereta. Tapi, bila dapat tawaran ini, maka cuti itu dimanfaatkan untuk Adam.
Sementara itu, telefon pejabat dan telefon bimbit saya asyik berdering saja. Dah tentu Adam yang menelefon kerana ingin bertanya tentang keputusan ini. Pasti rakan2 kelasnya ada yang dah terima sms yang sama. Saya tak pick up langsung pun telefon Adam. Pertama kerana saya sangat sibuk dan mengejar masa. Rasa macam nak terbang balik PD je. Kedua, saya ingin beritahu Adam, mak dan ayah serentak tentang berita gembira ini. Hubby memang dah tahu sedari awal.

2.00 petang : Saya tiba di rumah. Adam tak menyambut saya seperti biasa. Merajuk kata mak sebab saya tak pick up telefon. Mak tanya ada khabar berita tak? Katanya kawan2 Adam di kelas ramai yang dah diterima. Saya pura2 tak tahu. Tapi sambil bertanya dan bersoal jawab, tangan saya mengeluarkan surat tawaran itu. Sambil2 mak bercakap lagi meluahkan rasa tidak sabarnya nak tahu tentang keputusan itu, saya serahkan surat tawaran tu ketangannya.

"Apa ni?" mak tanya.
"Offer letter.." jawab saya
Mak terpinga2....

"Offer letter apa? Dapat kerja lain ke? "
"Kuala Klawang. Register 4 Februari. Ada masa seminggu jer untuk buat persiapan" Jawab saya....

Mak terus menangis sambil tadah tangan mengucap syukur. Ayah terus kesat air mata yang mengalir. Sweet surprise. Mak terus panggil Adam keluar. Adam rupa2nya dah terlena dengan baju solat Jumaat masih tersarung lagi.... Terpisat2 dia cuba nak kembali ke alam nyata. Bila dah sedar sepenuhnya, senyum herot dia.

Alhamdulillah...impian Adam tercapai. Tak dapat SBP, rupa2nya rezeki beliau di MRSM. Sesuatu yang ditunggu2 Adam sejak bertahun lamanya. Dan kebetulan, dia sendiri telah menyertai program lawatan sehari di MRSM K. Klawang ini sendiri. Maka semakin terujalah dia. Bermulalah episod baru untuk Adam selepas ni.

Adam kecewa juga tak dapat SBP awal2 dulu sebab mama dan papa ialah produk SBP. Maka apabila kami suami isteri bercerita tentang sekolah masing2, asrama masing2, membandingkan kehidupan kami berdua, Adam rasa teruja untuk mengalami pengalaman yang sama.

Adam sedia maklum, kehidupan di asrama bukannya sentiasa indah. Dia perlu bersusah payah. Dia perlu struggle. Setakat ni katanya dia bersedia untuk mencuba.

Maka Jumaat petang itu juga saya cuba selesaikan apa yang boleh. Medical check-up, tempah baju uniform dan sebagainya. Sabtu hubby kerja, maka kita sambung urusan Adam. Dari pagi hingga ke petang. Pagi tu pula sakit perut teman baik bulanan tu..aduhhhh. Masa ke klinik, Adam buat medical check-up, mamanya minta injection tahan sakit dan stok ubat agar dapat bertahan bagi menguruskan Adam.

Sehingga hari ni, Alhamdulillah, dah 70% selesai. Ada masa lagi untuk melengkapkan yang selebihnya.

In sya Allah....saya akan kongsikan gambar2 pendaftarannya nanti.....

Kawan2 semua, terima kasih kerana mendoakan Adam....


Akhir kata, maafkan saya sekiranya entry ini kedengaran seperti riak. Saya sendiri serba salah nak upkan entry ini. Takut dicemuh saya riak. Macam2 perkara boleh berlaku sepanjang 5 tahun untuk Adam menghabiskan SPM. Sekiranya Allah nak tarik nikmat, apa2 saja boleh berlaku. Maka saya takut untuk menguar2kan. Tapi saya tempelak diri saya semula. Sangat tidak adil. Segala jerih payah, duka tangis kami semua saya paparkan di sini bagi mendapatkan sekelumit kekuatan dari adik kakak abang di alam maya ini. Maka kenapakah berita gembira ini saya harus nafikan hak sahabat2 semua? Maka inilah hasilnya. Entry ini ialah perkongsian kerana saya anggap kita semua sekeluarga.

Dan juga, tujuan saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman. Manalah tahu nanti2 ada yang google untuk persediaan anak mereka pulak ker kan...?

Yang penting, niat kita harus dibetulkan dulu.

.

15 thoughts..:

Pizli Mat Wazip berkata...

Tahniah Adam. Belajarlah rajin-rajin.

Rai OurKizuna berkata...

alhamdulillah.. tahniah adam.. selamat menempuh alam sekolah berasrama..

Lynda Che Lah berkata...

tahniah adam..
sejuk perut ibu mengandung..
semoga terus cemerlang..

aizamia3 berkata...

Alhamdulillah rezeki Adam.. ;)
Tahniah Adam..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wahhhhhh! pas ni Adam lak bleh cerita pngalaman duduk di asrama ya... hihi. tahniah ya Adam... harumkn nama MRSM K KLAWANG nt tau...

Daddy Ziyyad berkata...

tahniah adam!!!
bagus program kat mrsm tu...

insya allah kak, saya doa kan adam berjaya..
panjang tempoh 5 tahun tu

Ujie berkata...

Alhamdulillah..tahniah!!!

jgn risau kak, ni bkn riak. Tapi tulis sbg rekod/pengalaman sendiri.

Acik Erna berkata...

Alhandulillah tahniah Adam dan ibubapa Adam..terus kan usaha Adam.

tiga lalat berkata...

Salam. Hee tahniah.

Zoul Dahan berkata...

Syukur alhamdulilah.
Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk.
Nikmat Allah juga datang dalam pelbagai bentuk.
Tahniah untuk Adam.
Tahniah untuk ibubapanya.

Semoga ibu Adam tabah bila berjauhan dengan anak tunggalnya.

p.s Anak sahabat saya pun dapat masuk MRSM.
Bila buat x-ray nampak jantungnya bengkak.
Saya rujuk ke pakar jantung.
Ada masalah PDA.
Ada urat jantung yg tak tutup sejak bayi lagi.
Baru kini dapat tahu.
Sedih.
Selain perlu masuk asrama,
kena rawatan lanjut di IJN.

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulilah.
saya pun pernah mengalami peristiwa sebagaimana puan,,sebenarnya tiada apa nak kita riakkan semuanya milik Allah..
Anak saya lepasan diploma ,dia nak sangat sambung degree masaalahnya keputusan muetnya tak keluar hinggalah tamat tarikh permohonan..tapi dgn izin Allah dan jerih perih beusaha dpt juga masuk IPTA

Sukma Haron berkata...

Alhamdulillah....akhirnya berjaya jugak...rezeki MRSM...tiada apa yg nak diriakkan...kita mesti bangga kerana ia akan jadi panduan buat semua...mmg kalut nak buat persiapan semua ..saya ada pengalaman bila anak dpt masuk SBP AGAMA...lagi byk perkara mengenai pakaian yg wajib dipakai dan dilarang pakai...memories...

dalin berkata...

Tahniah adam & mummy!

elly nadyra berkata...

tahniah adam
eh sama la ngan anak kawan saya, mrsm kelawang gak!

Yuzie Amir berkata...

tq for sharing saya salah seoramg antara ibu2 yg google pasal mrsm igcse dah bertemu dgn blog puan.Takde apa yg dirasakan riak,terima kasih kerana berkongsi.Moga anak puan, Adam akan terus berjaya.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink