Khamis, 13 Disember 2012

Makan di Kuantan : Akob Ikan Patin dan Krai Eksotik

Assalamualaikum.....

Hubby bawa kami makan kat sini. Before this kami makan di kedainya yang di tengah bandar tu. This time pergi ke main branch nya di tepi Sungai Kuantan. Cari hotel Sentral, masuk ikut celah hotel tu ke tepi sungai. Confirm jumpa kedai nie.


kedai nie menghidangkan juadah lauk kampung seperti biasa. Tapi, yang paling dikejar ialah ikan patinnya. Masa kami sampai, beberapa minit sebelum jam 12.00 tengahari.

Kawasan kedai luas dan open. Memang seronok makan dengan angin dari Sungai Kuantan. Pemandangan pun cantik dan mendamaikan.

Meja kerusi pun banyak. Nak ambil lauk pauk pun selesa.


Untuk kami 3 beranak, kami ambil hanya seketul ikan patin buah. Patin buah sepotong ni harganya RM20.00. Ada beza patin buah dengan patin biasa. Kalau patin buah, bila kita ambil isinya, ia akan terlerai seketul seolah2 berbuah isinya. Takadalah seketul macam fishball tu, tapi seketul laa... And the taste... Halus, but yet kenyal. Memang lain sangat rasanya dengan ikan biasa. Lagi satu, masak tempoyak ikan patin kat sini, memang lain dari yang lain. Kuahnya pekat, dengan rasa lemak, rasa tempoyak, masam dan masinnya semua seimbang. Of course, rasa tempoyak dan masamnya sedikit outstanding di samping keharuman bunga kantan.


Sambal tempoyak tetap ada sebagai cicah untuk ulam2 dan sayur. Tapi, sambal kat sini ditumbukkan cili padi dengan ikan bilis kasar2 baru digaulkan dengan tempoyak. Tapi tak berapa rasa tempoyak lagi. Rasa macam durian fresh. Ha...sedap tau.


Ini pinggan Adam. Dia tetaplah makan ayam di samping ikan. Syukurlah Adam pun suka makan sayur juga. Memang kami didik dia dari kecil untuk makan sayur dan tidak memilih. So, everytime makan di luar, Adam akan ambil nasi dan lauk pauk pilihan dia sendiri. Alhamdulillah, usia dia 7 tahun dia dah pandai uruskan diri sendiri. Kami hanya pantau di sebelahnya dan memberi panduan sedikit sebanyak.


Ini pula pinggan kita. Nasi, ulam dan kerabu jantung pisang yang sangat yummy, lembut dan juicy. Pandai betul tukang masak dia pilih jantung pisang. Bukan semua jantung pisang sedap di buat kerabu tau. Silap2, dapat jantung pisang yang rasanya kelat, pahit dan bergetah. Hubby pun lebih kurang sama isi pinggannya dengan kita. Nasi dan sayur.



So, inilah star of the day selain ikan patin tu. Ikan nie namanya Ikan Krai (Kerai ke?). Tak ada atas buffet table tu. Kalau nak ikan nie, kena order. Cakap nak ikan krai goreng seekor. Ikan nie memang eksotik. Sangat mahal. Percaya tak, harga seekor ikan ni ialah lebih dari RM60.00. Berhati2 makan ikan nie sebab durinya banyak. Walaupun durinya tak sepenuh macam ikan terubuk, tapi rupa paras duri tu memang sama macam ikan terubuk. Isinya sedikit tawar, tapi sangat lemak dan halus. Halusnya tak sama macam halus ikan patin. Hmm..susah sikit nak explain, kena makan sendiri baru tahu kot. Tapi tu la, kena betul2 menikmati dan peka. Kalau yang kurang peka, mungkin akan kata ikan krai nie sama jer macam macam ikan kembong.

All in all, termasuk air, hubby end-up bayar RM100++. Perghhh...nasib baik hubby yang bayar. Tapi, nak rasa kan. Syukurlah. Hubby kita nie, apa2 jer yang dia makan kalau kat mana2, dia mesti teringat kat family. Kalau boleh, dia nak aksi semua orang dalam family makan dan rasa food yang amcam dia makan. In laws ke, siblings ke, parents lagi la...mesti dia akan bawa. Loving kan dia...? Oppss...terpuji hubby sendiri pula.

So, kalau nak rasa pengalaman yang lain dan istimewa sikit, bolehlah datang menjelajah menu di sini.



.

19 ulasan:

  1. pergh teringinnyer nak makan ikan patin buah tu kak..

    mesti sedap gila.dapat tempoyak cicah timun bagai..arghh menyelerakan

    ikan kerai eka tak penah makan,tapi ikan terubuk mmg fav eka.. hehehe

    BalasPadam
  2. mak aih..mahalnya ikan tu kak..

    apa pun..macam nak menitik air liur tengok lauk pauknya..hahaha..

    BalasPadam
  3. Mahalnya harga ikan kerai tu! Kakcik tak pernah rasa ikan kerai, tapi ada makan ikan patin. Patin ni kalau tak kena cara masak dan basuhnya, memang tak termakan. :)

    Suami kakcik pun kalau pergi makan kat tempat yang makanannya sedap, mesti nak bawa keluarga datang makan sama. :)

    BalasPadam
  4. tengok gambar makanan terliur sesangat .. kesukaan semuanyer kan.. tapi tan gtengok harga.. alamak boleh tahan mahalnyer terkedu seketika... macam makan kat hoteller pulak..

    BalasPadam
  5. salam sis aziela
    Terliur dgr ikan patin tu .lama ta tak santap..

    BalasPadam
  6. tak tahu kenapa bila click kat 'Post comment' tak bleh masuk kotak komen ni so tumpang reply dari komen TiranaAduka nilah, hehe..

    Ikan krai tu akak tak pernah sedar kewujudannya, nampak mcm ikan biasa pulak, tak sangka eksotik rupanya & lebih mahal dr harga ikan patin tu ya.. ikan patin tu memang dah sedia maklum harganya, sekali-sekala tak apakan..

    Husband Ziela mcm husband akak, kalau dia dah makan sedap di sesuatu tempat, lain kali mesti dia angkut kitorang membuktikan kata-katanya tu betul, hehehe..

    BalasPadam
  7. perghhh... sedapnya tempoyak. bagus adam makan sayur kan. budak2 sekarang xmkn sayur sgt pun. ada beza ei patin tu. baru tahu.

    akak punya ulasan mmg best lah makan2 ni

    BalasPadam
  8. @Cik Eka Timun kecik cicah tempoyak kat Kuantan memang banyak kan...sedap

    BalasPadam
  9. @Rai Ourkizuna Itulah sekali makan dek mahalnya ikan tu Rai. Alahai...kalau dekat, akak ajak awak ke situ. Kesian kat baby

    BalasPadam
  10. @Kakcik Nur Saya pun first time makan Kakcik. Terperanjat saya nengok harganya.

    BalasPadam
  11. @Cho Zila Betul kak. Saya pun terfikir. Macam makan kat hotel, walhal lauknya sikit jer

    BalasPadam
  12. @Seri Kandi Tanah Jauhar Saya pun tak pernah tahu harganya memang mcm tu punya mahal, kak. Samalah husband kita kan.

    BalasPadam
  13. @aku HaniAsyira Tulah Adam tu. Tapi ada juga sayur yang dia tak berkenan, macam green peas tu ker.

    BalasPadam
  14. Suami Nur pun sama macam suami akak.. Seboleh2 nak bawa Nur makan tempat yang sedap masakannya..Menu2 di sini nampak menarik.. Kalau singgah Kuantan bolehlah pergi..

    BalasPadam
  15. my fav ikan patin.. adeh.. lapar lak..

    BalasPadam
  16. my fav ikan patin.. adeh.. lapar lak..

    BalasPadam
  17. @Nur-nba Menarik tau menu dia. Nanti Nur pergi yer.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com