Credit to google
Last weekend, kita sekeluarga meloncat2 happy sebab dah ada dalam Astro First. Sebab susah benor nak cari masa, and bila ada masa, tiket plak habis, maka Astro First la penyelamat kami. Tak banyak sikit pun dapat juga membantu industri perfileman negara. Better daripada beli yang cetak rompak tu kan.
Kita ada baca sinopsis daripada a few blogs. tak taulah diorang copy daripada mana, tapi ada info yang x betul. Contohnya diceritakan dalam sinopsis, Manja dan Reanna bergaduh sebab cemburu. BUKAN! Diorang bergaduh sebab isu dalaman gengster, bukan sebab cemburu tau. Salah fakta betul lah.
Ok lah...kita rasa tak perlulah lagi nak cerita sinopsis sekerat untuk promosi u all tengok cerita nie. Dah naik muak baca kan. Better kita cerita kisah sebenarnya.
Manja (Yana Shamsudin) nie anak gengster (Aman Shah). Di awal cerita, dah mula lah tunjukkan aksi Yana nie berlawan dan sebagainya. Pada suatu hari, ayahandanya tabalkan dia menjadi ketua kawasan yang membawa gelaran Kak Yong. Masa anugerah tu, ayahanda dia pesan, : "Suami didahulukan, pencapaian diUuutamaaakan..." Ha..pempaham jer lah.
Hubby dia pulak, Herry (Shaheizy Sam) adalah seorang pekerja yg amat berdedikasi. Mcm ada2 pangkat juga lah sbb ada bilik sendiri. Dia ada seorang colleague yang suka buli dia. Colleague dia nie diberi nama gelaran Mat Saja oleh rakan2 pejabat. Sebabnya, boss dia kata, dia selalu bagi keje dia kat org lain...dia plak duduk saja2 dalam bilik dia. Itulah dinamakan Mat Saja. Mat Saja nie pula orangnya berbadan montel lah sikit. Tapi kita tak pasti saper nama betul dia.
So, daripada awalan cerita nie, senang cakap, menggambarkan Manja adalah wanita yang garang, tegas dan ketua yang disegani ramai. Dia juga adalah seorang isteri yang sangat berkaliber, sangat penyayang, sangat memahami dan sangat penyabar. Contohnya, bila hubby dia dah janji nak dinner sesama, tapi x dpt balik sbb kena siapkan kerja yang dibuli oleh Mat Saja, dia balas lembut jer.. "tak perlah..". Padahal dah baik punya setting kat garden dengan table, dgn candle dgn lampu lip lap, dengan food.
Oh, one more thing. Manja nie bukan gengster mcm Angelina Jolie dlm cerita Mr & Mrs Smith tu. Dalam tu,pekerja2 Angelina Jolie yg kemas rumah, masak and sebagainya. Tapi Manja nie, dia masak sendiri, vacuum, kemas semua sendiri. Sesambil tu dok online kat tepon sentiasa untuk uruskan hal2 gengster dia.
Hubby dia pulak, kena buli pun diam jer. Balik bila wife Manja tanya kenapa, dia tak ngadu apa2 pun. Tp Manja nie memang tau angkara Mat Saja. Apa lagi, dia pun call orang kanan dia, soh tibai sikit Mat Saja nie.
Sedap jer lah Mat Saja nie kena tibai kat lorong belakang.
Pengaruh Kak Yong nie, diceritakan juga masa dia pergi hypermarket dgn hubby dia..shopping. Nak timbang ketam...budak timbang nampak muka dia, terus menggelabah. Masa bayar, cashier menggelabah, dan terus bagi free...x mintak duit. Hubby dia pelik. Apsal? Hari pengguna ke..semua dapat free? Kalau free, jom masuk..amik bebanyak lagi. Hehehehehe.
And, musuh utama geng Kak Yong nie ialah geng Naga Kepala Kucing iaitu bossnya Min Siam.Dia dah langgar kawasan Kak Yong. Ada unsur cerita Gengster kat situ. So, berlawanlah mereka berdua.Min Siam dapat kerat rambut Kak Yong sebelah, and dapat lukakan paha Kak Yong. Kak Yong naik angin, terus hiris kening Min Siam, terajang kaki Min Siam sampai patah riuk. Anak2 buah dia pun gerun tengok Kak Yong diorang hati kering mcm tu.
Anyhow, Herry nie diberikan seorang secretary, staff baru oleh bossnya dek kerana dia banyak sgt kerja. Lakonan Intan Ladyana sebagai Reanna. Waa...manyak cun kan. Mat Saja apa lagi..jeless la.. Dia nak usha awek Reana tu, tp Reana tu syok kat boss dia si Herry.
Dlm family day company Herry, dapatlah Kak Yong dan Reana bersua muka. Manja nie selamba jer tanya2 soklan. Dia tanya Reana : "So you are...?" Maksudnya sebagai apa kan? Tp Reana take time sket nak jawab...mcm terpinga2. Dr situ dah boleh predict dia seorang gengster yang kenal Manja sebagai Kak Yong. Masa tu juga la, boss Herry nie memohon kat Manja jangan buat kacau. Boss Herry panggil manja Boss. Takuttt dia dengan Manja. Sampai Manja paksa dia senyum untuk berlakon. "Ko cover aku, aku cover ko". Maknanya jangan pecahkan rahsia.
Nampaklah dlm tu, yang Herry nie nak anak. Sampai dia tanya kat colleague dia yg bawa anak ke majlis tu, ada lebih (anak) x?
So, bila dah jeles, Mat Saja nie buat dajal kat Herry. Dia amik gambar Reana dengan Herry minum berdua, tinggalkan envelope gambar2 tu kat pintu umah, bagi Kak Yong nengok. Kak Yong soh kuncu2 dia cek b/ground... ok..KLIN (clean).
So, Manja nie, orang bisnes. Malas nak panjang2 cerita. Dia propose Reanna utk jadi madu dia. Sebelum tu sempatlah dia 'basuh' dulu Reanna nie pasal kacau laki orang. Dia kata " dah takder orang bujang lagi ke?". Ha..kenalah sebijik dengan penonton yang mcm gitu kan.. Opss...I'm sorryyy..!!
Bila Reana dah setuju, Manja inform Herry dia dah propose. Manja kata Hery pun tau dia tak boleh mengandung. Masa nie, Herry cakap : Salah ayang (Herry) juga sebab tak jaga Anje betul2 dulu.
Maknanya dia ada alami kecederaan selepas berkahwin. Ini semuanya assumption saja sebab tak der detail.
Bila time nikah, Manja dok kat kedai bunga dia. Owhh.dia ada bisnes kedai bunga maybe sebagai samaran. Tapi kuncu2 atasan dia selalu lepak situlah. Ada opis weh, gengster nie. Bapak Manja call...tanya dia ok ke? Somehow ayahanda sudah tahu menantu dia madukan anak dia. Tp Manja ckp dia yg izinkan. Ayah dia kata, "at sini hang sabar, kat 'sana' hang dapat habuan". Perghh..payung emas tu wehhh...
Oh yer, ada adegan malam pertama di bilik pengantin baru. Lawak memang lawak, tapi... ermm..nantilah. Err...bini baru nie, manja macam kucing, dan ganas mengawan pun mcm kucing gak ok...
Lepas kawen, pada masa nak lunch, Reanna dan Manja masing2 dapat call utk pergaduhan besar antara 2 geng. Minta izin sama2, dan keluar sama2. Siap madu dia tolong dropkan kat kedai lagi. Masa inilah yang baru 1st time Manja kenal saper madu dia. Tak sempat explain, laki panggil balik. Bini muda balik dulu...yang tua kasi laluan.
Malam tu, sambung gaduh dalam bilik macam yang ada di trailer dan iklan2 tu. Esok pagi..perang besar lagi kat dapur sampai comot2 dengan tepung. Masa kat dapur nie lah baru tahu rupanya Reanna nie balas dendam sebab abang dia Min Siam tu dah lumpuh kaki Kak Yong kerjakan dulu.
Jelaslah disini, Reanna bergaduh dengan Kak Yong, sebab isu kumpulan gengster, bukan sbb jeles.
Satu malam, Herry hilang..x balik rumah. Kak Yong cari dan sangka disorokkan group Reanna. Dia bwk geng pergi attack group Reanna. Tgh2 syok berentap, tetiba muncul pulak Temulak, watak dari cerita Kongsi dulu. Ok..dah laki, siap dengan bini2 semua gengster juga. Ada la, mengadap segala ayahanda di hujung cerita. Temulak minta maaf kat semua ayahanda dan kak Yong sebab sorok identiti. Ok..habis cerita...ada pulak bini no. 3. Saja carik nahas kan....
Meh list down sikit scene2 yang menarik perhatian.
Yang kita suka :
1. Manja gaduh dengan Min Siam. Manja sangat macho tau. Rilek dan ayu walaupun ganas bergaduh.
2. Manja sangaaattt kiut bila bermanja2 dengan hubby dia.
3. Adegan gaduh dalam bilik tidur dengan Reanna, seriau tengok Reanna hentak Manja dengan pintu lemari. Reall taw.
4. Touching la masa Manja slow talk ngan hubby dia soh kawen ngan Reanna.
5. Sangat touching masa Manja bersua muka dengan Reanna di scene pergaduhan besar 2 kumpulan tu. Dan masa jawab panggilan hubby dia, dia menahan tangis dan ckp dengan senyuman untuk bagi can kat madu dia.
6. Adegan dengan Tong Seng. Gila konon ganas Tong Seng, tapi bila Kak Yong baruu nak bagi elbow sikit..dah melutut menggigil2.
7. Sangat kiut masa di dapur tgh gaduh, hubby dia jenguk. Dgn muka penuh tepung, kiut jer dia sengih2 jawab : Eh...good morning sayangg... Kitorang try resipi baru..ha..
Adegan kurang best:
1. Aiyoo..adegan 18sx kat dalam bilik pengantin baru.
2. Masa lotion terpancut kuar.
3. Masa Mat Saja cari pelacur
Yang konpius :
1. Masa dapat award Kak Yong, Manja panggil bapak dia, ayah. Tp masa bapak dia call masa hubby dia nikah, dia panggil abah. Memula ingatkan pak mentua dia call. Tapi 2nd time tgk, amati betul2, bapak dia la. Awat kejap ayah, kejap abah?
2. Masa malam gaduh tu..bila hubby dia masuk bilik dia plak, minta air. Dia gi dapur, tapi di'pengsankan' oleh Reanna. Manja pengsan kat dapur sampai pagi. Yang peliknya, hubby dia minta air kan...takkan x pelik and cari bini dia kalau sampai ke pagi x der? Ker...dia konspirasi dgn Reana?
3. Kak Yong gaduh...cincang2 orang pakai skirt panjang kembang. Tak terpijak ke ekk?
4. Ada beberapa kali Mat Saja kena tibai sampai nazak, tapi siapa punya kerja masih menjadi misteri. Sama ada orang Reanna, atau geng Temulak tu sendiri.
5. Malam yang Herry hilang tu, dia tengah makan, tapi dia didatangi oleh seseorang yg membuatkan ekspresi dia macam takut/terperanjat. Masih menjadi misteri siapa org tu dan untuk apa?
Ok...walaupun dah 4-5 kali ulang, kita tetap rasa belum jemu dengan cerita nie.
Skill lakonan Yana superb la sekarang. Manjaaa... ganasss..tegass.... dan baikk... Ha..split personaliti dalam satu filem. Terbaeekk...
4 thoughts..
setuju dengan perincian yg awk beri...cam geli lk tgk adegan pegang lotion n SAM tergedik time goda mgoda ngan reanna..errrr..malu nengok.
lakonan lyana memang nampk menarik..manja dan menjadi..
Faztee : Tak sesuai kan adegan tu... Suka dengan Yana
ha part y kamu tak suke uh , el pun xsukeee, siyeslyyy mengawut, tak perlu lah adegan2 mcm tuh , flem mlayu skunk da jd mc tuh la, busannn , memang ratin 1 / 10 el bagi haha
teringin nk tgk filem ni....tp mmg suka kalau yana berlakun...
Catat Ulasan