Selasa, 29 Mei 2012

Hah, Gotcha!! Ooooo... Menceroboh Yer..??!!

Assalamualaikum.....

Pada hari Sabtu yang lepas, kami tiba di rumah dah petang. Dari pagi lepak bersenang lenang rumah Mommy, bila dah petang, baliklah sarang semula kan...

Sebelum masuk ke rumah, kami melintasi sekumpulan remaja yang bermain bola sepak di atas jalan raya di hadapan rumah kami. Salah sebuah rumah yang belum di masuki tuannya di jadikan 'port' mereka. Pagar rumah baru tersebut di jadikan 'gol' untuk permainan mereka. Berdentam dentum pagar rumah orang tu dikerjakannya... Eisshh...geram betul kita tengokkan... Mak bapak diorang nie tak reti tegur anak diorang ker? Ini dah masuk kategori merosakkan harta benda orang lain tau..

Tak lama kemudian, kami anak beranak mula membersihkan halaman rumah. Menyapu daun2 kering dan mengemaskan kawasan halaman serba sedikit. Kali ini kita nampak mereka semua dah bertenggek atas tembok rumah kosong tu, dan ada seorang dua yang dah melompat masuk dan memanjat tiang rumah tersebut pula.

Oh my.... Rasa dah tak boleh tahan langsung dah geram kita. Kita lari masuk rumah, capai kamera, dan terus snap2. Mula2, mereka tak perasan langsung kita ambil gambar mereka. Tapi masa separuh dari mereka dah melompat keluar pagar, tiba2 salah seorang toleh pandang kita sedang snap gambar mereka. Salah seorang yang masih di dalam dan belum keluar, dah serba salah. Takut kita snap gambar dia pula. Dia pergi ke pagar sebelahnya pula, konon jauh sikit. Tapi kita manage juga utk capture...

Let's see them.....

Di atas tembok di bahagian depan

Di atas tembok pembahagi 2 rumah


Bergerak keluar


Dah mula perasan, alih ke tembok sana untuk keluar..


Yang terakhir keluar dalam kegelisahan...


Satu baris rumah di hadapan barisan rumah kita nie ialah rumah fasa baru. Sebab tu ada yang tuannya dah masuk rumah dan ada yang masih kosong lagi. Mungkin tuannya nak renovate dulu kot...

Tapi malangnya, di jadikan mainan oleh remaja nie semua. Mereka bermain bola atas jalan raya, pagar rumah orang lain dijadikan gol dan dihentam sekuatnya oleh bola yang ditendang mereka berkali2, dan bila bola melantun masuk rumah orang lain, dengan mudahnya mereka menceroboh....

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, dah hampir setengah tahun perkara ini merunsingkan kami dan keluarga. Apa taknya, 2 daripada remaja itu adalah anak jiran sebelah rumah kami. Mula2, kami pelik, sebab ada beberapa kejadian yang berlaku bila kami pulang pada hujung minggu. Antaranya :

- Untuk beberapa weekend, setiap kali kami pulang, kami dapati ada serpihan batu bertaburan atas porch. Seperti serpihan daripada dinding yang pecah.

- Pada satu hari, kami dapati lampu gate di atas pagar kami, dah pecah dan tercabut.

- Astro kami ada masalah. Bila panggil Astro service, ternyata wayar dah tercabut, serta Astro dish pun dah senget. Kami terpaksa mengeluarkan peruntukkan beratus ringgit untuk membaikinya semula.

Kebetulan, kami lihat dengan mata kami sendiri, anak jiran sebelah menendang bola dengan kuat sehingga melantun ke tembok antara rumah kami dan dia. Sehinggalah akhirnya bola tersebut melantun masuk ke rumah kami. Adam yang tolong pulangkan, atau kadang2 hubby yang tolong hulurkan. Dalam hati kami dah mula mengaitkan bola itu dengan kerosakan2 di atas. Agaknya kalau kami tiada di rumah, apalah yang berlaku bila bolanya melantun masuk...?

As time goes by, kami ceritakan kegusaran kami pada site supervisor pihak developer yang memang kamceng dengan kami. Dia pun naik marah dengarnya... Rupa2nya, bila kami tak ada, site supervisor nie beritahukan perkara ini pada neighbour kami sebab anak merekalah yang menjadi puncanya. Bila kami pulang minggu depannya, jiran kami suami isteri jumpa kami... Borak kat tembok jer... Dia kata, dia dah tanya anaknya dan anak dia kata tak pernah main bola sampai ke rumah kami. Fine!! Tak nak mengaku. Sebabkan x nak gaduh dengan jiran, kami pendamkan saja.

Hujung2 minggu yang berlalu, berpuluh kali kami nampak depan mata kami, mereka dengan selamba panjat tembok dari rumah mereka dan lompat masuk rumah kami untuk ambil bola. Mungkin mereka ingat kami x nampak dari dalam rumah, padahal terang2 kami nampak dengan jelas. Nak kejar semula, dah tak sempat. Geram betulll... Dah lah tu, mak bapak dia x nampak ke...?

Satu hari yang lain, kebetulan masa kita menyapu di luar, melayang lagi bola tu masuk dan kali nie kena pasu bunga kita pula. Nasiblah tak cedera. Sambil kita hulurkan bola tu, kita pesan kat diorang.

"Lain kali jangan sampai masuk bola dalam rumah nie. Kalau bola masuk, jangan panjat rumah nie tau. Ingat tu, jangan panjat lagi..!!"

Mereka langsung x jawab apa2, angguk pun tidak, terima kasih sebab tolong ambilkan bola pun x.

Minggu depannya, kami balik rumah agak awal dari biasa. Biasanya hari Sabtu, sampai ke malam baru balik rumah, tapi masa tu baru pukul 4.00 rasanya kami dah balik. This time kami nampak mereka main depan pagar kami pula... Kebetulan ada 2 buah basikal yang di campakkan di depan pagar kami, sehingga habis calar balar cat pagar rumah kami. Oh, pagar kami ialah pagar kayu, so sedikit terguris pun dah cacat habis. Tapi budak2 tu selamber jer tarik basikal mereka dan alihkan dari situ.

Bila masuk rumah, kami tutup pagar semula. Tapi, tak lama kemudian, dengar bunyi hentaman bola di pagar kami pula. SUBHANALLAH...!! Mereka jadikan pagar kami sebagai gol...!!!! Bila dah x tahan telinga dan sakit hati, hubby nak sound diorang di luar, tapi kebetulan mereka pula bersurai entah ke mana. Yang peliknya, neihbour kita ada jer kat rumah, sedang membelek kereta. Takkanlah x tau apa anak mereka buat? Tak kan x boleh nak tegur? Kalau kami tegur, takut dia pula terasa hati. Sedangkan yang masa site supervisor tegur mereka tu pun, mereka dah cuba elakkan diri dari kami.

Esoknya, hubby terperasan yang pagar kami dah sengeettt!!! Sebelah elok, sebelah lagi dah renggang.. Dan bila buka atau tutup, sebelah berjalan dengan laju dan elok, sedangkan yang senget tadi terhegeh2 bergerak...! Eiii..gerammmmm sangat. Senang2 jer diorang nie rosakkan harta benda orang lain. Kalau suruh ganti, bolehker? Sedangkan kami sendiri bekerja sampai ke malam hari, mengumpul duit bertahun2, diorang senang2 jer jadikan pagar dan rumah kami padang bola.

Bukan tu jer, 2 minggu lepas, bila kami balik pada hari Jumaat malam, kaca di pintu penutup letter box dalam tembok tu, dah rompong....! Letter box tu sebelah kiri, tapi kacanya yang berderai kami jumpa elok terlonggok di atas rumput sebelah kanan halaman rumah. Jelas bahawa mereka nie jadikan porch kami sebagai padang bola mereka sepanjang ketiadaan kami... Bukan tu saja, kita nampak mereka panjat lagi pagar kami untuk ambil bola yang melantun masuk. Kali ni kita nampak mereka dengan selambanya PIJAK pokok bunga melor dan pokok cili yang hubby tanam di tepi tembok tu... Nak nangis rasanya. Patutlah pokok di sudut tu layuuuu jerr...

Kita dah rasa sangat marah. Dah nekad nak pasang CCTV, dapatt jer gambar, terus nak cari lawyer. Saman budak2 tu dengan mak bapak sekali dan tuntut semua ganti rugi!! Gerammm sangat.

Tapi Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mengasihani..maka Allah temukan kami dengan perlakuan remaja2 tu last week...

Setelah gambarnya kita ambil, agak2 korang lah kan.. apa tindakan kita..?

10 ulasan:

  1. kalau sayalah...gambar-gambar tu bagi dekat emak bapak dia..biar dorang tau aktiviti anak-anak mereka.

    BalasPadam
  2. geramnya saya baca..akak tunjuk gambar ni kat mak bapak diorang.. kecik2 da cakap bohong..yang mak bapak pun percaya sangat kat anak tu.. langsung tak peka dengan sekeliling..banyak mak bapak perangai mcm ni kak..

    BalasPadam
  3. susah nak deal ngan budak2 mcm ni akak...dulu kat tmn ai pun jadi macam ni gak...tempat umah org x masuk lagi...if theyols main bola terkena cermin pecah sure larik buat bodo jer khen...ntah nak ckp mcm mana kat sini budak2 mmg displin nak main gi padang maian x jadik stress mcm ni

    BalasPadam
  4. eh bebudak ni

    kene tegur

    kalau x mkin melarat

    xpon buat aduan kt ketua kampung

    BalasPadam
  5. geram atok baca...report je kat mak bapak depa,....ceritakan kerosakan yang diorang buat...klu x report perkara ni akan berulang

    BalasPadam
  6. Report kat mak bapak diorang yer...Hehehheheh...nanti akak sambung yer....

    BalasPadam
  7. saya yg tengah baca ni pun meluap2 rasa marah. senang cite, beritahu emak dan bapak dorang dulu. kalau still berlaku lagi, repot je polis.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  8. akak baca n3 ni pn rasa sakit hati.s..kesabaran kita pn ada batasnya...akak pn pelik knapa kebykkan ibu bapa skrg ni susah sgt nk tegur anak2 mrk w.pn lakukan kesilapan terangan dpn mata..anak2 mcm nilh yg slalu mendatangkan masalah bila kt sk..bila ditegur cikgu pula kena serang...mmg susah nk ckp org yg xde perasaan ni.

    BalasPadam
  9. Sama macam perangai anak2 jiran saya. Buat pagar saya jadi gol. Lepas tu bila bola masuk siap panjat pagar saya. Pagar saya tu auto gate. Sikit je senget, terus tak boleh buka abis.

    Mak ayah dorang pula jenis buat tak kisah. Geram betol.

    End up Saya sound direct je budak2 tu. Tapi memang tak makan saman. Jadi apa saya buat, tiap kali nampak dorang start nak main bola, saya terus bukak paip air dan basahkan lantai porch. Huhuu..

    Sambil siram lantai sambil saya jeling2 budak2 tu.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com