Selasa, 13 Januari 2015

Makanan Jepun Untuk Adam....

Assalamualaikum.....

Dinner yang dah lama berlalu. Tetapi, untuk direkodkan,saya letak juga la di sini. Kalau tak silap, dinner ni untuk Adam menjelang UPSR. Ha, lama sungguh kan? Bawa dia pergi makan di PD jer. Hubby nak bagi dia relaks sekejap masa tu. Dah pressure sangat dah dia masa tu. Restoran ni tak ada buffet, so order ala carte jer la...


Adam yang happy. Minum green tea jer sudah...nak periksa...tak boleh minum makan merapu2. 

Sushi set. Yang ni set untuk sushi sashimi. Ikan2 mentah jer... Yang ni saya tak suka sangat. Tak best makan sushi dengan salmon mentah. Kalau meratah salmon mentah jer..sedap la....

Ounik. Landak laut. macam mana rupanya, nengok di SINI yer...

Masa hubby borak2 dengan owner kedai tu...tanyalah ada ke benda ni... Sekali owner tu kata ada... Pergh....terus order. Tapi dapat sikit la. Dapat 2 biji jer...Saya dengan Adam memang tak pernah rasa lagi landak laut ni. Wah, sedap rupanya. Manis dan lemak. Sedap betul. Tapi sebab sikit sangat, terkulat2 jer la kitorang makan apa yang ada.

Ini set Bento Adam. Banyak betul nasi nya. Memang sendat perut jadinya. 

Ini hubby punya. Dia memang suka soba teh hijau ni. Mee soba ni di makan sejuk. Mee sejuk, sup pun sejuk. Cara makannya, mee tu diambil dan dicelupkan dalam supnya dan terus ngap. 

Ada telur puyuh sebagai side dish. 

Ini lagi satu special. Ini adalah akar teratai yang digoreng bersama beberapa rempah. Sebelum makan, saya ingat rasanya pasti tak sedap. Pasti liat. So, saya ambil dan makan dengan separuh hati. Tapi bila masuk mulut, eh..rangup pula. Sedap la... 

Yang ini saya punya... Nasi lauk daging jer. Tiba2 malam tu terasa nak makan daging. 


All in all, Adam was happy. Total cost damaged agak teruk juga sebab order makanan yang agak unik sikit. Tapi bukan selalu. Untuk Adam, papanya sanggup jer...

.

12 thoughts..:

Kakzakie berkata...

Kemana nak di curah kasih dan duit kalau bukan pada anak yg satu Ziela..

Kakcik Nur berkata...

Bila anak gembira, ibubapa pun gembira sama walaupun terpaksa berkorban jiwa dan raga...eceh... :)

Bagaimanapun, kakcik tak pernah cuba makan makanan Jepun walaupun hanya sushi...

Daddy Ziyyad berkata...

Sushi mmg saya tak lalu makan kak! hahahaha

Apa nama kedai kat PD tu kak? nampak best..mana lah tau saya ke PD nanti..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

terus terang akk memang tak brp boleh masuk makanan Jepun ni... lagilah yg dimakan sejuk.. hihi. Memnag bukan citarasa anak-beranak jadi memang tak pernah dan tak pandai masuk rest Jepun.. tapi kalu yg rangup Azie kata tu... cam best pulak ya...

Azian Elias berkata...

Japanese food ni akak jarang makan.. tp sebab anak2 suka, terpaksa lah melabur lebih sikit dan makan di Shah Alam ni, di Agehan Japanese Restaurant.. tapi tak boleh selalu.. heeee

aizamia3 berkata...

Demi anak2 sanggup je.. ;)
Dorang gembira kita pun sama teruja tengok kegembiraan dorang kan kak.. ;)

Ujie berkata...

tak pernah try mknn gini...

Cik Puan Rann berkata...

Tak reti nak makan masakan jepun yg mentah2 tu...takleh terima dek tekak. Sllu lalu restoran jepun pandang ajelah...heheheh

dorsett pink berkata...

Wow! Melting nye. Saya mdmang peminat makanan jepun.. esok gak nak gi sushi king, terliur tgk gambar ni.. hehe

che mid berkata...

Belum berapa nak Japanese ni..kalau pi buffet ada juga la ambik sushi..tapi tentu sedap bila orang bawa dan tunjuk cara makan yang betul..

NzA berkata...

yang paling penting Adam hepi..kalau akak mau rabak sbb ramai rakyat jelata.....he3x

Zoul Dahan berkata...

Kalau suruh makan sushi,
Awal2 saya tolak.
Tengok pun dah kembang tekak.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink