Rabu, 29 Februari 2012

Movie Review : Adnan Sempit 2

Assalamualaikum.....


Gambar2 yang kita dapat dari google di atas adalah antara sedutan dan babak yang terdapat dalam filem Adnan Sempit 2.

Kita menontonnya di GSC Alamanda, tempat favourite kita dengan Adam. Alamanda baru bukak pukul 10, kita dah tercongok kat situ. Apa taknya, pukul 7.00 pagi dah sampai ke KLIA, hantar hubby outstaion. Mana lagi dia pergi.. 'balik kg' la...heheheheh. Pegi China lagi. Every month mesti ada trip ke sana. Jelesss tawww... Anyway, lepas hubby masuk jer, kol 9.00 pagi, kita dgn Adam terus merempit ke Alamanda. Memang dah teringat2 nak tengok citer nie. Sekali pergi ke GSC, kaunter pun x bukak lagi..hahahahhaha. Kaunter buka kol 11.00 pagi rupanya. So, terpaksalah merayap dulu.

Kami tengok show paling awal, pukul 11.10 pagi. Beli tiket, ngam2 kol 11.08. Tapi duduk jer dalam cinema, 11.10 baru screen nak menyala. Orang memang x ramai. Maybe tak sampai separuh pun panggung. Kita rasa sebab pagi sangat, dan awal lagi. Maybe ramai yang tak sure berbaloi ke tidak nak tengok kat cinema kan...

Well...percayalah pada kita. MEMANG BERBALOI!!

Kalau tengok kat Astro First, atau cd, belom tentu lagi akan semenarik di pawagam. Feel dan focus memang lain tau....

Awal2 filem lagi, Adam dah mengilai2 gelak. Siap terlorot2 dari kerusi dia bergelak ketawa tak hengat. Yang orang besar dan dewasa macam mamanya nie, semuanya gelak bila part Adnan kuarkan 'skipping London' dia tu.... Tak boleh nak repeat la, sebab tengok pun sekali jer. Lagipun banyak sangat yang kelakar. Setiap sebutan English dia, memang pecah perut la gelak....

Oh, paling sempoiii... siap berlumba kejar mengejar dalam pasar borong. Ya Allah.... kelakar sangat masa diorang nak tunggu tangga pasar borong. Boleh imagine tak, punyalah hebat adegan kejar mengejar bak Gerak Khas tu, bila nak turun dari pasar, kena angkut motor turun tangga. Memula Along turun dulu, Adnan tolong angkat belakang motor. Dah selamat motor Along, Adnan sound Along plak, soh tolong bawak turun motor dia... Dah selamat 2-2 motor turun, sambung kejar mengejar lagi. Hahahahhahaha.....

Keluar pasar borong, masuk shopping complex plak. 2-2 angkut motor naik tingkat atas melalui eskalator. Tengah hot kejar, bila naik eskalator dengan motor, cool jer muka menmasing... Kat tingkat atas, sambunggg lagi kejar...tawaf kat tingkat tu. Bila nak keluar dari shopping complex, turun tangga, motor sampai tergolek2. Siaplaa semua pengunjung shopping complex (a.k.a. pelakon tambahan), bagi kata semangat soh Adnan kejar member dia. Tolong tegakkan motor, tolong betulkan cermin sisi, dan tolong Adnan 'bersiap'. Hahahahhahaha.....

Itu semua belum part yang si Syuk kumpulan Balas Raja Lawak tu berlakon lagi. Bagus betullah. Rasanya ini filem pertama dia, tapi dah bagus dah lakonan dia. Memang selamber badak. Bab2 tak pakai baju pun, dia lakonkan dengan selamba. Naik geli geleman nengoknyer...

Oh yer, bab heroin, terbaeeekkk. Yana mcm biasa, mantaappp!! Entah kenapa, meruntun hati betul bila nengok bab dia nangis. Boleh dalam mood bergelak ketawa tak hengat, terusik hati dengan bab dia nangis tu. Real laahhh....

Intan Ladyana, kualiti lakonan semakin mantap. Semakin natural. Far much more better dari Adnan Sempit. Tahniah...!

Ending dia..? Lagiiiiii lawak... Hahahahhahaha. Betul lah kata David Teo : Saya passsti, anndaa semua tak akan kering gusi menonton flem ini...

So, pergilah tonton. Berbaloi.....

4 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

amboii...sempat lagi nonton movie eh...best ye? saya alamat tengok kat astro first ajelah ...

NzA berkata...

mesti kelakarkan cerita tu....

faiz berkata...

mcm best je..

Azham Vsvc berkata...

Wah...akak rajin juga travel ke Alamanda ni eyh? hehe....kiranya akak punya office dgn UPM dekat tak?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink