Sarapan segera

8 comments
Assalamualaikum.....

Memang dah la kan..kebanyakan orang kalau pergi kerja, berhenti beli nasi lemak dan kuih muih dalam perjalanan. Kira segera la tu ekk. Tapi segera kita nie, kita just bakar dalam oven pizza segera yg hubby beli. Hubby kita susah payah pergi carikan kita doh pizza yang kita nampak di blog Kak Ummi Kuantan. Kak ummi beli di Kg Selamat. Kebetulan, kilang tempat keje hubby tu dekat2 situ jer, tu yang kita minta hubby tolong survey2 sikit. Kalau jumpa, bolehlah beli terus kan. Tapi, dia kata, daripada beli doh tu, baik dia beli pizzanya sekali. Haih..orang lelaki kan. Lagipun dia kata tak payah susah2. Kesian hubby, dia pula yang susah payah bawa pizza frozen nie balik ke Melaka. Naik bas pula tu. Tapi sampai rumah, sejukk lagi.

Satu kotak ada 2 keping, hubby beli 2 kotak. Kita bakar 2 keping jer. Itupun di makan sekali dengan Olio Tuna Pedas kita arie tuh. Adam la paling suka. 2-2 feveret food dia. Sampai hangkut sambung makan dalam kereta sebab kami nak pergi rumah Mommy hantarkan Olio untuk si Firdaus sikit.

Ha..nampak tu? Orang jawa kata dah ireng (hitam)
Sibuk masak Olio kat tungku atas, lupa pulak oven kat bawah dok nyala lagi, sampai overcook jadinya. Surprisingly, sedap pula garing2 macam tu. Sekejap jer bakarnya. Dalam 10 minit jer patutnya kita rasa. Dah terlajak..apo nak katokan laie kan..

Yang sebenarnya, apa2 pun x apa kan. Janji mesti makan sarapan sebab sarapan amat penting untuk bekalan tenaga sepanjang hari.

Selamat hari Jumaat untuk semua.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

Nora Shahaira berkata...

ireng tak ireng kalau nora dapat tu..Alhamdulillah aje..feveret tu..

lama tak jenguk akak..sihat la nih..selera makan pizza lagi

Cho Zila berkata...

best makan gini pagi2...

Cik Bambam berkata...

kita jarang sekali beli pizza frozen nie..hehehe.. selalu mkn kat pizza/dominos jek.. :P

Aziela berkata...

Nora : Alhamdulillah...sihat. Awak tu mcm mana? Sihat ke..? Eh..kompem dah ker Nora?

Aziela berkata...

Cho Zila : Masa baru keluar oven tu...semerbak baunya.... ada feel sikitlah dengan udara pagi yang segar tu.

Aziela berkata...

CB : Alaa...rumah awak dekat ..senang la kot..hehehehhe. Tapi ini pun 1st time gak akak try nie.

IntaNBerliaN berkata...

hihii sm cm sy.. kalau msk oven pizza ni jd gini gak lbh kurang.. hahaa

Golden Rose berkata...

sha sarapan ikut mood...bila lapar baru nak cari makan cos slalunya dah menjadi kewajipan sha utk minum segelas milo ke ape2 before kuar umah