Rabu, 22 Februari 2012

Perlukah Melacur untuk Perbelanjaan Kahwin?

Assalamualaikum.....

Entry kita nie, merujuk kepada berita daripada Cik LULU mengenai kisah wanita yang melacurkan diri untuk mengumpul duit untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya.

Jawapannya : Mestilah TAK PERLU kan...?

Tapi persoalannya, mengapa ianya berlaku?

Issue #1:
Yang paling ketara, berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh wanita terbabit, untuk mengumpul belanja kahwin. Kenapalah dia sampai merendahkan diri meniagakan kehormatan diri untuk berkahwin? Adakah kerana kenduri perkahwinan yang gah itu adalah kemestian? Ini membawa kepada permasalahan yang berikut iaitu
- Tradisi masyarakat Melayu di Malaysia yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan kemestian perbelanjaan yang tinggi.
- Kejahilan wanita terbabit dalam pendidikan agama.

Semakin lama belanja perkahwinan semakin mahal. Kebanyakan pasangan pengantin baru, terpaksa menanggung hutang selepas majlis kahwin. Mungkin hingga anak mereka bersekolah, itupun kalau mereka tak menambah atau top-up dengan hutang2 lain. Sangat sedikit yang tidak berhutang dan menjalankan majlis dengan kemampuan yang ada. Kita ucapkan syabas! Yang paling menyedihkan, dan ianya pernah berlaku di hadapan mata kita sendiri, ada ibu bapa yang kurang kemampuan, sehingga berhutang dengan ceti haram seperti Along untuk menjalankan majlis perkahwinan anak yang sederhana. Luluh rasa hati melihat pengorbanan pasangan itu demi kasih sayang mereka kepada anak mereka.

Kita rasa, dalam menjalankan urusan majlis perkahwinan ini, biarlah perbelanjaannya ditanggung oleh anak yang berkahwin, sekadarnya kemampuan mereka. Ibu dan bapa diharap agar dapat menyokong dan menguruskan seperti sepatutnya adat setakat kemampuan anak-anak mereka. Tak semestinya jawatan anak itu adalah pegawai lulusan universiti, bermaksud mereka mampu menanggung majlis yang besar. Tak terbukakah mata ibu bapa mereka tentang hakikat imbangan pendapatan dan perbelanjaan di zaman sekarang? Masakan anak yang baru bekerja setahun telah dapat mengumpul simpanan beribu? Tak mustahil, tapi kita pasti dengan penuh kepayahan.

MELAINKAN.......

Anak-anak itu tinggal bersama ibu bapa, tiada tanggungan adik2 yang bersekolah, rumah dan tempat kerja adalah berdekatan dan tidak terdesak untuk memenuhi permintaan ahli keluarga ataupun girlfriends, ataupun diri sendiri untuk barang2 material yang tidak perlu.


Ok, kita pergi ke persoalan seterusnya :

Kurangnya didikan agama. Wanita itu sanggup melacur, seolah2 ianya adalah satu opsyen pekerjaan kepada beliau. Gelap sungguh seketul hatinya hingga sanggup melacurkan diri sendiri. Bila dah tiba ke peringkat RELA melacurkan diri, maka agak susahlah untuk beliau kembali ke pangkal jalan. Tiada jalan pintas, melainkan ianya harus dilakukan perlahan2 dan dengan istiqamah. Allahhh....sayangnya....

Kita tertanya2 di dalam hati. Adakah bakal suaminya tahu tentang usaha wanita ini? Kalau bakal suaminya tak tahu, apakah yang akan berlaku bila dia tahu? Kalau dia memang tahu, adakah dia sanggup memperisterikan wanita itu? Tiadakah nilai2 lelaki budiman dalam dirinya? Layakkah dia menjadi seorang suami kiranya dia membenarkan perbuatan wanita itu...?


Pokok pangkalnya,
- Isu wanita itu sendiri menjalankan 'usaha' ini ;
- Isu bakal suaminya... ;
- Isu ibu bapa dan kaum keluarga pasangan ini yang mahukan majlis gilang gemilang ;
- Isu masyarakat secara keseluruhannya ;

Semuanya bertitik tolak daripada pendidikan agama sendiri.... Jika kita semua merujuk kembali tatacara kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Insyaallah tidak akan wujud isu2 ini semuanya....


Allahu'alam



Nota : Maaf kerana belum dapat berkunjung ke rumah rakan2 sekalian... Kita kesuntukan masa....

4 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

bukankah PERKAHWINAN itu sesuatu yang HALAL. dan semestinya sumber untuk mendirikan masjid perlulah datang dari sumber yang HALAL. Barulah terbukti akan keserasian kehidupan berumahtangga hingga ke hujung nyawa...ini kalau dah snggup nak melacurkan diri untuk tanggung perbelanjaan kahwin bukan namanya nak berkahwin lebih baik aje teruskan melacurkan diri..ye tak?

Maaf terlebih emo sudah...bodohlah dorang ni kan? cetek ilmu dan terdesak tanpa memikirkan baik dan buruk. hish!!

Suhami Ahmad berkata...

yang wajibnya akad nikah yo kan kak.....

Gen2Merah berkata...

rasanya tak masuk akal jika wnita tersebut jadikan isu kawin sebab dia nak lacurkan diri..

tapiu kalau betul pun, mmg dia sangat2 jahil tentang agama

Azham Vosovic berkata...

OMG OMG!

sangat betul...nak kahwin memang perlu belanja yang tinggi.... serious I masih x bersedia hehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink