Khamis, 27 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 5

Assalamualaikum.....

Wahh...panjang sungguh catatan perjalanan kita kan.... Harap2nya tak bosanlah yer....

Ok..ok..sabar..sabar...

(sambungan....)

...dalam perjalanan tu kami terjumpa signboard "PARKING UNTUK KE MUNDUK"!

Aiikkk.... Apa itu Munduk? Ini ker yang pakcik masa sarapan tadi sebut tu? Yang sempadan Siam tu? Hubby pun u-turn semula sebab dah terlepas. Kami pun masuk ke kawasan parking. Ada beberapa biji kereta dah parking dikawasan tepi sungai belakang rumah penduduk situ. Dan ada 3 orang tentera yang berkawal di tebing sungai... Di tepi sungai, nampak sebuah perahu kayu parking sebelah longgokan kayu dan papan yang diikat dan floating di air.

Kami duduk dalam kereta dan perhatikan dulu. Ooo..ramainya orang ke sana. Memang sangat dekat tebing sungai Thailand tu. Kami pun bincang dan setuju untuk cuba meredah sungai sempadan negara ke seberang.

Lepas kunci kereta, kita pun mula la snap gambar sungai, jeti, tempat parking dan abang askar. Tiba2 mereka perasan kita snap picture. Terus salah seorang halakan senapang M16 pada kita dan arahkan kita delete segala gambar. Mak kauuu...ketarrr lutut masa tu.

Bila dah delete, dan rasa gemuruh dah hilang, kita apologize. Kita kata tak tau sbb 1st time. Tp brader tu friendly la pulak. Dia kata x apa...ramai yg mcm tu...x tau. Sebenarnya memang tak boleh, tapi nak buat mcm mana. Bolehlah bagi rezeki sket pada pakcik perahu. Cuma mereka berkawal, jangan ada yang seludup senjata api, mercun atau barang2 larangan lain. Hubby tanya juga..selamat ke kat situ? Abg askar kata kalau x selamat, jeti semua diorang tutup... Ok maknanya selamat la kot ekk....

Tapi kita sempat juga menyelamatkan sekeping gambar....

Siksa juga nak duduk dalam bot tu. Tempat duduk nya betul2 sebatang kayu yang diletak melintang. Adoiii...sakit nya bumper akak dekkk.... Mujurlah sekejap sangat2. Tambang sorang singgit. Maknanya pergi balik 2 hengget.

Tebing Thailand yang sebelah sana tu, di jetinya siap ada pelantar. Siap lagi tangga yang lebar untuk memudahkan kita ke sana. Maklumlah, nak sambut pelanggan kan.... Ermm..apa ada di sana? Nanti kita cerita.

4 thoughts..:

NasZ berkata...

g oversea. hehe.

Azham Vosovic berkata...

hahaha.... okay okay...

saya tunggu souvernir hahaha!

Aziela berkata...

NasZ : bukan oversea...over the river...keh..keh..keh...

Aziela berkata...

Azham : Souvenier...errrrr

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink