Isnin, 17 Disember 2012

Kalau Tak Sanggup, Jangan Kerja.

Assalamualaikum.....

Sebenarnya, dah lama kita teringin nak luahkan perasaan tentang ini di sini. Sebenarnya ia adalah secara general yang mana kebanyakan kita sering mengeluh tentang kerja. Penat lah, pening kepala lah, tension lah, gaji x cukup lah. Setiap keluhan tu sebenarnya ada penyelesaiannya. True, sometimes kita perlu luahkan apa yang dirasa dalam hati. Tak salah pun. Langsung tak salah. It's healthy to pour out your emotions. Tapi, not constantly. Sampaikan pagi petang siang malam, hari kerja hari cuti, dengan kawan dengan family, asyik nak mengeluhh jer. Orang yang mendengar pun naik meluat.

Kalau penat, tension, dan segala bagai tu, tak perlu kerja. Duduk rumah, tanam ubi kayu, makan pucuk ubi rebus cicah garam hari2. Senang kan..? Tapi kalau perlukan duit untuk masa depan, untuk hidup selesa, and kerja makan gaji ialah apa yang anda termampu buat masa ini, hulurkan tenaga anda dengan ikhlas. Supaya gaji yang anda terima setimpal dengan apa yang anda berikan. Bukan gaji yang anda terima tu berlebih dari apa yang anda berikan secara ala kadar tu.

Kalau rasa gaji tak cukup, carilah kerja lain. Tolong jangan sebarkan aura negatif kepada alam sekitar anda. Aura negatif yang anda sebarkan tu akan kembali kepada anda dengan berlipat kali ganda lagi ketebalan negatifnya.

Sepanjang berbelas tahun kita mengharungi alam pekerjaan, memang tak akan pernah sunyi dari orang2 yang begini. Pernah tak mereka berfikir dengan matang, dengan rasional dan jadi bijak sikit?

Ok, sebenarnya geram dengan cleaner kat office building nie. Pantanglah corridor tu berdebu sikit, pantanglah toilet tu kotor sikit, punyalah dia nak bebel2 nak marah2 semua orang tak tentu masa. Ada ker orang yang sengaja pergi kotorkan? Sometimes baru balik dari site visit, masuk toilet, of course terlekat tanah kat kasut. It's your job. Buatlah. Kalau rasa tak sanggup nak buat, jangan buat. Berhenti jadi cleaner. Cari kerja lain yang lebih sesuai dengan tekak dia.

Bukan tu jer, sama ada di pejabat, di bangunan awam, di tandas awam mahupun di stesyen minyak... selalu saja cleaner masuk ke toilet, pegang batang mop, buat muka tapai basi dah 10 hari terselit dalam bonet kereta dengan mulut bebel2 non stop komplin busuk! Siaplah kata...Siapa yang berak sampai busuk sangat nie..? Aikk? orang berak boleh control ekk bau boleh busuk ke, wangi ke?

Owh, ada sekali, masa Adam umur 3 tahun, dia tengah demam, tonsilitis and diarhea yang sangat heavy. Masuk petrol stesyen punya toilet. Masa kita tinggalkan dia sekejap dalam toilet dan berlari ambil pampers dan seluar dia di kereta, dia yang umur 3 tahun kena marah dengan cleaner tu sebab busukkan toilet dia. What!!!! To a 3 years old kid? Terus kita cari petrol stesyen punya manager in-charge. Masa tu lah berlagak, guna badge orang media. Padahal, bukan reporter pun. Duduk dalam HR jer pun. Tapi geram punya pasal dengan orang yang tak ada adab macam nie, apa pun boleh la.  Komplin tak hengat. Semoga cleaner tu dapat pengajaran.

Begitu juga dengan alam pekerjaan nie. Tak kiralah apa warna kolar anda. Hatta warna pelangi sekalipun kolar anda, jalankan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan bandingkan gaji anda dengan rakan, workload anda dengan rakan. There must be reason kenapa anda dapat begitu dan dia dapat begitu. Nak lebih, improvekan diri, buktikan anda layak dapat lebih dan kalau majikan tak mampu beri anda lebih, carilah majikan yang mampu. Tapi, at the mean time, ikhlaskan diri untuk menjalankan amanah anda.

Hah...Monday Blues ke? Tidak kot. Hati tengah resah. Ayah kita, atok si Adam sedang berada dalam Operation Theathre di hospital untuk surgery mata. Buang katarak. Tapi, kita tak dapat berada di sisinya. Sangat2 ingin berada disitu.... tapi, takutt sangat nak drive kancil adik ipar ke PJ. Owh, kita pinjam  kereta dia sejak hubby punya kereta breakdown kerana hubby guna kereta kita. Setelah berpuluh tahun tak drive manual car, bila time macam nie nak drive manual, menggigil tau. Every time nak pergi kerja, jantung berlari laju. Hari tuh enjin mati masa tengah naik bukit. Panik ohkeyyy! Itu baru 5km ke opis tu, kalau berpuluh km nak drive ke PJ nie, aduhaiiiii....

Apa2 pun, kalau hati dah rasa tak tahan nanti, kita akan redah juga kot. Demi ayah tersayang...

Opss...kerja dengan ikhlas yer kawan2.



.

19 ulasan:

  1. teringat 1 status dari ustaz mana ntah
    dia ckp dunia ni tempat kiter carik rezeki tempat berpenat lelah
    alam abadi nnt tmpt kiter berehat secukupnyer....
    be positive ai loike kaka

    BalasPadam
  2. ingatan saya pada diri sendiri.. complaining dan whining doesnt make any changes to my life..ye lah.. kadang2 kita stress kita complain jugak..luahkan..tapi takde la all the time.. kalau complain tapi kita keras kaku tak buat apa pun tak ubah apa2.. buang air liur.. buat sakit telinga orang yg dengar je..

    boleh sakit jantung kalau hari2 dengar orang complain je kan kak..

    BalasPadam
  3. hidup kena ceria tak lupa pd yg esa,ada tanggugjawab

    BalasPadam
  4. huh huh..lepas geram betoi ni ngn kaka cleaner tuh..hehe...
    semoga atok cepat sembuh...

    BalasPadam
  5. Cleaner tu mesti pompuan kan..membebellll jea dia yea..! hehehehehe...

    BalasPadam
  6. @Rai Ourkizuna True. Lebih2 lagi pekerja profesional. Pelik sungguh.

    BalasPadam
  7. @Abil Fikri Ahmad Ye tak yer kan...kebanyakan cleaner perempuan. Eh, tapi lelaki lagi parah kalau membebel kan..?

    BalasPadam
  8. Betul3.
    Kerja itu amanah.
    Kerja itu ibadat.
    Saya kat sini,
    hari2 dengar orang komplen itu ini.
    Sakit sikit tapi komplennya lebih2.
    Sakitnya sikit, MCnya nak lebih.
    Sakit itu satu peringatan.
    Sakit itu boleh jadi satu ibadah.

    Salam hari Isnin.

    Semoga ayah segera sembuh.
    Semoga kereta segera sihat.

    BalasPadam
  9. Terima kasih kak kerana mengingatkan.. Hmm memang kadang2 aura negatif memang ada.. Harap lepas ni boleh dikurangkan..

    Kak, macam mana keadaan ayah akak? Semoga dia cepat sembuh dari pembedahan.. Bonda Nur pun ada simptom katarak tapi Dr kata baru peringkat awal.. Sekarang ni macam dah makin teruk..

    BalasPadam
  10. most cleaner mcm tu. tp ada jgk yg ok.. sigh** tak tahu la..

    nani keje kt sini sbb bertahan cuz values. if x mmg da lme da blah.. at the same time mencari2 jgk yg sesuai..

    BalasPadam
  11. @zouldahan Agree totally doc. Mesti rasa serba salah bila patient minta MC walhal sakitnya tak seberapa kan. Thanx for the doa.

    BalasPadam
  12. @Nur-nba Alhamdulillah Nur. Operation ok..now tengah rest kat rumah.

    BalasPadam
  13. @nanieybarnieylurviey True...setiap tempat kerja ada pros and cons. Kita jer boleh tolerate atau tidak.. kan.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com