Isnin, 6 Februari 2012

Nasi Impit Sup Ayam

Assalamualaikum.....


Ini adalah menu setibanya di rumah bila baru balik dari bercuti masa CNY baru2 ini.

Badan dah penat. Nak keluar cari food pun x larat rasanya. Selongkar peti ais, tengok ada sedikit fillet ayam dan 2 batang carrot yang kecil. Ingat nak buat sup ayam makan dengan nasi jer. Tapi boring pulak. Baru nak rebus macaroni, aishh, teringat ada nasi impit segera. Terus ambik periuk, rebus sampai berjam2.

Hasilnya memang nasi impit mengembang dengan elok dan lembut sangat.

Kita buat juga sambal kicap cili padi untuk digandingkan, dan goreng sedikit bawang sebagai pelakon tambahan.

Malam tu, kami tiga beranak makan dengan berselera. Sambil2 bersantai dan merehatkan badan, dapat makan nasi impit yang sangat lembut di dalam sup ayam panas, memang menyegarkan.

Selain tu, kita makan juga nasi impit nie dengan serunding daging yang sedap dari Pasar Payang, K. Terengganu. Hmmm..sedaapp....

Apa menu anda hari ini?

6 thoughts..:

Azham Vosovic berkata...

Sedap!

selalu makanan ringkas mcm ni yg lg buat kita selera hahahaa

msredcheesecake berkata...

rasa cam raya plak... leleh liur.. hhee

Tihara berkata...

waw sedap ni..dah jadi macam soto lak kan :)

nur chahaya abadiey berkata...

wah.nmpk pon sedp..ala2 soto gtu.. :D

Masz Sidek berkata...

sedap2... mesti sup ayam tu sedap... sbb tu berselera...

dyabunga berkata...

sedapnye..rasa lapar pula..haha

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink