Ibu Bapa Pun Kena Belajar UPSR....!

26 comments
Assalamualaikum.....


Ibu bapa untuk pelajar tahun 6 di sekolah Adam sering di ajak berbincang tentang meningkatkan mutu akademik anak2 kami. Alhamdulillah. Pada salah satu hujung minggu yang lalu,. kami di jemput ke sekolah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak2 dalam seminar menjawab peperiksaan UPSR untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bila sampai, bersemangat lah mak2 dan bapak2 berkumpul dengan anak masing2. Bila tiba masanya, eh, anak2 kena naik ke dewan di tingkat atas...kena asing dengan ibu bapa. Ok lah, tak nak mengganggu mereka. So, kami di minta berkumpul di kantin. Ingatkan ada ucapan, rupa2nya kena belajar.



Ibu bapa yang datang, terpinga2. Kena belajar? Memang sungguh tak disangka. Hahahahhahaha. Namun, kita tabik spring pada usaha dan niat murni guru2 ini. Pandai juga taktik mereka..hahahahaha. Kita memang tak ada masalah. Sentiasa bawa buku nota dan alat tulis. Lagipun, tak ada apa yang nak dikejar. So, bersemangatlah juga....




Tapi kebanyakan ibu bapa yang lain memang terperanjat dan mengomel2 di belakang. Yerlah, ramai yang bawa anak kecil, pangku anak, menyusukan anak segala kan... Ada juga yang dijaga oleh nenek dan atok. Maka terkelip2lah mata nenek2 dan atuk2 ni nak memandang tulisan di kertas.

Jangan tak tau, kami di berikan kertas kosong dan pensil. Semua ibu bapa kena turut sama menjawab kertas peperiksaan dan diberikan panduan oleh guru bagaimanakah cara yang betul untuk menjawabnya. Semua orang kena tulis karangan, semua orang kena bina ayat berpandukan gambar dan sebagainya. Ditunjukkan ejaan baru, kesalahan tatabahasa dan bagaimana nak dapatkan markah yang baik.

Alhamdulillah, berjaya juga kami mengharungi 2 jam tersebut. Banyak yang dipelajari. Semua ibu bapa boleh turut sama duduk dan ulangkaji pelajaran dengan anak2.

Macam kita dan mak, kami memang dah biasa. Demi nak mengajar Adam, mak sanggup bangun awal pagi.
Selepas tahajud, mak mesti belajar dulu, supaya senang mak nak tunjuk ajar Adam. Setakat ni, mak tutor peribadi Adam untuk semua mata pelajaran kecuali English. English, mak serahkan pada kita.

Kalau ada yang mak tak faham seperti matematik atau sains, mak akan tanya sepupu2 kita yang lain2 untuk penyelesaiannya dan kemudian barulah diterangkan kepada Adam.

Mak memang dari kita kecil sangat ambil berat tentang pelajaran kami. Tapi dulu mak kerja, so tak lah sampai belajar subjek kami. Sekarang mak dah pencen, mak nak pulun Adam.



Sampai jer rumah, Adam kelam kabut mandi dan tukar baju. Nak menghadiri kenduri kawannya yang khatam Al-Qur'an. Alhamdulillah.

Oh, kita mengharapkan ada seminar lain disekolah untuk subjek2 lain. Aktiviti ini memang sangat berguna dan bagus.

Kita rasa terharu sangat kerana usaha dan keikhlasan guru2 ini semuanya beyond expectation...

Syabas Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson.

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

26 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

ingt dh besar2 tak kene jawab dh upsr..heheh..

makchaq berkata...

Bagus la sekolah tu... ajar ibubapa, jadi dapat la pantau anak2 kat rumah..
Dulu masa makchaq sekolah... ramai mak ayah tak tau pun agaknya bila periksa... kita pun sedaq ada periksa bila minggu depan nak periksa... (sekolah kampung..)

Makchaq lagi 6 tahun la baru Nafisah nak ambik UPSR.. ada lagi ke tak entah la..Hat lain dah lepas..

p.s
Bila agaknya dapat merasa udang galah fresh....

Anum berkata...

macam2 kan

lieyalatif berkata...

alhamdulillah kak...nampaknye sekolah adam mmg mengambil berat sgt2 pasal ni kan kak...bagus mcm tu...dan lieya percaya semua sekolah pun ambil tindakan yg same...

in sha Allah kak moga usaha sekolah, usaha akak dan usaha adam sendiri memberi pualangan yang baik...adam ni budak bijak...moga2 5A dlm tangan ....amin...

Cho Zila berkata...

ha.. ha.. kalau akakpun terkebil2... tapi dalam handbag akak memang derjer buku nota... smp adik kata dah ada hanphone canggihpn bawak buku... entahler dah biasa...

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa mana-mana sekolah pun samalah Ziela sebab sekaolah anak kakak pun macam ini juga..

Cikgu kian gigih kalah mak-ayah..

aizamia3 berkata...

tiap kali kalau ada urusan kat sekolah buku dengan pen memang tak pernah tinggal.. sebab suka catat apa saja isu yang timbul sebab kalau nak ingat memang taklah kan.. alternatif lain adalah dengan menulis.. ;)

t.a.t.a berkata...

Kak, ini kisah sebelum Adam ambil UPSR kan?

Dr K berkata...

wwahhhhh, sebegitu sekali! hihihih...tapi in general, bagi saya itu satu usaha yg bagus...cuma kesian juga buat parents yg kendong anak kecil tu

mokja berkata...

bagus pendekatan sekolah tu.Dulu masa anak anak makcik berUPSR,bila dapat balik kertas jawapan peperiksaan,yang mula buat adalah cari mana yang anak2 salah jawab.Lepas tu kalau tak tahu nak ajar,berguru pula dgn guru matapelajaran cara utk ajar anak...kenangan manis masa lalu.

mokja berkata...

bagus pendekatan sekolah tu.Dulu masa anak anak makcik berUPSR,bila dapat balik kertas jawapan peperiksaan,yang mula buat adalah cari mana yang anak2 salah jawab.Lepas tu kalau tak tahu nak ajar,berguru pula dgn guru matapelajaran cara utk ajar anak...kenangan manis masa lalu.

aby berkata...

Salam ziela,
Satu usha yg pro aktif dr sekolah adam.sekólah farish blm buat program
utk ibu bapa lg. Bulan febuari pun nk abis dh

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Kena jugak dikkkk

Aziela berkata...

@makchaq Lagi 6 tahun yer Mak Chaq. Cikgu sekolah tu kata ada, tapi dia tukar nama lain pula. Periksanya tetap ada. Kata dia lah...

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Sangat...hehehehe

Aziela berkata...

@lieyalatif Lieya, selalu2 sebut yang 5A tu yer. Akak nak aminkan banyak. Ya Allah, amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Aziela berkata...

@Cho Zila Sama la kak...saya belum boleh percaya gejet elektronik sepenuhnya lagi.

Aziela berkata...

@Kakzakie Kebanyakannya kan kak. Tapi ada juga sekolah2 jiran Adam tu, dok senyapp jer lagi. Kat Melaka, sekolah sepupunya pun senyapp jer lagi. Ikut GB masing2 kot.

Aziela berkata...

@aizamia3 Akak memang selalu bawak, tapi kalau bab sekolah merapu merepek tu, malas akak nak keluarkan. Hehehehehe

Aziela berkata...

@t.a.t.a Haruslah Tata sayang.... UPSR dia bulan 9 ni...waaaa! Panik..panik!

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Kalau diberitahu awal2, mesti ramai yang tak datang. Diberitahu, kesian pula sebab mereka tak bersedia.

Aziela berkata...

@mokjadeandell Saya harap saya berpeluang merasai pengalaman tu, makcik.

Aziela berkata...

@aby sekolah2 jiran Adam pun belum mula. Sekolah anak buah di Melaka tu pun tak mula apa2 lagi. Rasanya terpulang pada perancangan guru besarnya lah, kakang.

Aziela berkata...

@mokjadeandell Err, makcik. Boleh tak beri alamat blog untuk saya buat kunjungan balas? Profile makcik tak di 'public share' kan lah..hehehehe

Sukma berkata...

good idea nie....rasanya tak semua sekolah ada begini...dulu-dulu masak anak amik UPSR hanya pergi time ceramah motivasi bersama anak jer.....

ellynadyra berkata...

wah bagusnya cikgu2 adam
tapi kita parents jenuh la
tapi bagus, as a guidance utk kita ajar anak2 kat umah
good luck adam!