Assalamualaikum.....
Hmmm...dah lama juga kita tak cerita2 tentang dunia pekerjaan nie. Last sekali pun masa tahun lepas rasanya. Lagipun, bulan nie kita ada buat recruitment sikit, so kita selitkan sekalilah dalam blog sikit yer.
Anyway, kita dah pernah cerita tentang permohonan kerja dan juga tentang temuduga, so sambung tentang tawaran kerja pula.
Katalah, anda telah berjaya dalam temuduga. Anda menerima panggilan telefon dari syarikat terbabit yang memberikan berita gembira tu. Mesti anda nak tanya tentang banyak perkara bukan? Yang paling penting ialah gaji yang ditawarkan. Oh, jangan tak tanya. Mesti tanya. Adakah gaji itu seperti mana yang dipersetujui di dalam interview? Ada sesetengah syarikat, tak bincang tentang gaji amsa interview, so masa nie lah anda mesti tawar menawar. Of course kena letak gaji tinggi. Tapi berhati2. Sometimes gaji yang tinggi sangat pun, melebihi dari bajet syarikat itu, maka syarikat itu terpaksa melepaskan anda dan cari calon berikutnya pula. Tapi kalau gaji yang ditawarkan tak masuk akal rendah, tak perlulah anda rebut2 lagi. Mungkin ada peluang yang lebih baik. Namun, daripada menganggur, eloklah terima gaji yang rendah tapi agak munasabah itu.
Selain daripada gaji, sebenarnya ada beberapa lagi aspek yang perlu anda titikberatkan. Antaranya :
1.) Taraf Jawatan.
- Yang paling penting sekali ialah taraf jawatan. Tetap.../ Kontrak.../ Sementara...? Yang mana satu? Kalau kontrak, harus dinyatakan berapa lama, atau sehingga apa-apa kerja selesai. Katalah anda digajikan sebagai pekerja kontrak untuk menyelesaikan sebuah website. Atau anda diberikan jawatan itu untuk kontrak setahun, 6 bulan, atau 3 bulan?
Kalau jawatan tetap pula, kena tengok, ada tempoh percubaan (probation period) tak? Kena clarifykan, sekiranya anda lulus tempoh percubaan tu, adakah anda akan menerima kenaikan gaji? Selalunya tiada, tapi ada sesetengah syarikat ada polisi ini.
2.) KWSP
Adakah syarikat akan menyumbang kepada KWSP sepertimana yang tertakluk kepada undang2?
- Ini sangat penting. Kepada adik2 yang baru tamat belajar, ada yang dimomokkan oleh syarikat2 ini. Kononnya tak perlu KWSP, dan mereka boleh beri gaji lebih kepada anda. Anda pun boleh dapat gaji bersih lebih tinggi. Ha, jangan terpedaya! Potongan KWSP adalah untuk simpanan hari tua anda. Macam iklan, but it's true. Anda jamin ke, bila dah umur 60 tahun nnt boleh menyimpan berpuluh atau beratus ribu? And, kena ingat, katalah gaji anda RM1,000.00, anda kena menyumbang sebanyak RM110.00 dari gaji anda ke KWSP DANNNN majikan anda kena mencarum untuk anda sebanyak RM120.00. So, setiap bulan, dengan hanya membayar RM110.00 dari gaji anda, anda sebenarnya telah menyimpan RM230.00 untuk bulan itu. Berganda dari simpanan anda, bukan? Kalau setahu, 10 tahun, 50 tahun?
3.) PERKESO
Sesetengah syarikat tidak membayar caruman bulanan PERKESO untuk anda. Anda WAJIB menuntutnya. PERKESO ialah insuran untuk pekerja. Sangat penting. Kalau di tempat kerja lama anda telah menjadi ahli PERKESO, bermakna anda akan menajdi ahli PERKESO seumur hidup sepanjang anda bekerja. Tetapi, sekiranya pekerjaan pertama anda setelah tamat belajar MELEBIHI RM3,000.00 sebulan dan anda tidak pernah mendaftar, maka anda diberi pilihan untuk menjadi ahli ataupun tidak.
TAPI.....
Kita nasihatkan, daftarlah sebagai ahli PERKESO. Kita semua tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita di masa akan datang. Katalah dalam perjalanan ke tempat kerja, di waktu pagi, hujan lebat tiba2 motor yang anda tunggang tu 'dicium' sedikit oleh sebuah kereta kerana pemandu tu rabun di waktu hujan. Lutut luka teruk, betis melecur kena ekzos dan lengan anda bercalar balar. Anda dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dapat MC untuk 3 hari. Hari ke-3, follow-up untuk cuci luka, dapat MC lagi 2 hari. Dah 5 hari MC. Straight away, anda dah boleh mendapat faedah hilang-upaya sementara daripada PERKESO yang merupakan pembayaran wang tunai maksimum 80% dari gaji harian anda. Ha, katalah gaji tadi RM 1000.00 sebulan kan? Paling2 tidak pun dapatlah lebih kurang RM155.00 dari PERKESO. Bolehlah nak buat tambang pergi klinik kan? Ha, tu baru sikit tu. Ada banyak lagi faedahnya.
4). Jadual Berkerja
- Jadual waktu bekerja anda mesti dijelaskan di dalam surat tawaran itu. Dan anda harus agree dengan jadual tu. Sekurang-kurangnya dalam seminggu, anda mesti ada satu hari untuk rehat.
5.) Cuti tahunan
- Cuti tahunan minimum mengikut undang-undang ialah 8 hari setahun. Ada syarikat yang menyatakan anda tak boleh ambil cuti dalam tahun pertama, which is true sebab syarat minimum undang2 ialah mesti cukupkan 12 bulan perkhidmatan sebelum layak untuk mendapat cuti tahunan. Tapi, most of the companies, tak lah tunggu sampai setahun baru beri cuti. Tengoklah macam mana kan...
So, untuk siri pertama ni, cukuplah dulu sampai di sini. Nanti bila2 kita sambung kepada faedah2 yang perlu anda terima selain daripada yang tersenarai ini.
Oh, yang paling penting sekali, semua yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, MESTI dalam bentuk bertulis. Ada perjanjian yang sah. Jangan tengok dalam surat tawaran tak ada, bila anda tanya dia main jawab ada jer. Nanti nak claim semula, susah. Pastikan semuanya bertulis. Kalau taka da dalam surat, minta syarikat tu buat surat lain dan nyatakan semuanya secara bertulis.
Ini yang paling asas sekali lah yer...
Boleh juga refer entry yang dah lepas.
1. Tips Memohon Kerja
2. Persediaan Temuduga
3. Tips Menghadapi Temuduga
.
Info yang sangat bagus ni kak.. Rajin betul akak... Tq kerana berkongsi..
BalasPadamNur rasa tentu ada yang terlepas pandang hal2 yang akak sebutkan ni..
perkeso tu ramai yang tak alert rasanya kak..saya pun masih kurang jelas sangat pasal peranan perkeso bila kita kena kemalangan ke apa.. biasanya da sampai ada kes kematian baru buat tuntutan pada perkeso..
BalasPadamthanks for info..
BalasPadamtmpt nani ni cuti mmg 8 hari tpi bile CNY seminggu automatically they tolak 2 hari.. tak adil la mcm tu.. grrr..
lme x singgah sini
bagus entry ini sesuai untuk adik-adik yang baru nak bergelar buruh... selamat menyambut hari buruh 5 bulan dari sekarang ya, adik-adik..
BalasPadamInfo yg bagus ni...newcomer dlm bidang pekerjaan perlu baca entri ni
BalasPadamSemua senarai itu adaalah atas tangungjawab kakak dalam sykt kakak kerja sekarang utk memasikan ianya dilakukan pada setiap pekerja kami.
BalasPadamMasa interview pun biasa kakak akan jelaskan pada calon yg tak pernah kerja.
@Nur-nba Bukan apa, akak kasihan tengok ada company yang 'buli' adik2 fresh grads nie.
BalasPadam@Rai Ourkizuna Kalau HRnya jenis yang tak ambil kisah, memang kesianlah sesiapa yg tak buat tuntutan tu Rai.
BalasPadam@nanieybarnieylurviey Tapi kan Nani, cuti 8 hari setahun tu utk 2 tahun pertama kerja jer tau. Thn ke-3, automatic naik dah sepatutnya. Tolak 2 hari tanpa kebenaran pekerja pun salah tau, unless awak pernah sign apa2 surat atau agreement yang mengatakan rela begitu.
BalasPadam@nanieybarnieylurvieyTapi kan Nani, first 2 yrs jer cuti min 8 hari tau. 3rd yr tu patut dah increase. And tak boleh suka2 tolak cuti pekerja kalau pekerja tak setuju. Unless awak ada sign apa2 yang mengatakan setuju.
BalasPadam@nanieybarnieylurvieyTapi kan Nani, first 2 yrs jer cuti min 8 hari tau. 3rd yr tu patut dah increase. And tak boleh suka2 tolak cuti pekerja kalau pekerja tak setuju. Unless awak ada sign apa2 yang mengatakan setuju.
BalasPadam@Seri Kandi Tanah Jauhar Itulah tujuannya Kak Sari...
BalasPadam@Daddy Ziyyad That's the purpose, Doc. Kesian tengok yg kena kelentong nie.
BalasPadam@Kakzakie Kita sama bidang kerja yer kakk.. Yeayy...ada geng!
BalasPadamsharing yang berguna kak untuk yang sedang mencari kerja. nice sharing. like
BalasPadaminfo yg betul2 bagus ni kak
BalasPadamRaziq : Nanti share dengan kawan2 lain juga yer
BalasPadamDiana : Harapnya adalah yang sudi baca...
BalasPadamMV : Simple jer nie. Yang asas jer nie MV.
BalasPadambestnya belajar pasal tips2 kerjaya ni...rasa macam perlu sangat untuk semua orang tahu dan hayati perkara2 penting ni....memang kalau ada masa lagi saya akan terjah entry2 yg terdahulu hehehe
BalasPadam