Selasa, 7 Februari 2012

Selamat menyambut Hari Thaipusam

Assalamualaikum.....


Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu dan yang menyambutnya.

Setiap kali Hari Thaipusam, kita pasti teringatkan kenangan lama.

Kita sejak kecil memang tinggal bersama atuk dan nenek di Port Dickson. Kebetulan, kampung kami terletak di laluan utama yang menuju ke Ladang Estet Sua Betong. Maka memang ramailah kawan2 yang berbangsa India masa sekolah2 dulu.

Bila tiba sambutan nie, masyarakat India di estet akan berarak macam gambar di atas melintasi kampung kami menuju ke sebuah kuil di pekan. Setiap kali ada, arwah Atuk mesti bawa kami naik motor hingga ke tepi jalan besar untuk menyaksikan temasya ini. Seronok sebab warna warni dan ada banyak bunyi2an.  Rumah kami kena masuk lorong ke dalammm tu, jadi memang kena pergi lah. Bila dah besar sikit, naik basikal dengan adik untuk tengok perarakan mereka.

Sekarang, dah tak ada. Rasanya di estet tu dah ada beberapa kuil yang besar, jadi mereka tak perlu berarak hingga ke pekan lagi.

U all ada kenangan berkenaan Thaipusam tak...?

5 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ai x der
cuma darl ai ader kot sbb dok penang dan ramai kwn india....tataw pun today thaipusam ngeee

Tihara berkata...

selamat bercuti :)

Azham Vosovic berkata...

Hehe...ada. Dulu saya duduk dalam kawasan estes di Kedah (sebab mak n ayah kerja kat balai polis dalam tu)...so bila ada Thaipusam selalu tgk perarakan ni dari atas bukit sebab balai polis ni atas bukit...mak tak bagi turun sbb ramai sgt orang kt bawah hehehe

Cik Bambam berkata...

kenangan kita time tahipusam adalahhh...

xboleh nk keluar rumah sbb umah kita dulu kat sri gombak..mmg dkt sgt ngan batu caves.. stress betol xleh nak kuar umah! huhuhu

Aziela berkata...

Lady Ayu : Hahahahha... Tak semua negeri cuti hari nie....

Tihara : Selamat bercuti juga

Azham : Seronok kan....

CB : Haa....memang konpem melekat kat rumah kan....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink