Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 9 (Akhir)

2 comments
Assalamualaikum.....

Hari baru di minggu baru. Tapi hari terakhir di bulan Oktober 2011. Tak akan berulang lagi tarikh ini kecuali wujudnya time machine dan kita boleh pulang ke hari ini. Eh..apasal merapu nie? Oh yess...Monday blueeesss....!!

Ok...dah habis muntah? Ini episod akhir catatan perjalanan kita. Lepas nie, bebas dari siksaan pembacaan panjang lebar ini kan.....

So, lepas sarapan, kami pun bergegas nak gerak ke Pengkalan Kubor untuk ambil jersey anak bujang kami tu. Masalahnya, awal sangat la pulak. Belum cecah pukul 9.00 pagi pun lagi. Padahalnya, tokey kedai tu dah inform, soh datang ambik selepas pukul 10.00 pagi.

Dan hubby x puas hati pergi ke Munduk semalamnya. Maklumlah...survey keadaan jer dulu kan. Dia ajak kita pergi lagi. This time, kami berazam untuk beli juga beras siam yang femes tu. Nak tau juga apa yang sedapnya.... Maka kami pun parking kereta dan terus naik perahu tu. Kali nie kita dah standby. Ha..macam nak pergi perang. Ada bawak air mineral 2 botol, dan bawa kipas tangan. Panas kaaaannnn.....

Sampai di sana, peniaga sedang menyusun2 barang. Baru nak buka kedai. Kami datang seperahu dengan satu family lain, orang tempatan. Hubby kata jom follow. Sebelum tu, kami nampak pakcik kayuh perahu pun naik juga. Memang ada seorang anggota keselamatan yang kirim soh dia beli barang masa kat tebing tadi. Dia siap2 bagi duit. Kami pun berlari2 anak follow pakcik tu. Apa yang dibeli dan kedai mana yang dia tuju. Yesss......berjaya! Pakcik tu beli payung besar yang orang meniaga kat pasar tani tu...2! Satu harganya x sampai 50.00. Memang murah betul la harganya.

Oh yer...memandangkan kami pergi hari Ahad, keadaan lebih lengang sebab dah kira hari bekerja di Kelantan kan. Jadi kami ambil kesempatan untuk round dan take our own sweet time. Sampaikan kedai hardware pun kami masuk juga..hehhehehe. Panas...mujur ada bawa kipas. Tapi tak perasan la pula tissue x bawak. Round la pulak cari kedai runcit di celah2 kediaman penduduk Thailand tu. Dapatlah beli tisu sebungkus yang 30 sen tu. Yang jaga kedai, seorang lelaki, dia tak tau cakap Melayu. Dia panggil maknya. Maknya datang tanya...cakap bahasa Kelantan yang sangat pekat tu. Dia tanya " hok 3 kok tu ko?" Fuhhh...mujurlah kita pernah baca buku cerita (tajuknya Salsabila kalau x silap ), dan belajar sedikit dari penulisnya melalui novel itu. 3 kok = tiga posen.

Hari dah mula panas. Matahari dah mula meninggi. This time, orang x berapa ramai, bolehla nak leisure sikit. Hubby kata nak duduk minum dulu... panas2 minum teh o ais, memang nikmat sungguh. Kami duduk di sebuah warung yang kelihatan bersih dan kemas. Sekor lalat pun x ada. Dan kita yakin tokeynya Muslim..kakak tu dengan anak2nya semua pakai tudung dengan sopan dan sempurna. Tapi rasanya most of them kat situ, memang Muslim...hehehehe.

Kita gatal....nak cuba rasa laksa Siam dia. Tak pernah makan. Cuma pernah baca di sana sini jer. Jadi, kami order semangkuk dan share dua orang. Alahai...breakfast sate 2 cucuk kat hotel tadi, memang rasa kenyang lagi. Anyway..inilah laksanya. Di hidangkan dengan sepinggan daun2 ulam. Kita pun x tahu apa nama ulam2nya, tapi belasah jer ambik 2 jenis. Memang sedaplah! Kuahnya pun sedap..terasa isi ikannya, lemaknya, balance rasa masin, masamnya... Hermm..x sangka.






Yang gerai jual fishball segala macam nie, kami tak berani nak makan. Tak tau ok ker tak kan. Memang banyak gerai2 yang mcm nie kat situ. Mungkin juga sebab kami pun dah kenyang sangat.

Anyway, this time memang beli beras cap pisang tu, 10kg (5kg x 2 kampit), beli toto, beli bantal besar 4 biji, beli mangkuk2 melamin, beli tub isi nasi yang tahan panas tu. Itupun, dah penuh tangan nak angkut. Dan kami memang jumpalah kedai yang murah. menyesal beli selimut semalam, sebab kedai hari nie lebih murah lagi.

So, amacam? Ada rasa nak jalan2 ke Kota Bharu tak? Ok..siapa yg dah lama tak balik Kelantan tu, pulanglah. Best wooooo.....

Trip kali nie paling jimat dan memuaskan hatilah rasanya. Berbaloi dengan ongkos yang keluar. Tapi next time pergi, nak bawak kereta hubby pulak. (Bonet dia lagi besar...warghhh...hahahahhaha).

Saper nak ikut...?

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

FaZa berkata...

Saya...hehehe! Seronok baca Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 start part 1-9. Awalnya macam saya tak jadi pergi. Tapi lepas baca semua entry, saya terus call Hotel Harmoni tadi dan confirm booking bilik untuk minggu depan. Thanks for the great details!

Aziela berkata...

FaZa: Terima kasih kerana sudi marathon entry ini. Inilah tujuan blogging, agar kita boleh berkongsi pengalaman, kan.