Isnin, 28 Mei 2012

Mama, saya nak sunat!!

Assalamualaikum.....

Ok, tajuk entri agak ganas tanpa tapisan. Tapi, nak tapiskan apa lagi. Dah tentu ini bahasa perbualan kita semua. Boleh jer nak ganti dengan khatan, tapi community kita kat kampung tu masih selesa dengan perkataan sunat.

Owh, Jumaat malam yang lepas, kami menghadiri jemputan kenduri doa selamat untuk kawan baik Adam di sekolah yang akan bersunat pada hari Ahad (semalam). Kebetulan memang kami berjiran. Selang 3 buah rumah jer dari rumah mak di kampung tu.

Ibunya cerita, anaknya sendiri yang minta nak bersunat kerana kebanyakkan kawan2nya telah selesai. Termasuklah kawan-kawan baiknya iaitu Adam dan Firdaus. Nama anak yang berani ini ialah Fakrul Radzi. Walaupun dia anak yang bongsu, jelas dia sangat berkeyakinan. Tau tak malam tu, dia bersalam dan berbual dengan semuaaa tetamu. Tak kira muda atau tua. Dengan senyuman yang tidak putus, budi bahasanya halus sekali...

Alhamdulillah...dah selamat pun.

Fakrul Radzi ialah si hensem yang bersongkok...
Mereka bertiga memang sangatt rapat!

7 ulasan:

  1. hihihi...tergugat tu sebab kawan-kawan dah bersunat...malu takut kena ejek...apapun Alhamdulillah ada keinginan dan suid membuang rasa takut...Tahniah adik!!

    BalasPadam
  2. nnt ai blk cuti pun nak sunatkan si adam ai gak nnt...but plan buat lazer jer la...hope cepat seket baik

    BalasPadam
  3. bagusnya radzi..berani w.pn orgnya kecik je.

    BalasPadam
  4. salam kenal..

    oo baru sunat ye..alhamdullilah..

    mine 3 3 dah semua.. lega..

    BalasPadam
  5. wah, kawannya yang sebelah tu bila lagi...hik hik

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com