Nak Tembak Babi Hutan, Tapi Tertembak Rakan Sendiri....

1 comment
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Waa, lama sungguh kita tak update blog. Sebenarnya, lepas buat entry jerebu, memang kita yang jatuh sakit.Setelah cuba bertahan beberapa hari, akhirnya kita tewas juga dengan sakit kepala. Terpaksa jumpa doktor dan doktor nasihatkan berehat. Khamis hingga semalam. Mengikut kata doktor, kita jatuh sakit sebab terlalu banyak berfikir. ye ker? Ermm..kebelakangan nie, memang ada sedikit tekanan lebih di tempat kerja. Mungkin kerana itu.

Oleh kerana itu, semalam hubby balik kerja awal dan bawa kita jalan-jalan di kawasan Kuantan. Dia suruh kita tenangkan fikiran dan ambil udara segar. Hubby bawa kita ke Tanjung Selangor, Pahang. Duduk minum teh, sambil menonton orang memancing di jeti nelayan. Memang selalu ke situ. Udara nyaman dan kawasan amat mendamaikan.

Tapi semalam memang warung tepi jeti yang biasa tu penuh dengan orang. Kita dengan hubby buat tak peduli jer. Bila semua dah balik, baru owner warung lepak dengan we all pula dan bercerita. rupa-rupanya kisah seperti tajuk di atas. Cerita lanjut di blog Cik Lulu Caldina kita.

Kita nak tambah sikit. Ceritanya memang amat menarik. Kita buat dalam point la yer.
- Mereka beramai2 plan untuk tembak babi hutan yang banyak di kawsan itu kerana banyak tanaman yang musnah.
- Penembak dan mangsa sama-sama dalam pasukan RELA untuk bertahun-tahun lamanya. Jadi, mereka memang sangat arif dengan peraturan ketika prosedur menembak berlangsung.
- Tapi entah macam mana, semasa penembak menembak babi hutan, secara tiba2, mangsa berlari dan menghampiri babi hutan itu dan masuk di dalam perimeter larangan.
- Peluru menembusi sisi badan mangsa. Mengenai serpihan jantung dan terus menusuk ke paru-paru.
- Owner warung makan berada di dalam kelompok penembak dan dia berlari memangku mangsa dan menutup luka.
- Owner warung dan rakan bergegas menaiki pajero menghantar mangsa ke hospital Pekan, Pahang. Waktu biasa, perjalananan ambil masa 20 minit, tapi mereka tiba di hospital dalam masa 9 minit.
- Rakan-rakan mangsa sempat 'membawa' mangsa mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.
- Mangsa adalah pekerja sebuah kilang kenderaan di Pekan, Pahang.
- Mangsa berkelakuan ganjil dalam tempoh 24 jam sebelum kejadian. Contohnya, kelihatan seperti tergesa2 dan tidak sabar, mudah hilang sabar dan berkomunikasi lebih daripada biasa.
- Penembak bukan kali pertama menembak. Penembak di tahan reman dalam tempoh 24 jam sebelum dibebaskan selepas rakan-rakan lain selesai memberikan keterangan.
- Antara bahan bukti ialah sepasang kasut mangsa yang berlumuran lumpur.


Mereka-mereka yang terlibat dengan siasatan pergi dan datang di warung itu. Maka kita dengan hubby seronok memasang telinga. Kadang-kadang mereka bercerita kepada kami sama. Pasukan polis tiba antara 3-4 kereta petang semalam dan kelibat petugas kilang kenderaan mangsa turut tiba. Maybe HR nya datang membuat siasatan untuk laporan perjawatan dan insuran mungkin.

Kesimpulannya : Kemalangan boleh berlaku di mana2 dan pada bila2 masa. Betul lah.. AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN.

Al-Fatihah untuk mangsa...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 thoughts..:

cikgu berkata...

itulah dinamakan ajal....:)