Waa...buat apa tu? Nampak rilekk jer. Syukur, jangan susah2 hati yer.
Hmm, selain dari berkongsi percutian, tempat makan, buah fikiran dan juga sedikit ilmu, kita rasa macam nak memulakan perkongsian kisah seram pula la. Kisah seram yang kita tulis dalam blog ni, adalah sama ada dari pengalaman sendiri, mahupun pengalaman insan2 yang dekat diri kita. Tak ada copy paste punya. REAL punya bebeh....
Untuk hari nie, kita nak kongsikan pengalaman pelik dan seram di LPT. LPT ialah Lebuhraya Pantai Timur. Seperti sedia maklum, hubby kita ada di Kuantan. Jadi, memang sering benar kita pergi kerja di KL nie daripada Kuantan nun di sana.
Pada suatu pagi Isnin, kita keluar dari rumah di Kuantan dalam pukul 4.30 pagi sebab nak sampai awal ke pejabat. Biasanya akan berhenti Subuh di Hentian Temerloh. Jadi, by the time masuk tol Gambang, jam dah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Kita memandu seperti biasa. Tak pecut dan tak perlahan. Kelajuan di sekitar 100km sejam.
Tapi, beberapa minit selepas ambil tiket tol, lampu kereta kita menyuluh susuk tubuh satu lembaga yang melintas jalan dari kiri. Maksudnya, 'dia' dari tepi jalan di kiri dan melintas ke tengah divider yang mana mestilah tujuannya untuk melintas ke seberang sebelah kanan kita kan. Kalau ada yang biasa dengan lebuhraya nie, akan tahu kiri dan kanannya adalah hutan dan bukit bukau. Dan bukan kereta kita sebiji seketul sebuah saja yang lalu. Ada juga kereta-kereta lain berselisih yang menuju ke arah Terengganu. Jadi, pancaran cahaya lampu dari kereta kita dan kereta yang berselisih jelas menyuluh 'orang' ini. 2-3 saat kemudian, kita tiba di spot 'orang' itu melintas, tapi tiada apa-apa langsung. Kita sangat pasti sebab lepas 'orang' tu melintas, kita brek dan perlahankan kereta. Bimbang terlanggar. Tapi memang tak ada orang langsung. Mustahil dia boleh disappear sepantas itu. Dan tiada apa-apa kenderaan atau pun bangunan di sekitar kawasan itu. Yang ada hanyalah lebh raya yang diapit oleh belukar tebal di samping bukit bukau dan lurah. Secara tiba-tiba kita terus rasa seram sejuk. Kita pecut kereta dan teruskan perjalanan dengan iringin Ayat Kursi. Setibanya kita di Hentian Gambang, kita terus lepak di Petronas sementara menunggu Subuh dan hari terang sedikit sebab di petronas jer yang nampak meriah dengan pekerja-pekerjanya.
Sejak dari hari itu, kita tak pernah berani lagi bertolak lebih awal dari azan Subuh. Biarlah lewat sedikit masuk pejabat, asalkan selamat...
Anda semua macam mana? Ada pengalaman menarik nak dikongsi untuk sekitar kawasan LPT nie?
9 thoughts..
based on my friend experience, dekat belah jabor sana, jalan lama nak ke tgganu, ada jumpa hantu galah. bila kereta lalu je. nampak ada sumthing berdiri atas jalan raya dan sangat lah tinggi..kat situ byk excident.
pergh. selama aku guna LPT dulu siang malam nasib baik belum pernah lah jumpa apa2. tgh2 malam lalu jalan balik Tganu pun alhamdulillah takde yg pelik2 kecuali lembu. setakat rasa satu mcm tu ada lah.
uish! takutlah...nasib baik masa pergi kesana takde terjumpa apa-apa...tapi bila dah tau ni naik seram la pulak nak melintas ke sana...huhuhuhu...
Awak!! terbacalah pulak..dah tu takut.
hmmm...saya tak penah guna LPT waktu malam atah ke kuantan lagi. kalau arah ke kl tu pernah, tapi alhamdulillah tak jadi pape lah.
sukasuki : huii..jalan tu memang sunyi kan...bila malam...seram jer lalu situ...
DD : maybe sebab bukan berseorangan kot...mcm aku mmg loneranger masa tu..seronokla 'dia' menyakat
Rahmah : kalau ada teman...biasanya ok..cuma pesan kat anak2...jgn ckp bukan2...
gadisBunga : kdg2, waktu mlm ramai lagi kereta lalu lalang..tp awal2 pagi tu ada seram sikit...
Banyak kali lalu lpt ni dari belum ada tol sampai dah ada tol. Biasa jumpa lembu dan babi hutan. Pernah nampak kemalangan maut motor langgar tayar lori tengah malam. Paling pelik masa sesat berpusing2 kat flyover ajil sewaktu hujan lebat dan ribut petir. Yang lain alhamdulillah xde apa2 yg mengganggu.
Catat Ulasan