Rabu, 21 Januari 2015

Mee Racun Batu Pahat

Assalamualaikum.....

Kawan2 blogger saya ramai yang tinggal di Johor. Maka selalulah sampai ke pancaindera saya ni tentang mee racun di Batu Pahat ni. Terutama sekali selepas membaca review daripada blogger kesayangan saya, Kak Sari mengenai mee racun ni. Ada beberapa entry mengenai mee racun ni. Ada DISINI dan DISANA. lepas tu ada pula review dari blogger masakan femes dan anggun, Kak Ita. Kak Ita pun bercerita tentang mee racun juga di SINI.

Makanya, bila menghantar Adam ke Batu Pahat lepas, saya nak juga cuba mee racun ni, tapi ayah dan mak tak berapa berkenan la pula. Saya diamkan dulu. Lepas tu saya cerita dengan hubby, siap tunjuk blog Kak Sari tu. Hubby dah tertarik. Kami pula kebetulan masa tu on the way balik Melaka dari Air Itam. Ok sangatlah. Tapi saya silap, kami tiba disitu jam 3.30 petang...so kedai belum buka walaupun pekerja kedai dah sibuk memasak dengan periuk yang besar2 tu. Saya turun dan tanya, hari ni berniagakah? Kata adik tu, pukul 4.30 baru mula berniaga. Allahhh....frustnya. Saya beritahu hubby, hubby kata tunggu sajalah. Lagipun memang kami keletihan kerana trip ke Air Itam tu. Tak ada nak kejar masa pula tu...dah alang2 sampai di depan kedai. Apa salahnya menunggu.

Oh yer, kami pergi ke cawangan di Jalan Sultanah tu. Yang katanya yang ori dan asli.

Bila cukup masa, kami pun berlenggang keluar... Maklumlah, orang belum ramai lagi. Order mee racun special 2 pinggan untuk saya dan hubby. Saya tak berapa suka kambing sangat, tapi dah sampai, mestilah nak rasa kan.. Untuk Adam yang tak makan daging sebab dia tak suka, dia order nasi goreng kampung saja in which, memang sedap...macam home cook pula nasi goreng kampung tu.

Dalam cuaca hujan renyai2 dan petang yang redup, tibalah hidangan seperti di atas dihadapan kami. Berasap2, melekat melekit dan gah tersergam tulang sum2 kambing yang menyelerakan.

Mula2 sekali, rasa kuahnya..or sosnya. Oh, masam2, manis2 dan pedas2 sikit. Menarik..menarikkk... Terus benamkan garfu dalam longgokan mee yang bersalut sos tu dan tarik tinggi melangit. Tiup duluuuu...panasss. Fuh..fuh..fuhhh...aaauummmm. Allahu Akbar...sedapnya. Sahlah kami dah diracun dengan mee racun ni. Memang sedap. Ada rasa masam2 tomato. Dan bila dibaca, memang mee ni ialah mee kuah tomato sebenarnya, tapi diolah dengan kambing, itu yang istimewa hasilnya.



Setiap pinggan ada 2 ketul tulang ni. Yang bestnya, ada daging2 yang melekat di tulang tu...sangaaatttt lembut dan berjus dan berperisa. Hubby terus attack hero hidangan dulu. Bila dah terang pinggannya tanpa halangan tulang2 yang dah diperangkan sehingga ke isi dalamnya, barulah hubby makan meenya pula.

Ini pinggan saya. Nampak tak daging kambing yang saya hanya kuitkan sedikit dengan sudu tu? Bukti dagingnya direbus lembut dan segar. Tak memerlukan anda jadi barbarian untuk mengopes daging dari tulang. Ada sayur-sayuran, ada kacang peas, ada tahu dan ada embekkk lagi. Saya hanya makan sedikit dagingnya, dan selebihnya saya menyedut dan menyedut tulang tu dengan straw yang dicacakkan di dalam lubang tulang tu. Itupun saya proseskan sebatang tulang saja. Sebatang lagi saya transferkan pada hubby. Hubby pun terima dengan senang hati.

Kami pulang dengan perasaan yang gembira. Syukur, Alhamdulillah...nikmat yang Allah beri memang kita tak dapat nak jangka. Kami bungkus untuk Mami dan Firdaus. Firdaus memang suka sangatlah....

Tapi lain kali, kena datang lagi rasanya. Tak berapa puas lagi... Insya Allah...lihatlah nanti macam mana.

.



22 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

HEHEHE

Zoul Dahan berkata...

Saya duduk Johor pun tak pernah sampai sini.

Rozita berkata...

amboi dah rasa ye kak..kami punya entry tertunggak entah bape tahun pasal mee racun ni.. kalau pada kami mee racun still tak leh lawan mee bandung..hehe.. sory kak.. ini tekak kami la.. tapi for sure memang mee racun ada rasa dan peminat tersendiri.. yg tu tak nafikan..

elly nadyra berkata...

kak
ni mmg wajib singgah
family saya semua dah pi
kecuali saya
stresssssssssssssssss
balik johor nak makan niiiiiiiiiiiiiii
tak dulikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

elly nadyra berkata...

kak
ni mmg wajib singgah
family saya semua dah pi
kecuali saya
stresssssssssssssssss
balik johor nak makan niiiiiiiiiiiiiii
tak dulikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Kakzakie berkata...

Aha... baru Ziela tahu penangan mee racun Batu Pahat. Ini kalau dtg lagi mahu ke sini lagilah gamaknya..

Daddy Ziyyad berkata...

Akak berjaya meracuni fikiran saya utk ke sana!!! hahaha

sepinggan berapa RM tu kak?

aizamia3 berkata...

Tak boleh jadi ni.. tapi kena tunggu cuti sekolahlah jawabnya.. huhuhu..

Farah Waheda Wahid berkata...

menarik dan tertarik jer ni?

Nadia Johari berkata...

wahh..nampak sedapp..lagi-lagi kambing tu

Acik Erna berkata...

acik boleh dikatakan sebulan sekali ke Batu Pahat..belum pernah lagi pi cari Mee racun ni Aziela..yang acik pi cari cuma nasi beriani mohd shah tu je

adda syuhada berkata...

sedapnyer...

Aziela berkata...

Hanum : Hanum ni memang komen yang pendek2 jer yer. Penat akak menjawab komen awak, hehehehe. Thanx anyway sebab rajin visit akak.

Zoul Dahan : Soalannya, minat kambeng x?

Rozita : Ita, akak cuma teringin nak makan telur belangkas yg awak pernah cerita dulu tu jer..

Elly : Ellyyyy...pergi Elly. Puas hati tau...

Kakzakie : Iyerlah kak...memang dah teracun dah saya.

Daddy Ziyyad : La, org JB tak pernah rasa lagi? Jangan tak pergi dik...tapi pegi Penang dulu tau. Kang kempunan pulak cinta hati kang. Oh, yang special ni 12 hengget la rasanya.

Aizamia : Balik kampung nanti boleh lajak sikit ni Ai...

Farah Waheeda : menarikk...tapi Asy tak bleh makan lagi la...hihihi

Nadia Johari : Nad suka kambeng yer....

Acik Erna : Nasi Beriani Mat Shah tu saya kureng sikit kak. Sejak dua menjak ni dah tak sesedap dulu lagi.... yang ni akak kena try...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tahu tak betapa berdebarnya akk nak tahu reaksi Ziela menikmati mee racun ni..??? Hahahah.. memang bestkan.. untung Ziela dia buka 4.30.. dulu akak kul 5++ baru siap.. tapi memang berbaloi tunggu kan.. betullah.. daging kat sini lagi empuk dari kat Tabung Haji tu... eiiiii.. rindu mee racun jalan sultanah... huhu

CikAnie berkata...

Emmm macam best jerk sebab mee kuning salah satu feberet saya,, tapi saya tak makan kambing,, cam ne nak test yerk hihihi..

luddin berkata...

kak...saya org batu pahat pun baru dengo pasal mee racun ni tahun 2014...hahaha

NzA berkata...

Nyum3x....sedapnya....bbrapa kali telan air liur...

Azian Elias berkata...

Mee racunnn??? aduii.. jadi takut.. tapi kalau kata gembira sedapnya tu, patut mencuba nanti kalau balik ke johor.

TiranaAduka berkata...

Salam sis aziela
kabare..?
TA semua ok ok je...alhamdulillah...


Nak jadi barbarian la....nak kupas kupas daging...huhuhuhuhu

Cik Puan Rann berkata...

macam sedap je kak....teringinnye nak makan

ANIM berkata...

saya dah try yg ini. there's another stall yg masuk tv tu..hee

Sukma Haron berkata...

Kena try nie kalau ke Batu Pahat...harganya berapa sis....?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink