Sabtu, 8 Oktober 2011

Makan di Pekan, Pahang : Murtabak Seri Kasturi

Assalamualaikum.....

Walaupun dah hampir setahun hubby kita kerja di Kuantan, tapi baru2 nie jer dia dapat tahu tentang kewujudan murtabak ni. Itupun bila berkumpul dengan kawan2 lama dia yang kebetulan kerja di sekitar Pekan, Pahang. Kata mereka :

"Tak sah kunjungan ke Pekan kalau tak makan murtabak nie.. "

Kami berjaya singgah di gerai ini pada hari Sabtu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Melaka. Maka kami beli 2 keping sebagai ole2. Mari kita tengok luaran kedai nie dulu yer..

Lokasi kedai nie, kalau dari Pekan menghala ke Kuantan, sebelah kanan sebelum kawasan kilang DRB Hicom dan Isuzu. Kalau dari Kuantan, sebelah kiri lah yer. Jalan raya di belakang gerai ni. Tapi boleh nampak banner yang jelas dari jalan raya : MURTABAK SERI KASTURI.

Sebelum tengok operasinya, mari kita tengok senarai harga dulu yer...



Ok..disebabkan tamak dan haloba, maka kami beli murtabak double special sebanyak 2 keping. Lagipun nak bawa balik ke Melaka. So, ingatkan bolehla makan beramai2. Teruja sangat nak tengok apa yang special sangat sampai berbelas2 ringgit nie kan. Untuk makluman, tak ada inti ayam. Inti hanyalah daging.











Ok...nampak gambar? Tak faham? Senang cerita mcm nie jer lah. Dia gorengkan dulu inti, lepas tu lapiskan dengan kulit murtabak, lapik lagi dengan inti dan begitulah seterusnya. Hasilnya, ketebalan murtabak tu menjangkau ukuran SATU INCI! Satu inci, bukan centimeter taww...

Dan sampai di Melaka, kami panaskan dalam frying pan. Memang sedap dan very rich! Inti dagingnya amat sedap dan terasa daging..x derlaa telur dan bawang jer. Malam tu kami x makan nasi. Makan murtabak nie jer dengan sampingan yang lain. Tak habis juga sebab sangat besar dan tebal.

Definitely recommended.



0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink