Jumaat, 9 Januari 2015

Serahan Sumbangan Syarikat

Assalamualaikum.....

Saya menyambut tahun baru di dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu. Hari Rabu, hari terakhir tahun 2015, kami mendapat permohonan terbaru untuk menyumbangkan beberapa barangan untuk bantuan banjir. Setahu saya, rice cooker dan dapur gas 2 tungku tu dah dihantar awal2 lagi.

Maka, dalam tempoh beberapa jam, kami buat 2 team untuk cuba mendapatkan barangan yang diperlukan. Berlari2 saya ke kedai hardware dan beberapa pasaraya bersama rakan sepasukan. Lori tiba di pejabat jam 8.00 malam. Barang2 perlu dimasukkan ke dalam lori dan dihantar terus ke Kemaman.

Memandangkan ramai petugas yang ingin bercuti tambahan lagi kejadian berlaku di saat2 akhir, maka saya telah menawarkan diri menjadi wakil syarikat mengiringi lori dan barangan kami untuk serahan kepada pegawai yang terlibat. Saya tanya hubby, nak tak pergi dengan saya. Hubby terima pelawaan saya dengan senang hati. Seronok nak 'balik kampung' katanya. CEO saya yang pada mulanya agak berat hati melepaskan saya pergi, akhirnya senang hati melepaskan saya bila tahu hubby saya ikut serta.

Walaubagaimana pun, saya berbincang dengan pemandu lori, mohon gerak lewat sikit kerana nak tunggu hubby. Pemandu lori ok saja.

Saya balik PD dan tunggu hubby tiba dari Melaka. Jam 12.30 pagi tahun baru, kami tiba di Kuala Pilah. Lori berada beberapa kilometer di hadapan kami. Kena gerak cepat sebab barang2 itu perlu tiba di Kemaman esok paginya.

Tiba di Kuantan jam 5.00 pagi. Kami berpisah dengan lori untuk merehatkan badan masing2. Saya dan hubby check-in Vistana kerana telah ditempah awal2. Sayangnya...kami sempat  berada di hotel untuk 3 jam saja. Tapi dapatlah juga berehat dan bersedia dengan seragam syarikat.

Kami bergerak ke Kemaman sebaik saja seorang petugas untuk Pahang tiba. Jadilah...dapat juga teman saya sebagai wakil syarikat.



Kami tiba di Kemaman dan terus menurunkan barang. Mujurlah ada ramai petugas yang telah bersiap sedia. Pakcik ni pun tinggalkan pos kawalan untuk sama2 membantu. Antara yang penting ialah 100 buah kereta sorong, tapi saya hanya sempat dapatkan separuh daripada itu jer. Dalam masa yang singkat, kami kaut apa saja yang boleh untuk bantuan pasca banjir. 


Antara barang2 yang diperlukan. 

Pokcik, nanti pandai2 ler pasang kereta sorong ni yer.... Kalu nak pasang selalu, kena bawa kontena ler pokcik...



Tau tak, bersusun bantuan2 lain termasuklah peti ais ni. Namun, mereka terpaksa tampalkan dengan sticker 1Malaysia kerana ada mangsa banjir yang berebut barang elektrik mengikut jenama. Ada yang sampai bergaduh kerana rebutkan barangan elektrik yang berjenama baik. Aduhaiii.....bersyukurlah... Bukan semua tapinya, hanya segelintir saja. Tapi yang segelintir ni bila dah mula bersuara, sedikit sebanyak, yang lain2 tu terpengaruh juga kan....


Saya bersama pegawai yang terlibat, Pn Ida. 

Dalam perjalanan pulang, saya dan hubby sempat masuk ke Pekan sebentar untuk menjengok keadaan banjir di situ.... kawasan permainan kami sepanjang hubby bekerja di Kuantan dulu telah menjadi tasik yang besar. 

Namun, anak2 muda ni tetap bergembira bermain bola di 'padang' sekolah yang telah ditenggelami air. Hmm...mungkin mereka perlu lebih berhati2 kerana tak boleh nampak apa yang ada di dasar air tu. Takut ada yang tajam atau sebagainya. 




Balai raya yang telah dilimpahi air Sungai Pahang...




Ah, adik yang kecil ni pun nak main air. Ibunya berada di sisi sambil dia menangguk walau tiada apa yang ditangguk. Siap memakai jaket keselamatan lagi....

Di beberapa kawasan yang ditenggelami air, kami perhatikan banyak jaring yang di pasang untuk memerangkap ikan dan mungkin juga udang. Kreatif kan... Inilah namanya menangguk di air keroh... Untunglah kalau hasilnya seperti yang di harap. Tapi kalau angkat jaring dapat ular tersekat di jaring bagaimana yer? Lebih malang tiba2 ada pula buaya yang melibas...aduhaii....

.


8 thoughts..:

Ujie berkata...

suami saya pun baru bertugas di pekan/kuantan. Mmg dia ada cerita pasal ada mangsa banjir dok bergaduh sbb berebut jenama peti ais.
Tak tau nak cakap apalah..sedih dgn sikap begini. Allah turunkan ujian utk lebih tunduk, tapi nampaknya sebaliknya. Moga kita tak begitu.

aizamia3 berkata...

Jabatan saya bergerak semalam menuju ke Kg Gris, Dabong sehingga Ahad ni..
Moga dipermudahkan urusan mereka dan semua di sana secara amnya..

Daddy Ziyyad berkata...

bila akak tulis pasal mereka bergaduh berebut nak pilih jenama fridge tu, teringat saya betapa tinggi nya tahap displin orang Jepun masa kes tsunami dulu...Mereka masih mampu ( macam biasa) beratur panjang utk terima bantuan...dan kedai2 yg pecah/terbuka pintu atau tingkapnya, tiada kes kecurian pun...

Siapa majoriti mangsa banjir tempohari di Malaysia? Orang Melayu ISLAM.

apa agama orang Jepun tu??

Fikir fikirkan lah..

Etuza Etuza berkata...

As;salam terima kasih datang ke laman dan Wish ya

Etuza Etuza berkata...

mangsa banjir tu nampaknya menemui lagi masalah makanan dan debu,,harap mereka tabah...

Cik Puan Rann berkata...

Office saya pun ada buat sumbangan kepada mangsa banjir. Teringin nak pergi...tp dah sarat ni tumpang tengok ajelah kak. Kirim doa dari jauh ajelah

aby berkata...

salam aziela ..
bila tertimpa musibah memang kadang blh hilang pertimbangan .. tu yg kadag blh bertindak diluar kewarasan ..
sungei Pahang yg lebar di dalam Bandar Pekan jer .. pastinya lempahan air dr sungei tu banyak .
apapun, keep up yur noble work ..

Lee berkata...

Hello Aziela, how you doin'? Even though my bahasa is out of tune, I always enjoy read your postings, and will read thru even though saya faham maybe 35%.
But reading thru read of your trip to Trengfanu, Kuantan, Malacca brings back memories to me.
Places I used to go so often in the 70s, early 80s, but da tiga puluh tahun never gone back there.

Hope the floods have subsided as I understand sekolah semua start monday.
Kita sini pulak in deep freeze, now its outside -25'c, sejuk betul!
You have a nice day, stay easy.
Lee.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink