Rabu, 28 Januari 2015

Peribadi dan Kerjaya

Assalamualaikum.....

Hari ni saya ada seminar GST yang dikendalikan oleh Kastam. Baru slot kedua, saya dah keluar. Balik pejabat sebab ada urusan dan perkara penting untuk dibincangkan dengan boss. Sekejap lagi, saya akan ke situ untuk masuk seminar semula. Mujurlah lokasi seminar tu tak sampai 5km pun dari pejabat.

Semalam pula saya menghadiri kursus di PJ. Baru habis lunch, rakan sekerja dah wassap, CEO bertanyakan saya. Dengan segera kemas buku dan fail, berdiri dan mohon diri dari tenaga pengajar. Bergegas ke pejabat untuk urusan penting dan urgent semalam. Walaupun jauh, tapi sebab bukan dalam waktu puncak, saya berjaya tiba dipejabat dan menyiapkan tugasan. Alhamdulillah.

Minggu ini pula adalah minggu terakhir Adam bersama kami di rumah. Maka saya berusaha memaksimakan masa bersama dengannya. Tak kiralah bagaimana sibuk pun, saya tetap akan pulang ke PD untuk bersama beliau. Malam ni jer nak balik Melaka untuk ambil borang Adam dari hubby.

Sejak dapat surat tawaran minggu lepas, saya dah menyelesaikan kebanyakan perkara. Saya rasa dalam 70% saya dah siapkan. Tapi bila buat checklist, memerah otak, mencari dalam google dan sebagainya...tarik nafas panjang saya. Banyak rupanya yang saya belum siapkan lagi. Tapi syukurlah yang penting2 tu saya dah selesaikan seperti pemeriksaan kesihatan dan dokumen-dokumen yang perlu. Tapi bayaran yuran, hubby kata dia yang akan bayarkan. Saya harap hubby tidak terlalu sibuk untuk uruskan pembayaran itu.

Bila saya mencari dalam google tentang senarai barang-barang keperluan untuk ke asrama, saya tidak jumpa yang complete. Kebanyakannya adalah sebagai panduan dan bukan secara terperinci. Saya rasa kalau sekiranya ada masa, mungkin saya akan cuba uploadkan senarai yang terperinci khas untuk pelajar lelaki di mrsm. Semoga ada ibu bapa di tahun2 akan datang dapat memanfaatkannya.

Oh, saya rasa kecil hati dengan Adam pagi tadi. Saya memaafkan beliau, namun rasa sedih itu ada sedikit. Maka saya terfikir, berapa banyakkah agaknya saya telah mengecewakan ibu bapa saya, membuatkan mereka sedih dan terguris hati selama ini? Maka saya berazam untuk lebih berbakti kepada mereka walaupun kebahagiaan saya sendiri menjadi galang ganti. Yer, meninggalkan Adam anak tunggal kesayangan saya dengan ibu bapa saya bukannya untuk saya lepas tangan, bukannya untuk menyusahkan ibu bapa saya, tapi kerana itu adalah salah satu faktor kebahagiaan ibu bapa saya. Dan ya, ibu bapa saya mungkin tak sama dengan ibu bapa anda. Jadi tolonglah jangan menghukum tindakan saya sekiranya anda tidak berada di tempat saya.....

.

8 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

ye la kan setiap org lain

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

lahai.... kenapa Ziela??

baca para akhir rasa macam tercuit hati pulak.. semoga ibu bapa kita mengampunkan dosa2 kita yang pastinya kita juga selalu membuat ibu bapa kita kecil hati...

Allahhhh!

Kakzakie berkata...

Tak apa Ziela andai ada sikit-sikit yg tercicir bila hari menjenguknya boleh dibawakan...

Alhamdulillah kakak dah baca N3 keputusan Adam dpt ke MRSM. Terharu juga membayangkan mak/ayah terpaksa berpisah cucu yg dijaga dari baby. mesti mereka sedih kan..

Rai OurKizuna berkata...

ye kak.. bila difikirkan balik.. tinggal berjauhan dengan anak bukan mudah.. kalau diikutkan mmg takkan sanggup.. kami tak berada dlm kasut akak.. so tak patut sesiapa nak judge akak..

apa pun..semoga kekusutan antara akak dengan adam diselesaikan segera.. entah berapa banyak la dosa saya pada mak ayah..

aizamia3 berkata...

Dulu saya tinggal dengan arwah Wan, saya lebih rapat dengan arwah berbanding dengan mak saya sendiri. Bila besar baru saya faham kenapa saya perlu tinggal di kampung.. dan mak bukan sengaja nak tinggalkan saya di kampung.. tapi saya lebih suka tinggal di kampung berbanding di bandar.

kakyon berkata...

bukan senang nak tinggalkan anak kita sesuka hati walaupun tinggal bersama ibubapa sendiri. kecuali ada sbb tertentu dan.. pengorbanan yg terpaksa kita buat untuk kebaikan bersama..

SalbiahM berkata...

takpelah kak, maafkanlah Adam tu..dan semoga dia selamat menempuh alam persekolahan baru. doa yang baik-baik untuk dia ye.

elly nadyra berkata...

tu dia
lari2 dari gst course
kang tak khatam tau
hehehehehhehehe
len kali pesan kat boss siap2, jangan kacau
hehhehehehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink