Prosedur Pengambilan Pelajar Praktikal atau Latihan Industri

19 comments
Assalamualaikum.....

Zaman sekarang nie, sangat banyak institusi pengajian tinggi yang menghantar pelajar2nya untuk membuat latihan amali atau praktikal di syarikat2 swasta, mahupun pejabat2 kerajaan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan pelajar2 dengan persekitaran pekerjaan agar mereka bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan dengan yakin.

Tak terkecuali syarikat kita. Memang ada mengambil pelajar2 praktikal. Semestinya ada bajet yang tertentu dan ada kuota yang tertentu.

Malangnya, proses untuk pengambilan pelajar praktikal di syarikat kita nie, dikendalikan oleh jabatan kita dan kita adalah kakitangan yang bertanggungjawab dalam urusan ini, disamping rakan sejawat kita, Sdri Akma.

Mungkin agak memeranjatkan kerana prosedur kami disyarikat ini untuk pengambilan pelajar praktikal adalah agak complicated. Yer, kitalah orangnya yang gatal2 mewujudkan prosedur2 ni. Prosedur yang ada agak banyak dan agak melecehkan. Ianya secara tak langsung, menambahkan beban jabatan kita.

TAPIIIII......

Ada alasannya. Kita buat begitu, agar matlamat syarikat tercapai dalam urusan menyediakan pengalaman pekerjaan kepada pelajar2, dan juga membantu pelajar, institusi masing2 dan juga objektif pendidikan negara secara keseluruhannya.

Antara prosedurnya adalah seperti berikut :

1.) PERMOHONAN
Pertama, kita memerlukan permohonan dari pelajar terbabit. Tolongggglah, tulislah surat rasmi kepada syarikat2. Ada yang sekadar hantar e-mail sebaris ayat : " Ada sediakan latihan praktikal tak..? "
Ya Allah...kalau dapat e-mail mcm nie, kita terus tak layan dah. Tak ada ADAB! Ingat kami nie, kawan2 mereka di facebook ke? Susah sangat kah kalau nak tulis sepucuk surat rasmi, kenalkan diri, daripada mana, jurusan apa, kursus apa, tempoh dan tarikh latihan serta sebagainya...? Kalaulah sepucuk surat rasmi inipun menjadi kesukaran, layakkah mereka melayari alam pekerjaan? Secara ringkas, apa yang kita perlukan dalam surat permohonan adalah seperti berikut :
a.) Surat permohonan rasmi
b.) Surat rasmi dari jabatan kursus institusi pendidikan masing2.
c.) Resume penuh pemohon
d.) Transkrip peperiksaan lengkap, dari semester 1 hingga yang terkini
e.) Gambar ukuran passport

Kalaupun nak mudah, apa salahnya telefon dan bertanya dengan sopan? Ini...ada panggilan daripada pelajar, "kak..ada buat praktikal x?" Eh..eh...bila masa pulak aku kawen dgn abang ko..? Ha, kan dah ganas jadinya kan..? Apa salahnya call, cakap mcm nie " Selamat pagi Cik/Puan. Saya bernama bla..bla..bla...dari bla..bla..bla.. Saya ingin bertanya, syarikat puan ada tak terima pelajar praktikal?"

Ha..senang banget kan? Confirm dapat layanan yang baik dan tepat.


2.) PROSES
Setelah kami terima permohonan lengkap, ianya akan diproses. Kami akan bincanglah sikit dalam syarikat, mana2 jabatan yang perlukan 'khidmat' pelajar nie. Tak naklah sebarang ambil jer. Pertama, tak nak bazirkan bajet peruntukan syarikat. Ke-dua, tak baiklah nak bazirkan masa pelajar tu untuk perkara2 tak berfaedah. Kita sedia maklum, ada banyak syarikat yang mengambil kesempatan ke atas pelajar2 nie untuk dijadikan 'kuli' di pejabat. Pelajar di suruh buatkan air minuman, disuruh fotostat berbakul2, dan ada juga yang diarahkan bekerja seperti operator pengeluaran! Oh, kami semestinya tidak akan memperlakukan begitu sama sekali.

3.) TEMUDUGA
Setelah dikenal pasti jabatan yang akan dipertanggungjawabkan, pelajar akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. YESS....TEMUDUGA! Ada yang kata, student jer pun, takkan nak interview..??!! Helloooo.......
Student nie nak masuk syarikat ini untuk apa? Untuk mempelajari kehidupan sebagai seorang pekerja kan? Proses biasa untuk ambilan pekerja, haruslah ada interview kan? So, apa masalahnya? Sebaik sahaja kami menerima permohonan praktikal, secara automatik, status pelajar akan GUGUR! Kami anggap mereka sama taraf seperti pekerja2 mahir yang lain. Jadi, kalau ada yang tak boleh terima hakikat ini, maka mereka tidak layak mendapat tempat di syarikat kami. Ini adalah kerana, kami ingin memberi peluang kepada ramaiii lagi pelajar yang lebih bersedia dan komited. Dalam erti kata lain, kami tak ingin 'curi' peluang orang lain yang lebih layak.
Dalam sesi temuduga, kita akui, kita adalah seorang penemuduga yang agak serius. Ingin kita tekankan kepada pelajar2, bahawa latihan praktikal ini bukanlah lakonan! Ianya adalah kenyataan yang serius. Kami akan nilai perwatakan, pakaian, tutur bicara, kemahiran, critical thinking, problem solving skills dan juga communication skills. Sekiranya tidak melepasi piawaian, maka kami akan tolak permohonan tersebut.

4.) PENERIMAAN
Sekiranya lulus sesi temuduga, maka kami akan memberikan surat penerimaan kepada institusi pendidikan terbabit bersama jumlah elaun bulan serta perincian tarikh dan tempat lapor diri. Oh yer, elaun itu tak banyak. Sekadar untuk cover minum teh petang2, lepas lah. Ada yang tak nak buat praktikal sebab elaun sikit. Terpulang. Sebab apa yang kami tawarkan adalah lebih berharga daripada elaun bulanan.

5.) MENJALANI LATIHAN
Pelajar akan menjalani latihan praktikal seperti pekerja baru yang masuk kerja. Mereka akan diberi peluang mengendalikan sistem2 yang tak pernah mereka pelajari di universiti ataupun kolej2 mereka. Mereka akan berpeluang bersama2 bekerja dengan pekerja2 lain tanpa ada diskriminasi. Kalau jurutera kami harus memanjat bumbung bangunan untuk membetulkan satelite dish, maka pelajar akan turut serta untuk diberi pendedahan. Kalau pekerja kami harus mengendalikan siaran tv dan radio daripada tempat pembuangan undi, maka pelajar akan turut serta. Kalau kami ada perlawanan bola sepak di dalam acara sukan, pelajar2 ini tak mungkin dikecualikan juga.

6.) PENILAIAN
Peringkat terakhir adalah penilaian ke atas pelajar melalui lawatan dari pensyarah2 pelajar. Kami telah tekankan di dalam surat penerimaan di peringkat awal, bahawa pensyarah yang ingin berkunjung haruslah membuat pemberitahuan rasmi kepada pihak syarikat secara bertulis. Sekiranya gagal, institusi pendidikan itu akan kami blacklistkan dari permohonan akan datang kerana tidak mematuhi aturan syarikat. Mengapa perlu strict? Syarikat kami adalah tempat kami cari makan. Rumah 'keluarga' besar kami. Kalau pensyarah nak terjah ikut suka, kami andaikan mereka 'menceroboh' rumah kami. Katanya nak buat kejutan? Tak perlu kejutan kerana ditakuti ianya mengganggu jadual kerja pekerja syarikat. Bersama2 harus tetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam lawatan pensyarah, tugas paling mencabar dan terakhir pelajar ialah membuat pembentangan. Satu perjumpaan formal di antara wakil syarikat dan wakil institusi pendidikan akan diaturkan secara formal. Pelajar akan membuat pembentangan secara bergambar, menggunakan power point, menceritakan segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati dari syarikat kami. Ini semua berdasarkan komitmen dan kreativiti syarikat. Dan pihak institusi, pelajar serta pihak syarikat bebas memberikan komen, kritik dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk memperbaiki sistem pendidikan negara untuk masa hadapan.

Itulah secara panjang lebar tentang prosedur pengambilan pelajar praktikal di syarikat kami. Setiap syarikat ada cara yang berbeza. Jalan yang terbaik, adalah untuk pelajar bertanyakan secara sopan dan rasmi kepada syarikat yang ingin di pilih apakah prosedur yang harus dilakukan...

Percaya atau tidak, setiap pelajar dan institusi yang kami terima dan mematuhi segala ketetapan di atas, sangat berpuas hati,  sangat impressive dengan syarikat kami. Malahan pensyarah2nya tanpa rasa segan mengakui bahawa apa yang dipelajari oleh pelajarnya sangat berguna kerana diri pensyarah itu sendiri pun tidak pernah berpeluang untuk mendapatkan ilmu2 tersebut. Mereka mengaku bahawa pelajar2nya amat bertuah.

Dan pelajar2 yang komited dalam latihan praktikal mereka dan menjalaninya dengan cemerlang, amat mudah mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan, oleh kerana mereka telah mendapat 'latihan intensif' dari kami.


Dan hari ini, kita baruuu saja selesai prosedur interview. Memang 'masak' pelajar tersebut kena ceramah dengan kita. Tak mampu nak jadi profesional bila jawapannya dan lagaknya sangat tidak matang. Ada ke patut, surat permohonannya di tulis oleh kakaknya dengan alasan dia minta bantuan kakaknya kerana tulisan kakaknya lebih cantik. Sedangkan tulisannya dalam borang permohonan yang diisi pagi ini, tak ada lah macam cakar ayam pun. SUBHANALLAHH..... kita mohon sangat agar kita diberi kesabaran yang tinggi. Kalau itupun tak boleh dilakukan sendiri, macam mana lah pelajar nie nak menghadapi alam pekerjaan?

Hmm...kita harap apa yang kita kongsikan disini dapat memberi serba sedikit panduan kepada adik2 yang akan menjalani latihan industri, latihan praktikal dan sebagainya. Juga kepada kakak2 dan abang2 yang mempunyai anak2 yang akan melalui proses ini, harap dapat disampaikan kepada mereka agar mereka bersedia.....

Yang buruk dari kita, segala yang baik adalah dari Allah s.w.t. juga adanya....





Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

19 thoughts..

hajar berkata...

ermmm dah terlalu lama meninggalkan zaman praktikan nih...

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

teringat 10 thn lepas buat praktikal kt MBAS...nervous 1st time kena interview tue ngeee

Unknown berkata...

salam..terima kasih atas info..

sy pon akn prktikel pada januari 2013 insyaALLAH.... entry ni sgt berguna sbb kdg2 sbgai pelajar yg xbiasa didedhkan dgn pkra2 mcm nie,msh tercari2 arh mcm ne nk apply utk LI..

NzA berkata...

panjangnya n3...baca separuh je....ngee.....

che mid berkata...

Che Mid paling suka bab penilaian tu. Memang patut sekali kena buat macam tu. Takde la trainee tu kelentong je bila buat report pada pensyarah. Hal adab ni memang terukkan, dan tak pulak diajar di kolej..

Nora Shahaira berkata...

huh...menakutkan...
seb baik dulu uitm yg tetapkan kami nak kemana buat praktikal...

Cik Bambam berkata...

teringat kita dulu.. nak cari tmpt praktikal nie.. nak cari yg ada bagi elaun..hahaha..

Aziela berkata...

hajar : Akak plak bergelumang dengan praktikal...haiiihh...

Lady Ayu : Ha, kena gak interview kan..?

nur chahaya :Itulah tujuan utama akak... Nanti sebarkan pada kawan2 yer...

NzA : Iyerlah kak. Tak perasan plak jadi berjela-jela...hahahhahahha

che mid : Itulah usaha nak dapatkan kepercayaan daripada institusi... Kalau x, nnt diburukkan company pulak sebab malas nak buat presentation kan..

Nora : Nora ok ke? Sihat ke..?

CB : Ha...janji masyukkk ekk?

sansha berkata...

adakah apa apa syarat spm yang diperlukan untuk memohon latihan industri

Aziela berkata...

sansha : Itu terpulang kepada polisi sesebuah syarikat. Tapi, kenapa libatkan SPM? Biasanya Latihan Industri adalah untuk pelajar sijil, diploma dan ijazah.

Missfasha berkata...

Assalamualaikum ,

Boleh tak saya share entry ni. bagus sgt la info nye.. mohon share ye kak...

fafayakin berkata...

Salam... Boleh tahu akak menjawat di company jenis apa ye

Aziela berkata...

@Missfasha Maaf yer, lewat reply. Kalau di sharekan, akak berbesar hati...

Aziela berkata...

@fafayakin Hmm, akak personal la soalan tu. Kurang sesuai di jawab di blog. Mungkin isi entry in lebih penting dari maklumat peribadi akak?

Unknown berkata...

info yang sgt berguna utk sye bg jlni praktikal sem depan.thanks kak
:D

Unknown berkata...

Selamat pagi puan.


Saya Patricia Antai Robin, pelajar Diploma Bahasa Inggeris(Sem 4), Universiti Pendidkan Sultan Idris(UPSI. Saya nak tanya, macam mana ya nak apply latihan industri di syarikat puan?

Terima kasih.

Unknown berkata...

hi.. maaf la ,, saya nak tanya ,saya dia arah kan untuk mencari pelajar praktikal untuk syarikat , tapi saya tak tahu mcm mana nak buat surat rasmi yg elok utk di hantar kepada pihak kolej , minta kerjasama bantu saya tnjuk ajar boleh ? 0122192514

Husna berkata...

kepada pelejar diluar sana hati-hati bila apply tempat praktikal. cubalah bertanya kepada senior terlebih dahulu. kebanyakkan pelajar kena buli. maksud buli itu ialah buat kerja yang tak ada kaitan langsung dengan bidang pengajian atau buat kerja personal staff tertentu (yang ni ramai tak perasan).

Jom Baca Company Review

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan..boleh x saya minta jasabaik tuan untuk memberi contoh2 surat/document yang perlu syarikat berikan kepada pelajar li..seperti surat penerimaan pelajar li dan sebagainya.boleh tuan tunjuk ajar kepada saya..0175494055