Ok..sambung cerita. Mak oii...panjang sungguh penceritaan ke Kota Bharu nie... Dah 2 minggu x abis2 lagi (nampak sgt ngelat carik idea nak buat entry...).
Selepas selamat jejak tanah Malaysia kembali...kami pun teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Tapi baik kita...hubby pun sama...kurang bernafsu dah nak shopping kat sini. Apa x nyer..kedai memang lah banyak. Banyak dan sesak. Tapi almost semuanya jual barang yang sama. Ikut kepandaian kita jer nak tawar menawar macam mana. Lagipun, malas dah nak guna skill. Dah tau kat 'seberang' sungai tu lagi murah. Diorang buka mulut jer, harga dah lagi murah dari yang kita boleh tawar di Rantau Panjang. Nak buang masa untuk apa lagi kan.
Ha..tapi kita dapat sambar tudung untuk diri sendiri 3 helai. Harga yang takkan boleh dapat di KL dengan kualiti kain itu. Janjiiii pueh hati...
Diskass dengan hubby, hubby kata dinner terus. Nanti nak rayau wakaf Che Yeh plak. Padahalnya dia sendiri dah penat. Bawak kereta pun sampai nak terlelap. Kesiannn hubby tersayang. Tapi dia teruskan juga perjalanan. Kita offer nak ganti drive pun dia tolak. Kita kata nak balik hotel dulu, tapi dia kata nnt buang masa.
Makan...kita teringat dalam rancangan ulangan Warung Kita... ada cerita makan steam boat dengan benda bakar2. Restoran apa..no tepon, address semuaaa kita x ingat langsung. Yang kita ingat, tepi jalan arah ke Airport. Hubby pun ikutkan juga lah...walaupun terkapar2 tengah bandar KB yang besar tu. Kami ikuttt jer signboard ke airport. Mujurlah akhirnya kita nampak juga kedai tu.
Nama kedai, Food Village. Offer stail makanan ala buffet steamboat. Tak adalah extravaganza... Dengan bayaran RM17.90 seorang untuk dewasa, dapatlah makan dengan kenyang sesuatu yang lain sikit. Cuma air jer bayar lain. Mehlah tengok kami makan apa...
Dinner. Cari tempat yang pernah keluar di rancangan Warung Kita.
Benda nie macam 2 in 1. Ada steambot dan ada bakar2. Yang bakar2 tu namanya Chim Chum, sehenis cara makanan orang Korea. Itu mengikut penerangan ownernya dalam Warung Kita tu. Selain tu, adalah makanan sampingan lain. Nasi goreng, all sort of noodles, laksam, laksa dan mee sup semua ada.
Makanan untuk chim chum tu, dah siap diperap dengan perisa2 tersendiri. Kami suka sangat daging dan udang perapnya. Yang mentah lain tu, kami rebus dalam stok kuah tu.
Satu tip : Kalau bakar...jangan tindih2kan. Nanti tak masak dan akan melorot jatuh masuk dalam rebusan stimbot. Bakar layer by layer. Kalau dalam big group, tentu bakar banyak dan lama...maka akan ada kerak di tempat bakar tu. Bila agak tebal kerak tu, makanan pun susah nak masak. So, mintalah pelayan tu hantar set periuk yang lain....
Hubby boleh masuk dessert lagi. Tapi kita dah x mampu nak makan. Selain dari kenyang sangat, penat sangat pun yer juga kot.
Lepas makan, kita pujuk hubby untuk balik hotel dulu. Tak boleh jadi. Kalau nak round Wakaf Che Yeh, kena mandi dan rehat dulu kejap. Baru ada tenaga nanti. So, hubby pun drive semula ke hotel.
Malangnyaaaa......
Selepas mandi dan rehat...kami teruskan berehat sampai ke esok pagi...hehehhehehehe. Terpaksa skip jadual Wakaf Che Yeh...
Kita x kisah..sbb pada kita, rehat lebih penting. Takperlah papa...nanti lain kali kita bawak Adam..kita pergi sana yer....
Apa kisah esoknya...? Ha...bahagian terakhir. Nantikan finale kisah ini.
0 thoughts..
Catat Ulasan