Khamis, 2 Februari 2012

Filem Review : Datin Ghairah

Assalamualaikum.....

Pic from Google

Dah lama dah tengok cerita nie, tapi belum rasa nak buat review. Nak review pun macam ala2 tak ada 'selera' rasanya. Kita pasti ramai yang dah baca review pasal cerita nie...

Yang pasti, cerita nie MEMANG TAK SESUAI UNTUK SI KECIL! Tak sangka boleh lulus LPF. Tajuk ajer pun x berapa bagus dah kan. Tapi kita tengok sebab kadang2 filem yang di anaktirikan ada value yang tersendiri. Ada nilai seni yang tersendiri. Ada kekuatan yg tersendiri. Tapi cerita nie...aduhhh...

Kalau nak kata kekuatannya adalah pelakon2 mantap, entah dimana silapnya, lakonan mereka semua hambar. Ada tidak pun, anak2 datin agak bagus dalam membawakan watak masing2.

Maria Farida? Kita rasa mutu lakonan dia dalam filem komedi Senario lebih mantap daripada yang ini. Over gediks, over emosi dan over expression.

Aaron Aziz? Aduhhh..kecewa dengan mutu lakonan yang sangat bersahaja. Memang x ada feel langsung. Drama Nora Elena 10x mantap lagi mutu lakonannya.

Skrip dan penceritaan?

Ok..sila bayangkan anda sedang membaca buku siri penyiasatan Hardy Boys, atau 5 Sekawan di perpustakaan sekolah. Even buku2 ini pun boleh persembahkan storyline yang lebih bijak.

Begitulah adanya cerita ini yang sangat simple dan terlalu ringan hinggakan boleh melayang lesap dengan sendirinya walaupun dibaluti dengan adegan2 dan pakaian2 yg menjolok mata.

Oh yer, nama datin ini ialah Datin Ghairiyah. Jadi apa motifnya letak tajuk Datin Ghairah?

Kecewa dengan kewujudan filem ini....

8 thoughts..:

NzA berkata...

kalau tgk pelakonnya semua yg popular ttp kalau jln ceritanya xbest, xlaku jugak......

Rahmah Ram Ram berkata...

best ke awak cerita ni...saya tengok trailer pun naik seram bulu tengkok..hikhikhik...daring sungguh maria farida ni...:)

nur chahaya berkata...

lame dah tgok cite2 melayu nie..layn blog lg best.hehehe

Mak Usu berkata...

dah tengok cita ni.. ok jgk..tp btl,xtau apa motif dia letak nama tu...huhu

cIKhA berkata...

salam..
yela sy pun pelik ngape mesti nama tu..tak rasa nak tengok pun

Aziela berkata...

NzA : Memang hancuslah kak jalan cerita nie..

Rahmah : Tak best wak...tak rugi langsung kalau x tengok...

nur chahaya : Akak ada emotional attached dgn filem melayu...heheheheh

Mak Usu : Kan...tak ada motif betul

clKhA : Kita pun paksa diri untuk terima seadanya... Tapi mmg tak boleh betul...

Tihara berkata...

salam,

saya tgk promo dia pn saya tk lalu nk tgk..kesian kan

Suhami Ahmad berkata...

itu sumo market value tu...tp cito tak berkualiti selalunya x kan laku...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink