Iklan Radio Bahasa Melayu Menjelekkan...

12 comments
Assalamualaikum.....

Salam hari Jumaat untuk semuanya... Macam mana dengan ketiduran anda malam tadi? Nyenyak tak?

Ok, tajuk entry kali nie macam ganas yang amat kan. Keh..keh..keh... Sebenarnya tak teruk sangat pun.

Ok, anda semua perasan tak, kalau dengar sluran radio Bahasa Melayu, kadang-kadang ada iklannya yang menggunakan suara latar seolah-olah membaca skrip saja. Ada pula yang cuba menggunakan intonasi, tapi sangat tersasar dari intonasi sebenar percakapan. Contohnya, ada satu saluran radio yang popular nie, mengeluarkan iklan khidmat masyarakat mengenai bahayanya membiarkan anak-anak main air. Ayat dari ibu untuk memujuk anak yang menangis kerana nak main air, memang menyakitkan telinga.

"Bukan MAAAK tak kasi Amin main air, tapi.......".

Ok, ini satu contoh. Belum di kira contoh yang menggunakan anak2 kecil sebagai pelakon iklan radio. Iklan Bahasa Melayu, tapi intonasi dan sebutannya bukan Bahasa Melayu. Seperti cara bacaan di dalam murid darjah seolah2 mereka ini mebaca petikan yang disuruh oleh guru kelas.

Oh..tolongglahh!! Ini bisnes. Ini media. Ini BAHASA KEBANGSAAN..!! Ini BAHASA KEHIDUPAN kita sehari-hari. Tak peka langsungkah mereka yang terlibat dalam media elektronik zaman sekarang nie?

Kita cuma nak mohon agar semua rakyat dapat bersama-sama memeartabatkan Bahasa Melayu ini seadanya. Dahlah dipandang sepi, dicemarkan baik di dalam kehidupan sosial mahupun di dalam filem yang diangkat tinggi, ini media elektronik pula menjadi agen pencemaran bahasa...

Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 thoughts..

eB berkata...

polo, jom jenguk kami yer ;p
http://mamaaerish.blogspot.com/

Munn Jaafar berkata...

radio apa tu eh? xpnh dgr lak iklan main air tu...

Unknown berkata...

budi bahasa budaya kita kan...tak patot nak kejar keuntungan semata

Aziela berkata...

eB ezrin : tq yer. Kita pun dah follow awak

Aziela berkata...

Munna : Err... antara saluran yang top juga la...

Aziela berkata...

Suhami : betul tok..tu yg sakitt jer tinger nie..

Rohaizam Rosli berkata...

huhu... btol3.... kdg2 bila iejam dgr mcm lawak pon ada gk bknnya iklan... iklan seakan2 buat pendgr ni cm bgitu bodoh dgn bahasa yg digunakan, struktur dialog, intonasi mmg out...

Aziela berkata...

Rohaizam : dan rasa seolah2 kita pendengar nie di'perbodohkan' oleh pengiklan kan. Macamlah kita nie tak perlu dihormati

Nora Shahaira berkata...

memang dah lama menyampah org tak reti cakap bahasa melayu ni..heee

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kadang2 bukan di radio, di tv dan dalam surat khabar pun banyak...tak suka

Aziela berkata...

Nora : Nampak sangat dibuat2nya kan...

Aziela berkata...

Hawa : Dlm tv tu dh tentu harapkan rupa cantik jer la... yg newspaper tu, janji org sotkabar dapat duit..diorang ok jer. Semua2 takder tapisan