Khamis, 16 Februari 2012

Movie Review : Sumpahan Kum Kum

Assalamualaikum.....

Semalam kita x update blog... Tapi rasa macam lamaa sangat tak update. Tangan nie, gatalll jer nak click blog, nak menaip entry, tapi kerja banyak. Actually hari ni pun banyak kerja lagi. Dah lah pagi nie ada interview. Harap2 candidates tu semua datanglah...sebab position yg kita cari nie, agak kritikal juga...

Anyway, cerita pasal movie lah yer. Sumpahan Kum Kum nie kita beli dari Astri First sekali harung dengan Bujang Terlajak tu. Opppsss, pembetulan. Bukan kita, tapi En Hubby tu. Dia kata nak belanjer family...heheheh. Kita sebenarnya mmg x minat cerita2 hantu nie. Tapi hubby yg nak tengok, so kita tengok celah jari jer lah...mcm biasa.

Ramai yg dah review. Bagi kita, effect keterkejutan tu mmg sangat menjadi. Walaupun sekadar menonton di rumah waktu terang benderang, tapi memang menakutkan juga. Cerita nie dia campur2. Dia tak ikut kronologi. Apa ekk, istilah sastera tu? Dah lupa. 19 tahun tinggalkan dunia sastera dah. Dia macam kejap ada di masa sekarang, kejap dia flashback... So, kena concentrate sikitlah untuk memahami nyer. Oh yer, gambar semua dari google yer...

Kisahnya :

Ada seorang gadis nie, dia ada banyak sangat jerawat kat muka dia. Makin lama makin banyak. Geli jugaklah tgk mekap muka dia banyak jerawat tu... Disebabkan muka dia yg banyak jerawat tu, dia seringgg saja di hina dan di keji oleh kawan di tempat kerja, hatta housemate dia pun selalu nak hina2 dia. Rasanya, peribadi dia nie jenis hati kecik, so dia rasa masalah tu adalah besar yang amat.

Entah mcm mana, dia boleh pula jumpa dengan seorang dukun untuk pakai susuk agar cantik. Dan dia pun mulalah berubat. Masalahnya, tak boleh tengok cermin selama 44 hari kan. (Ini semua orang tahu sbb ada dalam trailer).

 Bila dah cantik, dia pula nak berlagak2 kan. Dia tau dia dah cantik bila kawan2 kerja dia semua dok puji2 dia. Jantan2 (sorry, kasar sket) yg dulu bukan main keji dia, skang bermuka manis sentiasa. Kengkawan pompuan yg lari2 dulu pun, skang dah nak mula bertegur sapa. Ha, yg kat sebelah dia tu, kawan serumah dia lah. Giler kejam lah kawan dia nie kalau bab mengutuk dia... Siap tayang boipren lagi. Bila minah ni dah cantik, boipren housemate dia mula laa nak tunjuk miang plak. Ha, sedap jer kena debuk ngan housemate dia.

Disebabkan terlalu teruja, nak sangat tahu mcm mana rupa dia bila dapat sambutan hangat, dia pun langgar pantang untuk tengok cermin. Oklah, cermin kasi can dia tengok muka dan enjoy kecantikan tu dalam beberapa minit. Cukup time jer...hambik kooooo.....Jadilah mcm gambar kat bawah.

 Dia jumpa balik bomoh dia tu, lakonan Lydiawati. Memang tak ada ubat dah. Kata, perjanjian syaitooonnn... Ha, ubatnya pun, syaitoonn lah juga kan. Dia kena minum darah anak dara sunti seramai 9 orang. Mengamuk2 dukun tu kat dia. Bagi tau syarat pun, mengamuk2 juga. Menyusahkan jer kan. Saper suruh ko jadik dukun syaitonnn.

Demi cantik, gadis nie buat juga. Anyway, nama dia Milah. Bila turun jer dari rumah dukun tu, Milah nampak anak gadis dukun tu baiikk punya landing atas buaian bawah pokok. Milah pun, baiiikkk punya landing.

So, Milah pun follow anak dukun tu. Kebetulan anak sulung dukun tu, si Fezrul Khan nie, nak hantar adik dia balik ke mana entah. And on the way, adik dia perlu ke toilet. Abang dia nie berhentilah kat toilet tepi jalan. Mana punya toiletlah... Tak ada lah kotor macam dalam cerita Karak tu, tapi kalau dah lampu lip lap tu, nak masuk lagi ke? Sunyi2 plak tu. Kalau dah tau x der org, panggillah abang dia teman, soh tunggu depan toilet ke kan... Ini, abang dia lepak dalam kereta. Sedar2, adik dah mati dalam toilet dengan darah penuh satu body.

Bila mak Fezrul, si bomoh tu nak meninggal, dia pun baliklah anak beranak. Fezrul dah kawen, ada anak pompuan dalam umur 10 tahun mcm tu. Nenek dia x pernah benarkan anak dia bawa cucu balik kg. Dia kata dia x suka. Tapi sbb dah nak 'go away', maka Fezrul bawa juga anak dia balik untuk kenal nenek sebelum nenek passed away. Mcm biasa, ada membela kan. Bila nak mati, kenalah buka bumbung.

Lepas kebumi, Fezrul stay kejap rumah mak dia anak beranak. Tapi ada scene, Milah tu dok buai anak Fezrul bawah pokok. Anak Fezrul bergurau mesra. So, bila anak dia dikejutkan dari tidur, anak dia tercari2 Kak Milah dia. Anak dia cakap, dia ada kawan yg cantik. Kak Milah nak ikut balik KL, nak tengok rumah. Yang bapak dia nie ingatkan tu kawan khayalan anak dia. Bolehh saja. Kak Milah nak ikut, oooo boleh! Tapi, satu malam tu, bila balik dari masjid, bolehkan dia ikut lembaga Milah kat celah2 kubur tu. Sampailah dia terjatuh bila tersepak kepala Milah atas tanah, pusing jer kepala jumpa hantu Milah mcm gambar bawah nie.


Hai...saper yg tak gugur jantung masa nie, memangggglah takder perasaan tau.

So, dia nie punyalah berlari pergi rumah Mak Su dia. Mak Su dia pun ceritalah pasal kisah yang di atas tu... Ha, kisah kat atas tu, dah pertengahan cerita. 

Bila Mak Su dia dah cerita, Fezrul kelam kabut soh anak bini dia balik KL dulu. Dia nak selesaikan kat sini. Mak Su dia kata, Milah bersumpah untuk bunuh semua anak dara sunti keturunan bomoh tu sebelum dia mati. Yerrr....Milah dah mati. Tu sebablah dia jadi hantu...hahahahha.

Milah mati sebab bomoh tu tahu Milah yg bunuh anak dia kat toilet tu. So, bomoh tu pulak nak balas dendam. Dia bawak Milah ke kawasan kubur lama dengan cangkul sekali. Dia kata ada cara lain selain dari hisap darah tu. Sampai kat situ, dia dah siap2 tutup mata Milah. Milah sibukk tanya nak buat apa, kat mana. Sekali dia pun hayun cangkul tu kat kepala Milah. Tu yg dengan nafas terakhir, dia bersumpah mcm gitu. Bukan nak mengucap, kan? Dia tanam Milah kat situ.

Sedar x sedar, hantu Milah dah ikut anak dia balik KL. Fezrul turut sampai ke KL. Berperang dengan hantu kat rumah dia, sampai Milah berjaya masuk dalam badan dia. Eisshh...memang real lah tengok Fezrul bawak scene tu.Betul2 macam dah masuk hantu.

Sementara kat kampung, orang kampung dengan polis forensik semua dah selamat kebumikan tulang2 Milah, barulah cerita nie habis sebab Milah pun dah kena tanam dengan proper.

Tapi, walau mcm mana seram pun, perasaan tak puas hati tetap aa. Banyak sangat tak logiknya.

1. Yang masa kita citer pasal adik Fezrul masuk toilet gelap sesorang tu. Takder akai kaa..?
2. Fezrul berlari2 ke rumah Mak Su dia ketakutan. Kelam kabut ketuk pintu. Yang Mak Su dia serba salah nak buka pintu malam2. Takutlah kan. Bila Mak Su tanya siapa, x pulak di jawab anak buah dia. Apsal tak bagi salam? Panggillah Mak Su dia.. Kata takutt.. Takkan ketukk jer bertalu2..? Aishh...x logik betul.
3. Bila rahsia terbongkar, polis semua datang gali lubang tempat mayat Milah di tanam. Malam2 buat forensik datang, terus mandi, terus kapan, terus kebumi malam yang sama. Bukan ker forensik kena bawa balik dulu tulang2 tu semua? Nak pastikan DNA kan?

Ha, kalau tengok, mmg bnyk lagi. Itu 3 contoh jer...

Nota : Tak berbaloi gadai nyawa untuk cantik. Bersyukurlah....


2 thoughts..:

Miss BaNu berkata...

dh tgk gak cite nih..bole tahanlaa not bad..cuma mmg betul ada bbrp benda yg x logik kan..yg x tahan tuh slumber je si mila pi bunuh anak prmpuan si bomoh tuh..agak2 la kan.siasat la dulu sape mangsa die..hehe

Kamalia berkata...

saya penakut jadi saya tak akn tengok cerita hantu..hehe
tapi kalau baca cerita hantu saya boleh..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink