Selasa, 25 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 4

Assalamualaikum.....

Baiklah...sebaik saja kami selesai berehat, kami mulakan perjalanan kembali. Setelah berbincang, kami sepakat untuk serang Pengkalan Kubor terlebih dahulu. Sebelum2 nie, kalau datang sini, sama ada dah nak tutup, ataupun dah tutup. Kali nie, kami nak ambil kesempatan untuk ronda betul2.

Bila tiba disana memang ramai orang. Parking pun main selit jer. Letak no telefon atas dashboard kereta, kalaulah kami menghalang laluan. Bila tanya tentang toto, bantal, kain baju dan sebagainya, rata2 kedai menjual harga yang sama. Rasanya dah diselaraskan dan mereka mungkin dah berpakat. Cuma ada periuk yang 5 dalam satu set jer kita beli. Bukan untuk masak, tapi macam untuk hidang la...ada penutup, ada gambar bunga2 dan ada tangkai. Satu kedai nie jual murah RM1.00 dari orang2 lain.

Cuaca sangat panas. Kita pula maybe sebab tak cukup rehat, rasa macam dah nak pitam. Tapi demi hubby, kita heret juga diri untuk jelajah kedai2 tu. Itupun x lama sebab hubby tengok kita dah penat.

Kami ke kedai yang jual baju jersey berhampiran dengan blok tandas awam tu. Dulu dah pernah beli jersey dan minta buat nama Adam di jersey tu. Kali nie kami buat lagi. Untuk Adam dan Firdaus pula. Tapi abang tu kata siap lewat sket sbb staff yang in-charge tu balik rumah nak settlekan tempahan org lain. Maka kami decide untuk ambil esok pagi jer sebab x nak buang masa disitu.

Kemudiannya kami bergerak menuju ke Rantau Panjang. Dalam perjalanan, nampak signboard yang menunjukkan laluan alternatif ke Rantau Panjang. Kami pun ciloklah cuba ikut situ. Dalam perjalanan, tiba2 kami terserempak......

(bersambung....)

2 thoughts..:

Azham Vosovic berkata...

hahaha., cepat2 sambung huhuhuh

Aziela berkata...

Azham : sabar...sabar...hehehehhe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink